Written by AbangNara | October 28th, 2013

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Gaduh, marah-marah manja dan perselisihan faham adalah adat rumah tangga. Namun apabila didakwa rumah tangganya dengan Fiza Elite seolah-olah dilanda perang dunia ketiga, Adam AF tampil menerusi Kosmo hari ini untuk menafikan dakwaan tidak masuk akal itu.

adam af fiza elite gaduh

Kononnya pergaduhan yang membabitkan maki hamun itu timbul apabila Fiza Elite dilihat berbual dengan bekas kekasihnya di sebuah stesen minyak. Menurut Zubir Berita Harian, sebaik sahaja pulang ke rumah, Adam AF yang cemburu dengan apa yang terjadi telah dikatakan telah mempertikaikan kisah silam isterinya. Adam dan Fiza turut dikatakan bergaduh besar sehingga terkeluar perkataan yang tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang isteri kepada suaminya.
adam

Menerangkan perkara tersebut, Adam AF tidak menafikan dia dan isteri melakukan sedikit perbincangan selepas Fiza bertemu bekas kekasihnya. Kata Adam:-

Ya, memang ada pertemuan berlaku tetapi apa yang terjadi selepas itu bukan pergaduhan, sebaliknya perbincangan atau muzakarah antara suami dan isteri. Saya sekadar menasihatinya (Fiza). Itu semua fitnah! Seorang isteri tidak akan buat macam itu (maki) kepada suaminya.

Saya tidak reda dengan apa yang ditulis oleh wartawan itu. Dalam setiap rumah tangga, Allah akan berikan ujian. Kalau benar sekalipun pergaduhan terjadi, ia tidak perlu dihebah-hebahkan. Jangan kerana mahu menjual akhbar sanggup memporak-perandakan rumah tangga orang. Bayangkan akhbar tersebut dibeli beratus-ratus ribu orang dan kisah rumah tangga saya dibaca.

adam

Kemungkinan besar kontroversi ini terjadi apabila Fiza Elite berkongsi sekeping gambar menerusi Instagramnya dengan caption “Don’t judge me with my past” yang telah menimbulkan tanda tanya orang ramai. Diharap dengan penjelasan Adam ini, peminat pasangan ini boleh menarik nafas lega. Biasalah gaduh-gaduh manja. Jangan gaduh-gaduh besar sudahlah. Tak gitu? Hehe.
natureP.S: Terbaru dan terbaik di pasaran. Rendah gula dan tinggi kandungan protein. Sangat sesuai untuk mencantikkan kulit dan mengurangkan berat badan. Kulit lebih anjal dan rambut lebih lebat. Sesiapa yang tinggi kandungan kolestrol pun amat digalakkan. Kena cuba sendiri baru tahu. Dapatkan segera di www.azaleadenaturale.com

92 responses to Adam AF Nafi Rumah Tangganya Dengan Fiza Elite Goyah

  1. Anonymous says:

    bergaduh dalam rumah tangga tu lumrahla. kenapa zubir sibuk sangat? dia tak pernah bergaduh dengan wife ke? dia ni la dulu pernah kecoh pakai rantai emas masa anugerah apa ntah dulu tu kan??

    0

    0
    • miss mong says:

      Allah dh anugerahkn tangan tu sebaik kejadian.tulis la bnda yg elok2 wahai zubir..

      0

      0
      • Joyah binti Goyah says:

        eh eh..belum apa2 dah goyah ???? :(

        0

        0
      • Kelab Anti Zubir says:

        Zubir tu biasa la…wartawan setaraf Mak Jemah baru lepas SPM. Suka bawak mulut cam mak cik2 kampung …

        0

        0
      • dena says:

        “Saya tidak reda dengan apa yang ditulis oleh wartawan itu. Dalam setiap rumah tangga, Allah akan berikan ujian. Kalau benar sekalipun pergaduhan terjadi, ia tidak perlu dihebah-hebahkan. Jangan kerana mahu menjual akhbar sanggup memporak-perandakan rumah tangga orang. Bayangkan akhbar tersebut dibeli beratus-ratus ribu orang dan kisah rumah tangga saya dibaca.”

        setepek kena atas dahi zubir..mohon baca la zubir oi…artis lain x pernah ckp kot sebelom ni…ni 1st time aku baca artis komen wartawan nk lariskan suratkaba sampai mcm ni sekali… kalau xde perasaan sahlah bukan manusia si zubir ni…elok sembelih wat korban ari tu..x abis2 canang benda buruk pasal org..

