Written by Bella | January 20th, 2016

Nampaknya Fiza Elite dan Adam AF bukan lagi pasangan suami isteri selepas Fiza mengesahkan mereka berdua sudah bercerai buat kali kedua sekitar penghujung tahun lepas.

Pendedahan Fiza mengenai status perkahwinannya itu dibuat kerana ingin mengelak daripada salah faham dan fitnah. Jelas Fiza, beliau dan Adam berpisah secara baik.

Kami berpisah cara baik. Saya anggap sudah bukan jodoh untuk kami bersama lagi. Saya minta dia lepaskan saya tanpa dendam di hati. Sekarang masing masing bawa haluan sendiri.

Saya mahu kongsi hal ini kerana mahu maklumkan status sebenar. Ini kerana ramai sudah mula bertanya setiap kali saya berjalan tanpa Adam di sisi. Malah, Adam sudah tidak memuat naik gambar saya di laman Instagramnya. Jadi saya lihat pencerahan ini perlu supaya tak menjadi fitnah pula.

Pernah bercerai sebelum ini, Fiza akui beliau sudah cuba yang terbaik untuk mengekalkan rumah tangga mereka buat kali kedua, namun hubungan mereka semakin lama semakin hambar dan kali ini Fiza bernekad untuk berpisah sebagai jalan terbaik buat masalah yang mereka hadapi.

Kali pertama bercerai, saya masih berharap kami akan terus bahagia. Tetapi semakin lama, semuanya dilihat semakin kelam. Jadi, pada tahun lalu, saya nekad untuk berpisah dengannya. Kami tidak tinggal sebumbung beberapa bulan. Malah, pada sambutan Aidilfitri lalu, Adam beraya seorang diri di Sabah. Saya pula beraya dengan keluarga. Malah, tahun lalu, saya diuji dengan kehilangan bapa tercinta.  Dugaan itu bagai datang bertimpa. Tapi saya kuatkan diri.

Akui Fiza, pernah tahun lalu, mereka kembali tinggal sebumbung dengan harapan dapat menyelamatkan perkahwinan.

Tetapi semakin dicuba, semakin jauh perasaan itu. Sekitar Ogos tahun lalu, kami sebumbung tetapi tinggal dalam bilik berbeza.

Saya buat solat istikharah dan minta petunjuk daripada Tuhan. Keputusan lebih condong kepada perpisahan.

Adam dan Fiza pernah bercerai pada 28 April 2014 tetapi selepas beberapa bulan pasangan berkenaan membuat keputusan untuk merujuk semula pada tahun yang sama.

Buat kali kedua, Adam menceraikan Fiza dengan talak satu di rumah mereka di Gombak pada 21 September  2015. Mereka kemudian mengesahkan lafaz cerai di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 28 Disember 2015.

Agak terkejut juga kami mendengar berita ini, tetapi kehendak takdir tiada siapa yang boleh melawan. Lagipun, Fiza dan Adam sudah cuba sedaya upaya untuk mempertahankan rumah tangga mereka,  namun jodoh mereka tidak panjang.

Sumber Berita: BH ONLINE

24 responses to Adam AF & Fiza Elite Sah Bercerai Kali Kedua

  1. Anonymous says:

    habislah….move on. bukan jodoh kalian.

    0

    0
    • Anonymous says:

      adam ni mcm sesuatu je…dulu berserban apa lah.

      0

      0
      • Anonymous says:

        dah kata dah sorg cerai retis laen pn bjangkit

        0

        0
      • ahkak tak kesah says:

        takpe…janda sekarang kan jadi rebutan belaka…untung2 dapat yg title dato. paling cikai pun anak ikan muda belia…cer tengok nek ta. sanggup bayar anak ikan mahal2, nak repair genetik nyer pasal..kalau tak..huhh…haram ingat keturunan bangla. bangla pun hensem per…tetttt…

        0

        0
    • Anonymous says:

      dah dua kali..maknanya teruskan hidup. kekadang anak ikan bukan boleh pakai. anak ikan hip-hop lepas tu pak alim berjubah pelbagai. lagi la.

