Written by AbangNara | February 24th, 2014

Ini adalah satu berita yang kurang baik untuk peminat lawak tempatan lebih-lebih lagi untuk pengikut setia rancangan Maharaja Lawak Mega. Salah satu daripada peserta yang tidak pernah terlepas menyertai program tersebut iaitu Jambu telah pun mengambil keputusan untuk tidak lagi turut serta. Ini kerana Yus dan Tauke mendapati ada unsur-unsur yang mahu melagakan mereka berdua.
yus dan tiketIni semua berpunca daripada isu agihan tiket yang diberikan kepada setiap peserta MLM2013. Kebiasaannya tiket akan diberikan kepada Tauke Jambu. Kemudiannya Tauke akan membahagiakan tiket tersebut kepada Yus untuk diberikan kepada para penyokong mereka. Namun untuk peringkat akhir, tiket terus diberikan kepada Yus dan Tauke tidak mendapat sebarang tiket langsung. Terang Tauke menerusi Pancaindera semalam:-

Ya (isu pengagihan tiket). Tapi bukan Yus yang saya marah sebaliknya dengan pengurusan. Selama ini apa sahaja perkara berkaitan Jambu, saya yang uruskan. Sama ada hal wardrobe, susunan persembahan, dan sebagainya, semua orang rujuk pada saya.

Kenapa malam akhir MLM untuk urusan agihan tiket tidak melalui saya? Jadi berlakulah salah faham apabila tiket yang sepatutnya diagihkan sama rata cuma Yus sahaja yang dapat. Dan Yus yang telah diberikan tiket itu fikir kesemua tiket yang diserahkan kepadanya adalah untuk dia kerana dia ingat saya dah dapat.

Sedangkan perkara yang sebaliknya berlaku. Macam mana saya tak bengang.

Akibat salah faham ini, Tauke terpaksa meminta pembantunya beratur untuk membeli tiket agar dapat diberikan kepada penyokongnya. Tauke sendiri pelik mengapa pada malam final MLM2013 sahaja pihak pengurusan tidak merujuk kepadanya mengenai perkara tiket ini. Tauke melahirkan rasa terkilannya terhadap pengurusan MLM:-

Saya dah dengar penjelasan Yus dan tak salahkan dia. Yang saya terkilan adalah dengan pihak pengurusan MLM pada malam itu. Saya kena pastikan tiket itu ada. Saya taknak orang kata Tauke kaki kencing, menipu orang.

Sebab itulah saya dan Yus nekad tak mahu lagi menyertai MLM. Itu akan jadi MLM terakhir kami selepas kami dapati ada unsur-unsur yang mahu melagakan kami berdua.

jambu

Macam-macam kontroversi nampaknya yang terjadi di Maharaja Lawak Mega 2013. Apa pun keputusan Jambu untuk tidak lagi menyertai MLM amatlah mengecewakan. Abang Nara ialah salah seorang peminat lawak mereka. Pasti akan hilangnya seri MLM tanpa kehadiran buah-buahan tempatan ini. Semoga nanti Jambu akan berubah fikiran dan kembali bertanding demi peminat mereka.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

24 responses to Ada Pihak Mahu Lagakan, Jambu Tidak Akan Sertai Maharaja Lawak Mega Lagi

  1. Anonymous says:

    bagus le tu…. Jambu pun dh x lawak dah….

    0

    0
    • Anonymous says:

      MLM sendiri pn xpayah la diteruskan. asek2 org yg sama je yg masuk. apa kata buat aje rancangan lawak yg tiap2 minggu, lain2 orang yg buat persembahan. mcm lawak minggu ini dulu. buat rancangan, bukan buat pertandingan.

      0

      0
    • unknown says:

      Err…silap kot. Lawak diorg “di luar kotak”. Bukan setakat ketawa kosong & recycle lawak org lain. Yg malas pikir jer kata x lawak (tanpa merujuk kepada sesiapa)

      0

      0
      • i know says:

        rasenye pndapat masing2 kot klu dah xlawak mmg xboleh nk gelak pn..mmg boleh menang tp menang sorak je lah..elok la undur diri,lawak hnya dlm kotak yg diulang..”nk kicap,woiiii,gaduh pas 2 sambung mcm xde pape jdy,pas 2 wt muke gatal,seluar pakai paras dada buat mcm budak2 terencat akal”…mmg dah tau sgt dah lawak jambu..tunggu la org rndu dulu bru masuk smula ye…

        0

        0
        • K.A.A says:

          ni mest ade org dengki sbb group jambu ni team dia mmg bgs…

          0

          0
        • Anonymous says:

          sape la yg dengki sgt tu kn…ape la yg bagus sgt tu kn..ape la yg nk didengkikn tu kn…kesian org yg nk dengki tu kn…dengki sb menang jeritan pling kuat kot….dah xlawak klu xnk masuk pn org dah xheran ye dakkk….pndapat masing2 kn…knpe ade yg skit hati plak kn…dah xlawak kn,cm ne org nk suke gelak kn…kesian kn….hehehehe…kn…kn..kn..

          0

          0
    • Olga says:

      BAGUS LA BAGI PELAWAK BARU MASUK TAHUN DEPAN,ASYIK MUKA YG SAMA JE MUAK TGOK!

      0

      0
    • diandra says:

      tau xpe kan…. lawak pun ntah ape-ape, bodo2 jer…. patutnye tak layak pun masuk final…werrrkkkkkk,,,,,, yeeaaahhhh move JAMBU……!!!!!!!!!!!!!!

      0

      0
      • kak jah says:

        Kepale tengkorak kau !! Sori siket jambu best okay ! Orang macam kau je yg tak paham dgn lawak yg diorang buat.. sekurang-kurang nye diorang tuh ade idea

        0

        0
  2. ms hot says:

    mlm 2013 pon ade group yg guna ilmu hitam..kebenaran akan terbongkar jua..we will see.. Allah kan ada..

    0

    0
  3. mimimimii says:

    Alaaaaaaaaa. Tak best laa. Tapi mesti dah pikiaq habis2 kan. Apa2 pon, goodluck jambu. jgn pernah berenti melawak..

    0

    0
  4. 143 says:

    Apa2 jela

    0

    0
  5. werrrkh says:

    MLM – Memang Lawak buat Menangis – bukan buat ketawa. Tak lucu langsung. Hentikan aje lah bangang show tu. Sikit pon tak rindu.

    0

    0
  6. Bedah says:

    School of Lawak lagi tak bleh go uols.. seday

    0

    0
  7. chi chi says:

    Perlu ke tarik diri? Kalah atau menang anda adalah pemenang..mlm adalah platform utk memertabatkn lawak dan rasanya tk perlu nk perbesarkn isu tiket.

    0

    0
  8. xero says:

    jambu best ke x best.
    yang aku tau, aku byk kali jumpe jambu.
    diorg mmg frenly :)

    0

    0