        0

        0
        • ckin says:

          zubir ni memang suka memporak perankan rumah tangga orang ke…. rasenye dielh wartawan hiburan paling teruk sekali… die sibuk ckp artis cari publisiti murahan… tapi rasenye die yg nak glamer kan… so bongkar cite yg bukan2….

          0

          0
      • cicaq chantek says:

        zubir ni nanti dapat balasan dari tuhan baru tahu langit tu tinggi ke rendah.. mcm diri tu bagus sangat ~

        0

        0
    • makcikkantinsekolahmemandu says:

      zubir ikut diorg sampai umah ker??? scarynya wartawan zaman kini… siap pasang telinga uols…..

      0

      0
    • AntiPropa says:

      Mmg tak berkenan dgn Zubir… Statement dia mmg ntah ape2 ntah… Ingat lg dia sentap dgn Yasmin Hani masa wedding YH tu. Jgn dok sibuk buka aib org nti aib ko terbuka sendiri malu Zubir oiiii

      0

      0
      • Ahmad Albab says:

        Iyelah.. Aku pon msh igt bab si zubir ni sentap dgn Yasmin Hani. Sbb YH x jemput dia g majlis kahwen. Masuk melodi kot. Pastu zubir ngelak, tak nak kena rakam. YH serbu sbb nk penjelasan dr zubir nape tulis bkn2 psl YH. Haa tau malu, nak berdepan.
        To zubir, aku xtau la otak ko letak kat lutut ke apa, pikir2 la sblm nak tulis gosip pon. Elok saja ada Anugerah Wartawan Gila Glamor masa ABPBH. Kan ko pon brita harian.

        0

        0
    • Anonymous says:

      kesian gile dkt zubir..taw x dose fitnah ape balasan die????xyah la bersgguh sgt nk rosakkn umh tngga org….main hentam je..ko dgr org berckp pasl ni nape ko x p tanye empunya badan sndiri???hooiiiii zubir sdgkn adik brdaik kndung pun ade gaduh ni kn suami isteri….gaduh pun bkn cam yg ko mention…melebih sgt la ko ni..nk sgt cite ko sensasi..sdgkan rmai yg sumpah seranah ko..akal ade tp xnk gune…lbh baik ko search pasal agama…aib org tutup la seboleh mgkin..cam adam kate bribu2 org beli paper then bc pe yg ko tulis…law brita xbetul ko dpt berganda2 dose fitnah…btter ko resign la jd rpoter wahai zubir….

      0

      0
      • capri benci zubir says:

        Ni namanya dah xde modal.

        Jgn suka mempermainkan kisah rumahtangga irg. Tu adam xredha tu, tak terampun dosa ko kt adam n fiza ok.
        Eii zubir bertaubat la weih. Ko x pernah tgk cite tanah kubur ke? Jangan ko mati nanti xde siapa larat angkat jenazah ko sudah la. Badan pun mmg dah berat tu.

        0

        0
    • amin says:

      Zubir..zubir..patutnye tgn ko tu tulis bnda yg brmnfaat bknnya mmfitnh…ko berani ke buat wwncara mcm national geografic tu ker?? Intrvw vvip trhormat ke,ulasan sukan ke ape… Ni tak…melaga2kn org je keje..adam dh ckp dia xredha ngn apa ko tulis…jadi,pndai2 la ko explain kt akhirt nnti…aku doakn ko cpt2 insaf zubir…tu je

      0

      0
    • Olga says:

      KESIAN ZUBIR BAPOK GAY NI GERSANG SGT LAH TU SAMPAI HAL UMAH TANGGA DLM KAIN SEMUA NAK KOREK,KALAU SAHIH XPE GAK NI MAIN AGAK2 JE

      0

      0
    • x suka zubir says:

      zubir ni mmg jahatla..
      suka sgt tgk rumahtangga org pecah berkecai
      malang btul sape jd bini dia…

      0

      0
  2. saya ok jer!! says:

    perlu ke jumpa bekas kekasih tak bawak suami? pastu suami jeles. motif??????????

