Written by Bella | November 24th, 2015

Perginya insan bernama Harun Salim Bachik nyata mengejutkan buat peminat industri hiburan tanah air Malaysia juga rakan artis yang lain. Bila kami menonton filem Polis Evo terkenang seketika tentang sifat Allahyarham yang tidak pernah bosan menghiburkan kita dengan lawaknya.

Lebih sedih lagi bila kami mengetahui bahawa balu Harun Salim Bachik iaitu Surianti Mohd Noor dan dua orang anak mereka sudah tidak mampu menanggung kos sara hidup di ibu kota lagi.

Mendengar berita tersebut, pelbagai persoalan yang timbul di minda kami. Bukankah Achey sebelum ini memberitahu beliau sering menanyakan khabar mereka serta sudah menyerahkan  keseluruhan “share” beliau serta keuntungan bersama modal perniagaan yang beliau usahakan bersama arwah?

Namun, Surianti menafikan perkara tersebut dan memberitahu Achey tidak pernah berbuat demikian malahan beliau langsung tidak menjenguk mereka.

Saya ada terbaca kenyataan Achey baru-baru ini kononnya dia sering bertanya khabar dengan anak-anak saya, namun sebenarnya tidak pernah pun. Datang menjenguk kami pun tidak pernah.

Dia (Achey) ada buat kenyataan yang dia sudah serah semua share perniagaan yang dikongsi bersama arwah sebelum ini kepada keluarga dan hal itu pun saya tidak tahu kerana mereka sudah removed saya dari grup perniagaan tersebut.

Tambah beliau, hanya Afdlin Shauki sahaja yang masih mempunyai semangat setiakawan dan memberi bantuan persekolahan untuk anak-anak.

Kerana sudah tidak mampu untuk menampung kos hidup mereka anak beranak, Surianti telah membuat keputusan untuk pulang ke kampung halamannya di Kulim, Kedah.

Saya akui tertekan dan tidak mampu lagi untuk menyara hidup kami anak beranak di Kuala Lumpur, sebab itu saya ambil keputusan untuk balik kampung Isnin depan. Sewa rumah sahaja RM1,500, anak-anak yang sedang membesar lagi, ini pun semua barang-barang kemas saya terpaksa digadai. Sekurang-kurangnya bila balik kampung saya akan mulakan hidup baru bersama ibu-bapa saya.

Surianti dan Allahyarham Harun Salim Bachik bernikah pada tahun 2000. Hasil perkahwinan meereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Hakeem Sufy Al-Rashid dan Siti Hazeera Sofea

Harun juga memilki empat orang anak bersama isteri pertamanya, Martinah Ahmad namun  perkahwinan mereka tidak bertahan lama.

Sumber Berita: mStar Online

67 responses to Achey Tidak Pernah Tanya Khabar Mahupun Beri ” Share” Perniagaan Kepada Kami – Balu Harun Salim Bachik

  1. Anonymous says:

    sembang je aceh ni, huhu

    0

    0
    • win says:

      Hahahahah agak kantoi di situ ya acey. Tak apa, cuba lain kali. Huhuhu

      Actually win sendiri tak tahu siapa salah siapa benar kan so, biarlah Allah menghukum. Hehehe.

      Jangan buruk sangka kehkeh

      0

      0
    • duittakbawakmati says:

      dengar criter astro box office polis evo dekat 20juta. tak luak kot sedekah brg seratus dua k kat family ni.

      0

      0
    • Pekerja Gomen says:

      Perghhh… tak ku sangka… Sembang ngetop je rupanya si Achey ni. Atau???? Achey maksudkan balu dan anak dari isteri pertama HSB? Entah le

      Aku sokong kalau balu HSB ni balik kampung…
      Betul… kos sara hidup kat bandar mmg tinggi…
      Dan dia takde keperluan untuk hidup di bandar sebenarnya…
      Dulu arwah HSB ada, kena duduk bandar untuk memudahkan arwah pi shooting, show dsb.
      Kalau balu dia kerja pun belum tentu mampu bayar sewa RM1500 sebulan
      belum kira bil api, air dan utilities lain. Pendek kata… kehidupan di bandar ni serba serbi tinggi berbanding kat kampung..
      Mmg la org perseorangan atau organisasi mcm karyawan boleh tolong… tp sampai bila?

