Ada Pihak Cemburu Dengan Kemesraan Ramona Zamzam Dan Suami

Hiburan

Ada Pihak Cemburu Dengan Kemesraan Ramona Zamzam Dan Suami

Sering memuat naik foto mesranya bersama suami Rami Alashkar di Instagram, pelakon Ramona Zamzammerasa terkilan kerana ada pihak yang mencemburui kemesraan beliau dan suami.

Advertisement

Disebabkan mereka melihat saya dan suami kerap bercuti bersama dengan aksi mesra di laman Instagram, ramai yang mula mengandaikan yang bukan-bukan sedangkan mereka tidak mengenali kami.

Dalam pada itu, Ramona juga menepis dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Ramona tidak menginginkan cahaya mata meskipun hampir 2 tahun mendirikan rumah tangga kerana masih belum puas berbulan madu kerana dilihat sering bercuti bersama suaminya.

Setiap orang yang mendirikan rumahtangga pasti ada impian untuk memiliki cahaya mata dan ia tidak terkecuali buat saya dan suami, cuma bukan pada waktu ini.

Saya dan suami sememangnya suka melancong dan kesempatan ini kami ambil sementara belum mempuyai cahayamata kerana kami tahu bila mempunyai anak nanti, komitmen kami akan lebih tertumpu kepada anak.

Mungkin Ramona dan Rami mempunyai perancangan mereka sendiri mengenai soal cahaya mata dan janganlah bersangka buruk. Bak kata Ramona, pasangan suami isteri mana yang tidak ingin memiliki anak.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...