    0

    0
    • taca says:

      mana tahu entah2 terjumpa ke apa? ko tak tahu kisah orang jangan pandai2 nak hukum.. hak manusia menasihati ke,,, hukum tu hak Allah

      0

      0
    • peace says:

      bongok ko ni …cuba baca kosmo ari ni penjelasan adam…pd wartawan tu sudah2 la tu mngaibkan orang…jaga la hal rumah tangga ko org sendiri…klu sume wartawan mcm ni…alamatnyer porak peranda la hidup sesetengah artis….

      0

      0
    • NA says:

      Die terjumpa la tu kut..dah kate pun kat stesen minyak.. xkan nak date kat situ kut..

      0

      0
  3. gigi emas says:

    Cerai le…apalagi nak tunggu….lepas tu semua orang boleh baca kat tabloid sensasi nara bangang

    0

    0
  4. dinie says:

    zubir ooo zubir…ko ni dah kenape?

    0

    0
  5. Zubir Kepala Lutut says:

    ala…zubir mmg wartawan poyo..asyik nak memporak-perandakan rumahtangga org je kerje nye….Zubir..bawak2 la bertaubat lagi…

    0

    0
    • jas says:

      aku terserempak dgn Adam & 2 org anak fiza @baskin robbin, the curve hari jumaat lepas (25/10/2013)..around kul 5 lebih..cuma aku x perasan fiza ada ke tak..maybe gi toilet kot :-)..apa2 pun dugaan dlm rumahtangga tetap ada diberi oleh Allah kpd setiap pasangan berumahtangga..bg aku sekrg adalah masa utk fiza & adam saling kenal mengenali pasal dorang berdua x bercintan cintun mcm org lain,..sedangkan yg bercinta sampai 10thn pun bila kawin tetap ada dugaan..dugaan bercinta x sama dgn dugaan kawin..byk2 bersabar & tolak ansur kunci keserasian dlm perkahwinan..

      0

      0
      • bosan says:

        Alah, Zubir ni tak ada ke kerja lain nak buat dari nak meruntuhkan rumahtangga orang? Aku dulu sepanjang first year kawin tiap-taip hari gaduh. Siap lari rumah bagai. Skang dah anak tiga dah nak masuk 8 tahun dah kawin. Biasa la, awal-awal, mesti la nak kenal hati budi..

        0

        0
  6. maya says:

    Zubir ngan nara ni da kenapa??..lagi2 dgn zubir yg x habis2 buat fitnah n bukak aib org

    0

    0
  7. lumrah says:

    lumrah la tu gado laki bini..cuma kena banyak sabo dan jangan pikir singkat..tanam rasa pecaya pada pasangan dan jangan ambik mudah bila pasangan dah pecaya..

    aku rasa zubir ni macam pelik sikit..suka laga orang..mcm tak pikir akibat perbuatan dia masa mati..harap orang ramai pasni jangan pecaya bulat2 story dia ni..tokok tambah banyak

    0

    0
  8. dotdot says:

    alahai zubir…ko jadi halimunan ke boleh masuk rumah org sampai tau org tu gaduh sampai maki2 kat rumah. ke ko letak pepijat kat rumah org & tepon org sampai segala benda yg org cakap ko boleh dengar. ke ko ada teropong doremon sampai boleh nampak tembus dinding rumah org sampai apa jadi dalam rumah org pun ko boleh nampak.

    0

    0
  9. fifi says:

    zubir wartawan bodoh.
    comp yang amik zubir keje pun bodoh
    cerita yang dia tulis pun bodoh
    suka melagakan orang
    suka buat cerita menipu
    memang patut artis-artis lain tak suke engko
    tulis cerita fitnah
    makan duit haram la kau zubir!
    kaulah lelaki mulut longkang.
    otak kau lagi busuk dari loji zubir!

    0

    0
  10. rohana hrmis says:

    tampor zubir ni kang..

    0

    0
  11. nicky anne says:

    lebih baik zubir dipecat atau berhenti saje jadi reporter.buat cerita bukan-bukan dah la mengaibkan artis macam adam & fiza.kesian diaorg baru je kawin tp.buat cerita mengarut.macam la dia ni x pi sekolah.akal ta dak..

