Written by serenity | August 15th, 2017

Nampaknya banyak pengajaran yang diperoleh Aliff Aziz berikutan isu diserbu di sebuah pusat karaoke oleh isterinya Bella Astillah ketika berduaan dengan Afifah Nasir. Pernah dikenali sebagai bad boy industri hiburan, segalanya sekan berubah apabila Aliff bertemu Bella dan beberapa tahun lepas.

Setelah bertemu Bella, Aliff memberitahu dia telah berubah dari seorang artis yang diketahui sering menimbulkan masalah sebelum itu kepada seseorang yang berbeza.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Namun begitu, perubahan yang diumumkan tidak kekal lama apabila isterinya mendapati Aliff keluar dengan seorang pelakon wanita yang bergandingan bersamanya dalam drama Izinkan Aku Mencintaimu yang dijadualkan untuk tayangan di RTM.

Isterinya Bella telah menyerbu Aliff yang ketika itu berada di sebuah bilik karaoke VIP di sebuah pusat karaoke Cheras dan pergelutan yang berlaku antara mereka suami isteri selepas itu menyebabkan Bella mengalami kecederaan. Aliff telah mengakui kesalahannya selepas itu tetapi Afifah tidak mengaku ke bilik karaoke itu kerana skandal dengan Aliff, sebaliknya hanya mengikut arahan produksi untuk berbuat baik dengan Aliff.

Bercakap mengenai peristiwa itu, Aliff memberitahu BH Plus ada individu yang tidak mahu dilihat bersalah oleh masyarakat:

Saya lihat ada manusia yang sanggup buat apa saja untuk kepentingan dan menutup khilaf diri.

Aliff percaya ini memberi kesan kepada reputasinya sebagai pelakon di masa hadapan:

Saya percaya buat masa ini, heroin lain pun akan berhati-hati jika dapat tahu akan bergandingan dengan saya. Begitu juga dengan saya.

Aliff bagaimanapun, enggan digandingkan dengan Afifah dalam drama lain selepas ini:

Namun, secara khusus buat pelakon itu (Afifah Nasir), gandingan kami ini mungkin yang pertama dan terakhir. Noktah.

Saya berbuat begitu kerana mahu mengelak kesan dan perkara lama terbuka semula. Lebih baik saya jauhi.

Wah, perkara apa ya? Bagaimanapun semuanya telah berlalu tetapi Aliff tidak serik untuk bekerja dengan produksi yang sama:

Saya pula tidak serik untuk bekerja dengan produksi ini. Namun, dengan apa yang terjadi dan andai ada peluang bekerjasama di bawah produksi sama, saya kena lebih berhati-hati.

Saya juga berharap produksi ini tak serik untuk menawarkan saya peluang berlakon lagi.

Pernah dikaitkan dengan selebriti seperti Anne Ngasri dan Adira sebelum berkahwin dengan Bella, diharap Aliff benar-benar akan mengotakan janjinya untuk berubah selepas ini, demi isteri dan bayi lelaki mereka yang berusia sebulan beberapa hari lepas.-beautifulnara.com

48 responses to Ada Manusia Sanggup Buat Apa Saja Untuk Menutup Khilaf Diri-Aliff Aziz

  1. nok gebuzzz says:

    eh!mana g pic kawin ummie tadi?kenapa nara g delete?

    2

    0
    • Umi Kalsom says:

      Kan. Kat oh bulan pun sama dh kene tarik. Rasa ummi n associate sound kot main ambik je kt gamba kawin kt ig dia

      5

      0
      • Serenity says:

        Jurugambar yg hantar kat BN, tp Ummi minta removed.

        4

        0
        • bosan says:

          boring la wei asyik gossip pasal ni je.. kami nak gossip baru fresh.. contoh pasal kakak emma maembong si beby maembong tu yang makin hot mama.. yang tu baru boleh membuatkan kami wanita2 naik cemburu k..

