Written by Bella | February 11th, 2016

Sebut sahaja nama Adam Corrie Lee,mungkin ada yang kenal dan ada yang tidak. Kalau sebut sahaja Dragon pasti ramai yang akan ingat dengan lakonan beliau didalam filem KL Gangster  bukan?

Merupakan seorang mualaf, Adam dan isterinya Fazema Mohd Fuad kini sedang bergiat aktif mengadakan forum serta pelbagai program di masjid-masjid di Malaysia bagi mengumpul dana sebanyak RM 380,000 dalam usaha untuk membawa golongan mualaf lain menunaikan umrah sekitar bulan hadapan.

Alhamdulillah kita sudah mula projek ini sejak bulan Jun tahun lalu dan setakat ini kami sudah kumpul RM100,000 menerusi sumbangan orang perseorangan dan wang yang di kumpul dari tabung dana yang diedar selepas forum-forum di beberapa buah masjid.

Tapi itulah, memang belum mencukupi lagi tapi saya masih ikhtiar dan yakin bahawa Allah akan beri rezeki itu bila tiba masanya nanti.

Pada masa yang sama, Adam turut meluahkan rasa kecewa apabila pada awalnya ada pihak yang menabur pelbagai janji untuk menjadi penaja tetapi akhirnya lari dan mematikan telefon bimbit mereka ketika dihubungi olehnya.

Mula-mula memang ramai yang berjanji ingin bantu daripada segi sumbangan dana dan bila tiba masanya saya cuba hubungi gagal dan mereka matikan talian telefon.

Ada juga yang cuba mengelak apabila saya bertanya semula tentang janji mereka untuk sumbangan itu. Saya pun tidak mahu memaksa mereka beri sumbangan kerana biarlah ia dibuat secara ikhlas dan untuk ibadah. Saya dan isteri pun sekarang demam kerana sejak memulakan program ini kami tidak cukup tidur kerana fikirkan tentang dana yang perlu dicari.

Tidak mengapa Adam, walaupun ada penaja yang lari tetapi kami yakin rezeki Allah SWT itu ada dimana-mana dan niat anda untuk membantu golongan mualaf menjejakkan kaki ke Mekah. Semoga segala urusan tersebut berjalan dengan lancar. Amin..

Sumber Berita: mStar Online

11 responses to Adam Corrie Cari Dana RM380,000 Demi Membantu Mualaf Menunaikan Umrah

  1. kutu says:

    mulianya hati dia suami isteri..
    semoga dipermudahkan dan berjaya membawa mualaf mengerjakan umrah.

    0

    0
    • minah jambu terlajak habis says:

      semoga Allah memberkati dn semoga Allah bersama mereka berdua..

      0

      0
    • apa pun tak bley says:

      Adam corie nie muka nampak ganas, tapi sejuk jer hati aku bila tengok muka dia ni kan..? Niat yang ikhlas akan dipermudahkan.. Insyaallah.. Kuatkan semangat adam..

      0

      0
  2. aku says:

    alhamdullilah…murah rezeki tuan nnt

    0

    0
  3. #datoserivida / #datoaliffshukri
    sila tampil , dari taja majlis lagho2 yg x mendatangkan faedah ( nyanyian2 )

    0

    0
    • Anonymous says:

      betol sesangat

      0

      0
    • Takla bagus sgt says:

      Byk sudah yg mereka taja selama Ini, tanpa pengetahuan public. Kita HANYA tahu sedikit dr sumbangan mereka, yg popular di kaca TV. Byk sudah org yg ditolong tanpa kita ketahui so Jgn judge org. Lebih baik kita membantu Adam se mampu nya. Rm10 pun Takpe asal ikhlas, tak perlu menghalakan tanggungjawab pd org lain. Ambik tanggungjawab tu

      0

      0
  4. Saham akhirat says:

    Tajaan berjuta-juta hanya untuk gegarvaganza, ajl, AF sahaja adam. Semoga Allah permudahkan urusan kalian berdua. In Shaa Allah

    0

    0
    • minah jambu terlajak habis says:

      JANGAN BABIT KAN ORANG LAIN …itu terpulang la pada minat masing2 kenape mesti nk sebot gegarvganza la ajl semua tu ? itu tkde kene mengena ngan ini dana RM380 !!

      0

      0
  5. jejai says:

    bersihnye muka adam laki bini ni, bercahaya….aku yg lahir2 islam pn x bercahaya mcm tu, jeles aku….apa la amalan dia

    0

    0
  6. ng says:

    cerita2 yg baik dan positif ni mmg patut di beritahu, supaya dapat jadi contoh yang baek..
    dalam BN ni, aku rase baru ade dua post yg mulia.. (recently la) satu psl ni, lg satu psl remy ishak bwk mak dia gi umrah.. hihihi. jgn marah BN.. :p
    byk2 kn lg post mulia ye :)

    0

    0