    0

    0
  12. CLA says:

    ZUBIR.. kerja wartawan ni mulia tau.tp sebab u sorg,semua wartawan dkecam..u dibayar utk merosakkan rumah tangga org ke?u zubir kalau x pernah buat salah ,dosa ,x pernah gaduh ,boleh lah u tulis pasal org n rumah tangga org.. cari rezeki tu biar cara elok..dgn cara ini dah kira haram okey

    0

    0
  13. miss s says:

    jgn fitnah..
    gaduh sikit2 tu adat dalam rumah tangga.
    wartawan tu xpnh gaduh ke n wife dia??
    allah bg dugaan agar kita menjadi lebih kuat dan mintak pertolongan dengan nya

    0

    0
  14. mokcik says:

    bayangkan zubir dapat duit dgn keluarkan cite2 mcm ni. nanti akhirat malaikat tanya dari mana datang rezeki mu, tangan dia jawab, “dari cerita2 yg aku tulis mengenai perihal tepi kain orang”… mcm2 cara dpt rezeki sekarang ni, mohon aku dan keturunan ku dijauhkan dr lubuk rezeki seperti ni.. seksa nak jawab kat akhirat nnt…

    0

    0
    • Anonymous says:

      anak bini pun tumpang makan dengan rezeki buka aib orang ni. sian… nampak sangat zubir ni kena penyakit hati dan perasaan yang kronik.

      0

      0
  15. Anonymous says:

    Tapi berita yang zubir keluarkan biasanya betul. Cth kes hattan dulu.

    0

    0
    • dena says:

      bukan masalah betul x betul… masalahnye x payah la nk sebok hal orang sampai korek cerita lam kelambu org… artis pun manusia jugak. diorang nk jugak sesetegah perkara dlm kehidupan utk diorang n family sendiri saje…ni sampai boleh tahu apa yg digaduhkan… pasang hidden camera ke kat umah diorang?

      serius aku sebagai pembaca x minat ngan cerita2 sampah zubir.. aku nk tahu yg best2 je…biasanya kalau pasal artis aku nk tgok artis kawen,artis beranak, artis menang award, ulasan fesyen2.. tu yg aku cari kt blog gosip bukan cerita lam kain org…

      tp aku nk tahu jugak ape respon zubir bile adam sound camtu..

      0

      0
  16. Anonymous says:

    surah al-baqarah ayat 191. zubir, search jap. bg ko insaf!!

    0

    0
  17. riri says:

    jgnlah suka nk porak perandakan rumah tangga org lain..x baik..nt bla org bt mcm tu kat kita,adik beradik kita ker..apa kita rasa,sakit hati kan…sudah-sudahlah…ingat hasil duit tu kita bg bgi makan anak bini,mak pak kita…ok..

    0

    0
  18. Anonymous says:

    Kata2 Adam “Saya tidak reda dengan apa yang ditulis oleh wartawan”. Bayangkan aje apa balasanNya.

    0

    0
  19. yan says:

    rasanya zubir betul….x kanlah nak reka2 citer….lagipun cuba korang piker x kanlah si adam nak ngaku..malulah..dah berserban bagai tetiba citer isu rumahtangga beliau gaduh.. baru jer kahwinkan…apapun harap jika benar pun betul berlaku jgnlah dipanjang-panjangkan citer…

    0

    0
    • zabar says:

      tau sangat ko dgn zubur ni berotak kotor ..menang la dia tak reka cerita pasal gaduh, biasa la gaduh sikit2 tapi apa yang zubur tulis tu da kira terover … maknanya benda yang kecil telah diperbesar2kan..

      0

      0
    • Anun says:

      Kalau betul pon, xyah nk hebahkan..
      Tutup aib org, Allah akan tutup aib kite..

      0

      0
  20. penyokong anti zubir says:

    yan:kau sedare zubir ye? yg menjadikan cerita ni panjang zubir bangang n nara sengal….
    oppssss !!!propra ajerrrrr….

    0

    0
  21. layann aje la.. says:

    nmpk sgt adam x bape matang. bini blk, trus ajak bincang time tu. mesti la awak tu tgh emosi.. ape nk dirisaukan klu dh fiza tu hak awk? adehh la.. cara nk menangani jga ade mcm2 yg yg terbaik hanyalah 1. tp si zubir plak ape hal nk sebok hal org? mmg mulut n tgn puaka.