          0

          3
    • Anonymous says:

      kau diam jela alep oii. walaupun kau mengaku salah dulu the fact remains yang kau yg laki org, kau yg bapak org kau yg heret anak dara org g karaoke, kau yg blah tinggalkan bini kau kat karaoke tu lepas bergelut. semua kau. ingat sebab kau mintak maap dlu terus kau jadi tak bersalah ke. sekarang ni kau diam je la xyah keluar kenyataan apa lagi. meluat plak.

      61

      1
      • opah maheran says:

        Alip cakap pasal diri sendiri tu

        7

        1
      • Anonymous says:

        Ini pipah ke yg komen..kalau betul ramai tgh tunggu kau minta maaf..makn tahun..

        2

        8
      • Rynee says:

        setuju, betulkan diri sendiri dulu, mentang2 isteri dah maafkan lagi lagi berkokok seperti ayam jantan berkokok tapi buntut bergelumangan taik.

        Mungkin Alif ni kena tunjukan marah over sikit kot, nanti kes Polis tak selesai, tak nak tarik balik report.

        Tak tahu lah berapa lama Alif ni bertahan di Industri Hiburan, dah semak mata memandang, muka pun dah lebam/dull.

        3

        1
    • Anonymous says:

      ummie mana ni?

      0

      0
    • Pemerhati bebas says:

      Ehh bosan la topik alif aziz dan afifah ni. So yesyerday. Dah happy ending kan. So… jom jaga baby tu. Forget the rest. Cuba jd mcm alif shukri atau alif satar. Dia org alif the good family men

      0

      0
  2. Anonymous says:

    Dahlah drama RTM tak banyak org tgk. Tambah plk dgn kontroversi mcm ni. Kesian RTM.

    9

    0
  3. Anonymous says:

    dfdd

    2

    0
  4. minachee says:

    Aku bukannya nak menagkan sesiapa. Tapi aku rasa kedua-dua pelakon (Aliff & Afifah) memang bersalah pada masa kejadian. Tapi untuk menyelamatkan rumahtangga dan juga periuk nasi, Aliff terpaksa membela dirinya sendiri dan keluarganya. Sudah pasti Afifah yang akan diselubungi rasa bersalah dan dituduh sebagai penyebab walhal “it takes two to tango”.

    36

    0
    • miss kepah says:

      memang it takes two to tango, tp dh salah, minta maaf lah…rasanya netizen sakit hati dgn pipah sbb dia xnk mengaku slh…cuma mengaku salah benarkan aliff pgg tngn dia…ayat dia seolah2 aliff sorg yg salah.dia innocent, yg salah Allif dan produksi, dia mangsa keadaan,,berapa umur kau pipah oiii xreti nk buat kputusan sndiri, kau lembu kena cucuk idung ke??..kalau pipah pun mintak maaf rasanya netizen blh move on, sbb 1st, masjid bellaliff dpt diselamatkan, 2nd, pipah dan aliff pun pelakon n penyanyi sendu, esp pipah, org kenal sbb kes ni je….

      17

      0
  5. Ugly Nara says:

    Mohon balik Singapore jer la alip. Banyak lagi pelakon kat Malaysia ni yang berbakat dari engko. Dah la muka engko tu muka pengamput, ada hati lagi nak suruh production company offer kerja dengan engko. Puiiii … Butu bercabang, pipah cipap gatal.