      0

      0
    • Pirate says:

      Kesian.. Mmg takde jodoh nak wat camane kan. Mgkin fiza dan adam akn bjmpe dgn jodoh yg lebih baik.
      Anyway suka betul tgk fiza ni dlm anakku diva, ingtkan dia nyanyi je rupa2nya lakonan not bad, menjadi dia punya watak mak kpda 6 jahanam tu.
      Pstu muka nak dekat sama dgn ramona zamzam, sesuai jadi anak branak..

      0

      0
  2. melati says:

    Ni golongan org2 Anonymous….

    0

    0
  3. Anonymous says:

    kann.dah agak sorag retis cerai yg laen bjangkit..

    0

    0
  4. Mat KimK says:

    Adeh.

    0

    0
  5. Anonymous says:

    Terkejut dgr ingat sume baik2 je.. Sbb dgr fiza pnh keguguran jd pikir mereka ni hidup dlm harmoni je…

    0

    0
  6. Anonymous says:

    kesian…cantik fiza ni tapi kencundang dlm pernikahan.
    itu lah dunia. cantik x semesti bahagia. :(

    0

    0
  7. kwn skolah fiza says:

    sabar lah fiza, ada sinar lain menanti yg Allah janji kn… jg dan didik lah kedua2 puteri mu itu agar menjd ank yg solehah… kuat kn hati dan tabah menempuhi nya…

    0

    0
  8. LINDA EVANGELISTAHHH says:

    Yang belum kawen jangan komen kat sini yea. Sebab koang tak tau apa realiti perkahwinan, be it suka & duka.
    Yang dah kawen and bajet2 dapat laki maksum padahal kat umah koang hari2 gaduh pun jgn komen sini yea. Sebab koang hidup dalam penafian yg perfect dan berjaya tutup aib koang dari org luar.
    Sekian.

    0

    0
    • Anonymous says:

      kesian nara…kasi can kat linda ni ha komen sorang-sorang. yang lain bajet maksum katanya.

      0

      0
      • LINDA EVANGELISTAHHH says:

        alamak aku lupa plak Nara cari makan dgn visitors kat sini hahahahaha
        ok ok…ajak la kawan2 ko komen, :p

        0

        0
  9. Anonymous says:

    Sabar cheq..

    0

    0
  10. gigi emas says:

    Kan aku dah kata garenti bercerai….amin

    0

    0
  11. Anonymous says:

    cantik fiza ni…aku suka tengok cite y dia berlakon dlm anku diva…cite tu simple…tpi best..klau dia orag dh x de jodoh nk wat cam ne..aku rase le…mcm adam je y ad problem…

    0

    0
  12. no money no says:

    tau dah..sbb Adam xde duit! aku pon xnk kt dia…heeeeeeeeeeeee

    0

    0
  13. minah jambu terlajak habis says:

    bagos la dh beceraiiii lagi pon u tu dh tknk beranak n belom ngandong ngandong lagi mungkin adam tu nk baby bis u tknk kasi dia baby ha jalan yg terbaik n popular cerai la…! yg penting lepas cerai ni u kena berlakon keja usaha sendiri untok anak2 u peduli kan si adam tu nyampah minah jambu tengok dia huh !!

    0

    0
  14. Anonymous says:

    Aku nak kentut ..ok bye.. kentut ni nikmat Allah tau

    0

    0
  15. mrs pip says:

    cerai lagi …hurmmmmmmmmm…..
    Kalau Adam kawin lagi, manatau this time kawin di KK pula kan …. nnt kalau mau cari perkhidmatan katering, calling calling la Restoran & Katering Rasa Ria ok T_T ….
    Sesiapan pun yang mau cari katering harga berpatutan untuk kawasan KK, boleh ja minta quotation daripada Restoran & Kateting Rasa Ria … cheers.

    0

    0