    *suami aku je yg terbaik mnyelesaikan stiap/segala hal*

    0

    0
    • Anonymous says:

      a’ah…. pakailah ayat ‘laki kau je yg terbaik’ tu… mcm org lain serba x kena..silap aribulan..laki ko main betina baru ko tahu sedap2 sgt mengata org.

      0

      0
    • Anun says:

      Sekarang suami kau plak ade masalah ade bini macam kau..
      Jgn nk beremo sgt komen tu..siap puji laki sendiri…

      0

      0
  22. jammy says:

    teringin gak nak suh zubir ni berlakon cte tanah kubur.

    0

    0
  23. zuzu says:

    Laknatullah la si zubir ni. desperate sgt nak cari berita sensasi. agak2 la kot nak menulis dan nak attention orang ramai. insafla saudaraku

    0

    0
  24. sisisisis says:

    Zubir ni mcm duduk sekali ngn adam n fiza.. semua bnda lengkap die tahu… ko la wartawan yg paling xberetika dlm Malaysia ni.. perasan bagus. Diminta anda bertaubat.

    0

    0
    • penyokong anti zubir says:

      dia da giler glamor la tu pas dpt masuk telibesyen aritukan…da lama sgt teperap je…..haishhhhh ni baru la jantan puaka a.k.a jantan dayus bagi makan anak bini dgn hasil x berkat..nauzubillah…
      kesian jadi kau zubir….

      0

      0
  25. tak kepoh tp dah tugas cenggitu... says:

    dah keja zubir cenggitu nak buat mcmana…nanti dibuang keja plak kalo dah xnak nak ambik tau hal artis…lgpun time dia interview dulu dia dah janji akan cari bahan yang panas…kan dia dah buat keja tu…kita sebagai pembaca ambik dan fikir benda yang elok2 saja…kan bagus cenggitu…

    0

    0
    • Anonymous says:

      matlamat x menghalalkan cara.. bkn pertama kali dengar kan? masih ade cerita baik2 pasal artis yg org nk dengar.. column die tu pun, sisipan je.. org tak beli pasal suratkaba pasal column die semata2.. cerita apa dlm tu pun org tetap akan baca.. bukannya die tu wartawan majalah mangga/urtv segala2 tu.. cerita2 mcm ni boleh melaga2kan org.. kerja2 jugak… fikirlah hati org sama.. mcm adam ckp die x redha org cerita keburukan rumahtangga dia kalau itu benda betul skalipun… bkn bermakna adam ni sombong…maknanya kt situ, keburukan rumahtangga die mestilah memalukan..namepun keburukan.. memalukan org tu same la mengaibkan org..

      bagus ke kerja mcm tu? kena kt batang hidung sendiri baru tahu..tp die tu siapa untk org2 lain pegi korek cerita lam kelambu die plak kan? wartawan gile glamer je aku rase..

      0

      0
    • sani says:

      cari kerja lain jer le….tuhan tak suruh buat kerja merepek…kat malaysia ni banyak lagi kerja…takan nak bersubahat dengan kejahatan kot …fikir fikirkanlah

      0

      0
  26. Pelik says:

    pelik btl kan si zubir leh tahu sampai dia org bergadoh bsr d rumah..zubir…zubirrrr..kalau cite ni fitnah dh satu dosa y amat besar…dh la tu si adam x redha plk….

    0

    0
  27. Anonymous says:

    Peringatan kpd Puan Fiza, tlng jgn post sesuatu yg mengelirukn d IG ok! Takut d salah erti oleh org ramai…kalo x silap ni kali ke2 da Fiza post tau, mcm x bahagia pla.

    0

    0
  28. rendang high kolestrol says:

    Macam ni la….. cuba kalau cerita ni kena kat.. fasha or che ta (bila che ta da kawen la)? Mesti u all sibuk dgn pendapat u all tu kannnnn….. satu je.. masakan pokok bergoyang kalau takde angin.. haiih.. u all u all… all with ur own thought… salah zubir tu sebab dia sibuk bgtau hal artis kat seantaro dunia.. mana mana artis la..apa pn nak tggu zubir pasal aliyah ngan ramli ms… senyap je… i da tau cerita… nak tgk u dapat tau tak cerita sebenar pasal dorang tu.. huhu… ps- pg blog nara sbb nak baca GOSSIP. tp tk comment. Sbb niat di hati nak baca je… betul tak betul.. bukan i yg tentukan.. pn bkn masaalah i.. takyah la emosi or mengutuk sgt… ok…

    0

    0
  29. sally says:

    If you want Zubir to stop…then we need to stop reading/subscribing to gossip and tabloids. Selagi ada demand…selagi tu la ada supply. Masalahnye kita sendiri pun nak ambik tau. We will read…then we say “astaghfirullah”…then we curse the writers to membuka aib……Tapi next week/day we do the same thing again. How la to stop like that?