    7

    6
  6. Be true says:

    I guess the title goes back to u aliff!!!.. nak tutup mata org le…

    14

    1
  7. Melati says:

    Retis2 haprak masuk dlm Nara watper .. low Class .. sekali lg Nara masuk Retis2 Haprak ni dlm Nara , saya tk mau komen lg dlm Nara .. saya nk beralih .. oh bulan .. yg amik tahu kisah mereka ni pun melayu haprak gk …

    0

    0
  8. kakikucinghitam says:

    kau kata nk move on alep oiiii… sudah2lahh tu bg statement.. amboi kemain khusus utk pelakon itu… ape salah si pipahpepot tu kat kau? bukan kau ke yg tgglkan bini kau kt karoke dengan pipahpepot? jd dlm hal ni, kau yg salah lebih tau…

    12

    0
  9. Anonymous says:

    Tak abis2. boring nya. Jom la bincang pikio topik lain yg lebih berfaedah. Nara ni aku baca nk hibur dan susahkan hati Aku suka pasal kebersihan. Aku dah bosan kotornya kawasan Bangii. Tenguk kat Giant tu ngapa dah bertahun tak berubah. kotor dan sampah merata rata di parkir dan sepanjang tepi jalan. Klu itu tanggungjawab tuan punya premis kenapa Majlis tak ambil tindakan? Klu yubtugas Majlis mana pergi enforcement nya. u drive la dari round about ke next roundabout. Merata rata sampah. YDP yang bertanggungjawab action please. Bangunkan enforcment yg lama terlelap. Come on kawan kawan sokong aku agar Malayysia bersih. Buang masa saja topik si Alip dan pah ni.

    2

    1
    • anonymous says:

      tu area bangi ni area BSP…dah la pejabat majlis daerah dekat BSP tu je…bukak pintu terus boleh nampak sampah bertabur…tak tau apa org2 majlis daerah ni buat hari2 datang keje…bersembang ke apa ke tak taula…kontraktor tak buat kerja pun dia orang leh lagi tido…..dah di potong rumput di longgok masuk dalam bag plastik tapi tak angkut…berkumpul2 bag plastik penuh dengan rumput tak berangkat…

      dok makan gaji buta….sub contractor tu mesti bagi kat kaum kerabat sebb tu tak check apa dia orang buat…papan2 iklan bertabur kat tepi2 jalan BSP….semak mata weiii….tpi majlis daerah buat bangang padahal pejabat ikut lalu situ je…jalan di turap sekerat sekerat….paling pantang bila dia orang tak pantau orang berniaga…kat pintu gerbang masuk umah pun ada orang pacak kedai burger…majlis daerah tido lagi lena lagi mengular lagi…kawasan BSP bersepah sepah walau pejabat daerah ada kat situ…shame!..

      1

      0
  10. mamizura says:

    nara……………..pls stop all drama gila ni…………….gila publisti dah nak muntahhhh..
    alip batang berlumut dah lerrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

    1

    0
  11. Eyeee says:

    Dalam kes ni aku tak meluat sgt ngn si alip ni ..tp aku takde la kata dia ni x salah langsung kan..cuma he’s willing to admit n\his fault and beg for forgiveness..

    yg aku meluat si pipah tu..acah mangsa..play victim..meluat gila..smpai kesudah x mintak maaf..like what the fuckk?!!
    aku rasa ni la puncanya ramai netizen kecam dia..sebab dia ego to admit her mistakes.
    klau dia mintak maaf and tak spin cerita, netizen boleh terima kot..

    18

    6
    • Anonymous says:

      Anak orang kaya takut maruah kluraga jatuh kalau minta maaflah tu…orang kayakan selalunya ego nk mampus!
      Padan muka selagi tk minta maaf selagi tu orang pandang hina kt kau

      6

      3
  12. anon says:

    same for me, bagi aku dua-dua salah dalam kes ni.. salah alif sebagai suami orang layan perempuan lain and salah afifah jugak yg melayan laki orang.. dalam kes ni yg aku nak tau sangat, sapa yg start dulu?

    pokok takkan bergoyang kalau angin tak ada, someone yg start dulu and yg lain tu apa lg layan.. aku nak tau alif ke yg start menggatai dgn afifah or afifah yg start melayan dulu..

