Written by Bella | June 1st, 2017

Kisah percintaan Kamal Adli dan Emma Maembong memang diketahui ramai, tetapi sehingga hari ini kedua-duanya tidak mahu mengakui mereka sedang bercinta.

Menurut Kamal,  beliau tidak mahu menghebahkan hubungan beliau dengan Emma kerana tidak mahu ada pihak yang menyampah dengan mereka. Cukuplah sekadar hubungan mesra yang terjalin antara mereka berdua diketahui umum.

Kisah saya dengan dia sudah berlarutan tiga ke empat tahun. Orang boleh faham sendiri. Ada sebab kenapa kami tidak mahu mengaku. Apabila kami beria bercerita, ada yang menyampah pula. Jadi kami fikir cara profesional. Cukup orang tahu, saya berkawan dengan dia. Fokus saya memang dengan Emma. Saya tiada pun cakap berkawan dengan perempuan lain. Orang pun boleh faham cuma ada yang sengaja nak membuat situasi jadi tegang.

Tambah Kamal, setiap penafian yang beliau lakukan juga adalah untuk kebaikan kedua-dua belah pihak.

Kami menafikan untuk kebaikan bersama juga. Saya tidak mahu bercerita lebih kerana saya memang ambil berat kerana saya sentiasa rapat dengan dia. Tidak salah untuk saya ambil berat sama ada menjadi teman lelaki atau pun tidak. Saya memang rapat dan ambil berat. Saya tidak mahu bercerita lebih dan ia diuar-uarkan. Cukup orang tahu saya berkawan dengan siapa.

Kamal juga berkata hubungan beliau dan Emma baik-baik sahaja dan beliau meminta agar tidak pihak terus mencetuskan sebarang spekulasi mengenainya.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE 

10 responses to Ada Sebab Saya Dan Emma Tidak Mengaku Bercinta, Cukup Orang Tahu Hubungan Mesra Kami – Kamal Adli

  1. Anonymous says:

    “Apabila kami beria bercerita, ada yang menyampah pula.” – Kamal

    Kau tak cerita pun orang menyampah jugak HAHAHA

    22

    0
  2. nok gebuzzz says:

    wartawan2 ni mmg suke tanya soalan yg sama…kalau x jawab kate sombong pulak,lepas ni tanya redza pulak mcm mn ngan AJ,pas tu tanya jul aripin pulak…hmmm…

    2

    0
  3. Anonymous says:

    Diam ja lah. Kata x nak ulas tp slalu je tngk kluar statement. Nak komen pun jgn komen pnjng lebar. Ini lg menyampah bndng bercerita beria2 ,menafikan tp menunjukkan kemesraan..berteka teki status sebnr..

    4

    0
  4. wekkkkkkk says:

    Kawan Tapi Mesra.
    Dah 4 tahuin la, dh lama, knapa nk buang masa, rugi utk wanita, lmbt2 kawen, nnti bila dh ada jodoh, merancang lak bila nk dpt anak, merancang dlm 3 tahun la katakn, masuk tahun ke 4, baru mau anak, lpas tu x dpt..padan muka..sbb marancagkn, skrg Allah bgi perancanganNya pula, umurpun dh lanjut, yg rugi sapa, wanita jugk. Ini contoh je.

    4

    0
  5. kamal daud says:

    udah udah lah…dua dua ekor sendu……gila publisitiiiiiiiiiiiiiiii pirahhhhhhhhhhhhhhhh

    2

    0
  6. Anonymous says:

    emma plz tinggalkan mamat ni dia ni drag anak org saja2…belajarla dari ex dia sblum ni….jgn buang masa emma…

    1

    0
  7. Nazeeya says:

    Dua2 ni boring betul..statement merapu2.

    0

    0
  8. chekool says:

    pelik oi..dlu dgn gf lama..punya lama bcinta tak kwen2…pastu kena tinggal..ni pun sama..kalau aku..lama dah tinggal dia ni

    1

    0

Leave a Comment

Optional