    0

    0
  30. punyu says:

    bdk wartawan tue mmg suka buat dosa runtuhkan rumahtangga org…org bercerai berai dia tepuk tangan,suka…elokla,bg anak bini makan duit mcm tu…puiiihhh!!

    0

    0
  31. usop wilshere says:

    Kita bako jea si zubir tu !!!!!!

    0

    0
  32. Anonymous says:

    Betapa batu apinya si Zubir ni

    0

    0
  33. usop wilcha says:

    Kita bako jea si zubir tuuu !!!!!!

    0

    0
  34. maruko says:

    aku baca paper pun terkejut dengan artikel zubir ni, apa nak jadi la zubir ni, macam batu api, pengadu domba, hari tu kacau kes wawa zainal, lepas ni sape la pulak jadi mangsa, makin dia korek dan jaja/putar, makin menampakkan kebodohan sendiri

    0

    0
  35. anon says:

    bila baca gossip zubir semalam rasa mcm ditokok tambah je … tokok tambah utk lariskan akhbar

    0

    0
  36. Saya sungguh comel says:

    Otak zubir da kering idea nk karang artikel…tu yg jd mcm tuh…yg tkde diadakan…yg ade, dipanas-panaskannya…zubir oo zubir…

    0

    0
  37. eryeyn says:

    jahat la si wartawan zubir nih./…hopeless….umh tangga die biar la…igt hebay sgt ke bukak aib umh tga org???artis nih smua kene boikot wartawan zubir nihaa….jahatnye nauzubillah!!!!!buat artikel murahan cam tuh….nih hal umah tangga kot!!!sedangkan lidah lg tergigit….ape ke bengap sgt??mcm xde etika….bukan ke kene tanya pada yg empunya diri??yg die pepandai bt fitnah nih kenapa???/hopeless zubir.useless…brainless!!!jom boikot paper yg ade penulisan si zubir nihaa!!!

    0

    0
  38. minah yem says:

    itu hari kes rita ngan aidil sapai bercerai berai, pastu wawa n airel now adam n fiza……..apelah nak jadi dgn wartawan ni….

    0

    0
  39. Melinda Gipang says:

    si Zubir ni bagusnya kalau ditampar jak, tempoh hari suka-suka aja dia memarahi Wawa Zainal dan suami di khalayak ramai, sekarang ni suda mau kasi rusak rumahtangga Adam dan Fiza pula.

    0

    0
  40. reda says:

    zubir cuba ko siasat ngn Nora Danish sket..kt mne boipren dia korek duit selalu diaorang dpt g holiday…cer siasat cer siasat..zubir ni kn ala2 paparrazi..

    0

    0
    • sally says:

      Zubir pun nak cari makan. You think dia berani nak cari pasal dgn anak menteri? Or maybe dgn anak VVIP like Mizz Nina…or Sazzy Falak..?? Zubir ni takat artis2 yg dia boleh ‘makan’, dia berani lah….

      Zubir – if you’re reading this, I challenge you to find dirt on Marion Caunter ke? Or even Dato Siti…ada berani?

      0

      0
  41. fizza palsu says:

    len kali tak payahla nak update status bukan2 kat fb/insta dah tau u tu retis! jaga lah aib suami tu wei!

    0

    0
  42. zubur ayam says:

    Si zubir mmg suka laga2kan org.xtau dosa pahala.benda kecik jd besar.

    Yg si artis nih plak suka sgt update status ntah pape.itula pekdahnya ada laman sosial.elok2 org nampak mereka bahagia, skrg nampak berantakan.

    0

    0
  43. Batu ladong berat says:

    FITNAH !!! FITNAH !!! FITNAH !!!
    Tak baik buat fitnah mcm ni pat ADAM
    N FIZA ni ,celaka la kau wartawan hiburan yg jahat !!!
    Lain kali belajar la ,Buat la laporan yg baik berseh dan amanah mcm ABG NARA .