    tapi yg pasti, dua-dua ada otak untuk pikir and dah besar panjang.. masing-masing dah tahu silap and minta maaf.. yg ni aku respect alif sbb mengaku salah.. ramai orang salahkan dia tapi aku rasa sebab dia laki and dan memang nafsu laki ni perempuan.. memang silap dia melayan tapi kalau tak ada yg start takkan terjadi..

    the end

    0

    0
  13. sis tak paham says:

    blah la kau aliff acah je.kau dah buat salah lepastu mengaku minta maaf terus rasa kau bagus la?bkn kata kau patut kena bash walau dah minta maaf,tak.tapi sbb kau mcm acah bagus tak paham aku org yg kata sekurangnya dia dah minta maaf tp still bash pipah padahal pipah pun dah minta maaf kau nak kata tp dia still nak salahkan org lain well aliff pun takde beza pun bagi aku nilai sendiri la.kalau betul kes ni.dua2 salah tp org nak pergi bash si pipah lebih2.padahal dia pun dah minta maaf dan aku rasa paling patut disalahkan si aliff ni sbb kalau tak salah aku dlm Islam pun bila kes macam ni lelaki yg patut disalahkan.bila ditanya antara arak dan perempuan mana patut lelaki jauhkan jawapan dia perempuan sbb arak tu kalau lelaki tu taknak,arak tu bkn boleh berckp goda dia ke.si aliff ni dah ada bini ada anak bini tgh pantang lg anak tak sampai sebulan pun.dia la plg bodoh sanggup buat bini mcm tu.dan kalau bkn dgn pipah boleh jd dgn perempuan lain.dtg la perempuan lg lawa dari pipah pandai gila menggoda tp benda takkan jd kalau aliff ni ingat anak bini.p.s/aliff bongok tp netizen mulut puaka yg masih bash pipah 10 kali bongok

    4

    2
  14. Macho says:

    Eeleh..klu x psl report polis..xdenya nk mengaku..mintak maaf.. Dah la alip..
    Pipah pun dh mintak maaf kan..xyah komen2 lg. Ko yg mulakan semua ni sbb ko lelaki.

    7

    3
  15. Anonymous says:

    Woi, aliff ok ni cacat otak ke? Lantak dia la nak ngaku ke tak yg korang xbercinta. Yg ko beriya2 nak sgt mengaku bercinta dah kenapa??? Mana maruah ko sebagai suami dan bapak ha???? Bodoh betul la ko ni

    9

    0
  16. senjakala says:

    shut up lah alip oii..
    mcm terdesak sgt nk ambek hati bini.
    meluat lak aku..

    9

    0
  17. mama says:

    Serik la dah tido lokap. Lepas ni jaga isteri elok2 aliff.

    0

    0
  18. Sado sadis says:

    Aku pun pelik giler…. np pulak alip ni giler babi nak si pipah ni ngaku dyorg bercinta???? Ap ko dpt ye alip???? Siap ckp lg tepuk sbelah tangan xkan berbunyi…. aku rasa alip ni byk sgt minum arak smp otak mereng…. dah pipah mengaku silap dia g kuar ngan laki org….dah lah tu…ko nak suruh dia ngaku dia bercinta ngan ko ke???? Bodohla…ko sengaja nak dia dihentam ke ap???? Aku x rasa pun pipah tu jatuh cinta ngan ko… mungkin dia mengedik manja ngan ko sbb ko jenis laki mulut manis….tp jatuh cinta x mungkkn…nak jek aku penampo muka alip ni laju2…. biar tAk bengong

    9

    0
  19. mcm2 says:

    Alif ni sebab kantoi dgn bini, ckp mcm bagus sgt menyalahkan org…. cuba kalau x kantoi?? pompuan tu la yg ko puja2..