    Syukur Kita yg suka baca pat BNARA selalu dapat informasi yg baik, tak de nk memandai tokok tambah , sampai nk buat angkasa eh ANGKARA.
    Siapa sokong ABG NARA angkat tangan cepat !!!

    0

    0
  44. cik dayah says:

    alah… rilex lah.. berbual je pun.. stesen minyak pun tempat terbuka..

    0

    0
  45. Aku sebatang kara says:

    Biasalah tuuuu sdg lidah lagi tergigit…org cantik, fiza elite baru berubah, give her a chance to really do it her way…too much of drastic change can kill..just support her all out..Adam, will know better….semoga sentiasa Aman!!!

    0

    0
  46. pink says:

    si zubir buat hal lgi…

    0

    0
    • minah jambu merah biru says:

      jangan salah kn pak zubir dia tu wartawan …n keja dia untok mencari bahan2 ceritaaaa untok pengetahuan kite jugakkkkkk pahammm ….kalau tkde pak zubir kite pon tk tau berita2 yg berlaku….sepatut Nye kite berterima khaseh ngan pak zubirrr bukan untok di marah marah..

      0

      0
  47. minah jambu merah biru says:

    elehhhhhhhhhhhhhhhh kalau bebual ngan kawan lama pon tk boleh camana ni ?? cemburu nk mampos …eh adam jangan nk cmburu2 sangat lah !! bini kau tu bukan Nye jambu sangat yg kau nk cmburu kn huh ! fiza pon tkde ape yg nk di cemburukn ngan si adammm tuu adam bukan Nye hensem sangat pendek ajee…

    0

    0
  48. zubir bibir tebal says:

    zubir ni makin ramai orang benci caci die..makin banyak dia buat onar
    tapi yang pelik..pihak management tak da pulak nak gam die ke nak bagi warning ke..sebab..semua tulisan dia orang nak baca..boss suka orang macam zubir..buat dorang untung…kalau satu malaysia boikot zubir..tak beli paper yang zubir tulis..sure akan terlingkup gak zubit nih hah…ak rase nak tuang cili dalam mulut die je..bagi tebal lagi bibir tuh..hahahahhahaa

    0

    0
  49. yan says:

    penyokong anti zubir : ko sepupu adam yer…jgn lah ..emosi sgt…. kita bagi pendapat kita jer….ada aku kesah depa nak gaduh ke x..dpt duit x pe jugak…

    0

    0
  50. alahai zubir.. says:

    zubir ni dapat bonus besar dari syarikat bila cerita2 dia selalu meletup & panas..tu sebab benda kecik pun dia besar2kan..tu sebab benda takde pun diada2kan..zubirrrrr..zubir..tak belajar agama ke kau zubir? kesian la sikit kat mak bapak kau..malu la sikit dengan perangai kau..apa beza pun kau dgn kebanyakan artis Malaysia ni? Jgn terlalu seronok aibkan org..aib kau sendiri tak tertahan nak menanggung..

    0

    0
  51. yani says:

    time rita rudaini aritu kan zubir yg mulakan dulu, sampai bercerai berai derang tu setelah bertahun cuba bertahan, then masa wawa yg dia marah sngat wawa nak tutup aib seniri tu kenapa?, biarlah orng nak tutup aib seniri, nnti allah pun tutup aib kita, baik ko bertaubat zubir, cam wartawan senior juwie yg dah berpuluh kali gi umrah, keje cam ni mmng mengumpul dosa, lagi satu wrtawan cam zubir ni pilih bulu gak, cuba bukak aib vvip kat msia ni, tak berani plak!!!!!!

    0

    0
  52. reeza says:

    tak perlulah nk jadi mami jarum..masjid masih baru dah org yg nk merobohkannya…seronok ke buka aib org??? ingat ye..perjalanan hidup masih panjang..kita juga ada anak, cucu, cicit…..jgn esok benda yg sama terjadi keluarga..

    0

    0
  53. […] Adam AF Nafi Rumah Tangganya Dengan Fiza Elite Goyah (90) […]

    0

    0
  54. […] Adam AF Nafi Rumah Tangganya Dengan Fiza Elite Goyah (91) […]

    0

    0