    11

    0
  20. Ko pun sama says:

    Cakap mcm dia tak salah langsung.. #gila udah2lah bagi statement

    8

    0
  21. Anonymous says:

    satu2 statement nara nak up ker…padahal benda sama jer…pasal yg laki rasa mulia sbb ngaku…yg jahat perempuan jer…

    2

    0
  22. Anonymous says:

    menyampah citer pasal alepp,bella n pipah ni…suka dengan cerita Edika Yusuf sanggup berkorban jaga isteri yang jadi lumpuh tiba2 selama 12 tahun….jauh lagi hensem dari pelakon2 hari ni..gentleman pulak tu….

    2

    0
  23. Miss N says:

    Abg Nara, tak de ke berita Jihan dah mengandung? Alaaa cepat laa up berita gembira tu.

    1

    0
  24. oohooiii says:

    orang mengaku salah korg bash..org mintak maaf korg bash…org buat kje elok korg bash..org buat salah korg bash..pendek kata semua yg retis2 ni buat xpenah ada yang betul kt mata dgn telinga korg lah…xkesah la mana2 retis pun…semua salah kt korg…

    so, apa masalah korg semuanya wahai netizen netizen sekalian..apa yang korg nk dr diorg sume..?kalau benda yang sama jd kt family korg ape yg korg buat eh..korg ngutuk jgk ke..?dunia dah makin hampir ke akhirnya..bwk2 la bertaufat semua…hal org tak pyh nk amik tau…masuk telinga kanan keluar telinga kiri…sudah..korg dok kutuk2 pun bkn korg dpt ape pun..dapat dosa lg ada lah…jaga diri masing2 jaga fmily masing2…tak pyh nk risaukan hal org lain…ckp yang baik2 dh la…jgn tunjukkn yg korg sume ni tahap low class skali…

    peace no war..

    wassalam…

    0

    0
  25. Syarafina Musa MPN says:

    Kepada perempuan yang menggatal dgn suami orang, pegi karaoke dgn laki orang sila minta maaf dgn wife laki yg ko menggatal tu! Full Stop!

    1

    1
    • anonymous says:

      betul tu Syarafina…pada pompuan2 yang dok berwassap2 bersayang2 panggil suami orang Bi la babi la sila mintak maaf dengan bini orang tu…dasar sundal

      2

      0
  26. daenaryssnow says:

    U should be grateful cik pipah didnt admit that u two were having an affair. cuba kalau die mengaku, mmg masak la ko.. and yeah, i guess ur wife pun tau hakikat sebenarnya.. u are lucky she accepted u back.. so, just shut ur mouth, and pls la bertaubat. be a good example to ur son. enough of acah2 nak jadi hero konon u were being gentleman admitting that did have a thing with cik pipah too, and blamed her for everything that happened. no, u r not a gentlemen but a jerk, douche or whatever… apa ko ingat ko justin bieber? blah la weii..

    3

    1
  27. anonymous says:

    betul tu Syarafina…pada pompuan2 yang dok berwassap2 bersayang2 panggil suami orang Bi la babi la sila mintak maaf dengan bini orang tu…dasar sundal

    0

    0
  28. kamibencijantanplayboy says:

    alah sama lah kau Alif Aziz. dah pompuan tu tak nak mengaku kau paksa paksa jugak dia mengaku in public. bahahaaa…tak payah paksa pon orang dah salahkan dia, orang semua paham sendiri apa yg jadi. yang aku tak paham kenapa kau bersungguh2 benar nak si Pipah mengaku korang ada affair? beriya bebenor. ke Bella bagi green light kawen gn Pipah kalau Pipah admit? tu kau beriya2 sangat.

    Dah dahla tu, yg penting korang laki bini. kau berubah lagi bagus daripada tak abes2 paksa orang mengaku benda yg terang2 memalukan dia dan keluarga dia. mesti lah dia cuba sebaik mungkin elak. apa punya turrrr la kau ni

    0

    0
  29. Syarafina Musa MPN says:

    Bukan org nk suruh mengaku sangat pun, tp terang2 ko pegi karaoke dgn laki orang, minta maaf dgn bini orang tu ok

    0

    0

Leave a Comment

Optional