      Nak bantu org susah… jgn bagi dia ikan, sebaliknya bagi dia pancing atau jala… so dia boleh guna untuk cari ikan, bukan untuk hari ini aje… tapi untuk masa2 akan datang. Kalau bagi ikan…. hari2 kena bagi dia makan ikan…

      My suggestion: apa kata pihak karwayan atau seniman bagi bantuan yang mana balu Allahyarham ni bleh buka perniagaan kecil2an di kampung. Contohnya jahit baju, mesin buat kuih / kerepek, atau apa je yg mana boleh digunakan untuk menyara dan meneruskan kelangsungan hidup.

      Akhir kata, majulah sukan untuk negara.

      0

      0
      • lipas5 says:

        Pelawak Achey kesal dengan kenyataan yang dibuat balu Harun Salim Bachik iaitu Surianti Mohd Nor yang menuduh dia menipu mengenai kenyataannya kepada media bahawa dia pernah bertanyakan khabar keluarga itu.

        Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 29, berkata, terdapat salah faham mengenai perkara tersebut kerana pertanyaan khabar itu sebenarnya diajukan kepada anak sulung bekas isteri pertama Harun dan bukannya melalui Surianti.

        “Saya rasa perkara ini hanya salah faham sahaja. Sebenarnya, saya ada bertanya khabar mengenai keluarga arwah abang Harun. Dan pertanyaan itu diajukan kepada anak kepada isteri pertama arwah.

        “Dah alang-alang bertanya, saya tanya sekali mengenai anak-anak isteri kedua arwah juga. Itu sahaja,” katanya yang dihubungi mStar Online pada Rabu.

        Pada Selasa, mStar Online melaporkan Surianti meluahkan perasaan terkilan dengan kenyataan Achey dalam sebuah portal hiburan kononnya sering bertanya khabar keluarga mereka, sedangkan ia tidak benar.

        Malah, Surianti turut mendedahkan, dia juga tidak tahu-menahu mengenai status perniagaan arwah suaminya yang dikongsi bersama Achey dan beberapa orang lain selepas dikeluarkan daripada grup perniagaan tersebut.
        Surianti juga bersama dua anaknya berhasrat pulang ke kampung halaman di Kulim, Kedah pada waktu terdekat gara-gara kesempitan hidup selepas kematian Harun pada Mac lalu.

        ***aq copy from my star**….addoiiiii buek malu laaa kakk oi….blik je la kg…ko ckup baik la Aflin nk tolong…org lain mne ade..usaha sndri je….

        0

        0
      • hani says:

        sorry;lh yea.. u no you have kids. so carilh kerja.. xyah nk buruk2kn nm org.. no brain

        0

        0
    • kk says:

      Saya da tiga je soalan..
      Sapai bila nak mengharap simpati org?
      Bila nak cari kerja?
      n Arwah xde simpanan masa hadapan ke?trust money?fixed/sacing/share account?
      Sekian. Terima kasih. :)

      0

      0
      • minah sterenglock says:

        bodohnya kau ni kan, klu ade pon kau ingat sng2 ke nak kuorkan duit arwah tu??prosedur byk tau,laki atau bini kau mati sok baru kau tahu peritnya!!!!! ckp jgn sedap mulut setan!!!!

        0

        0
        • kk says:

          Erk. Kau suka ht bodoh kan aku? takziah buat kau. if xble access simpanan arwah laki/bini, ko xde simpanan wlaupon ciput? sedeh ko ni. Lain kl jgn mengharap harta laki/bini tau. P buka jobstreet anta resume lg baik dr kau melalak simpati org. duh #facepalmtukminahstrerenglock

          0

          0
  2. cikka says:

    mak janda sakaiiii meroyan..cari reporter n buka cerita mcm ni mmg sah kau bodoh n bakal memalukan diri sendiri…sekali achey buka mulut kang habis la malu..

    0

    0
    • Xxxx says:

      Jangan duk mengutuk sgt,kamu pon xtahu keadaan sebenar.sape betul sape salah.kan xpasal2 dpt dosa free. Payah bila orang kemaruk sgt dgn dunia seni dan artis ni..

      0

      0
    • dee says:

      Cikka, ingat ya,.. jgn hina org yg dlm kesempitan. dan ingat juga, org yg masih bergelar isteri pun, bila2 boleh jadi janda atau duda…

      0

      0
  3. sakit tekak says:

    haaa sudaaahhhh……cmne tuuuu….

    0

    0
  4. benci ko says:

    Makan lah ko duit anak yatim.. Jwb sok kat kubor beb.. Hhhaha.. Org semua berebut2 nk pegang ubun2 anak yatim. Ko mkn lak duit dorg.. Binawe

    0

    0
  5. Anita anee says:

    Aduhai.. Kak su ..nape la buat cite… Aku knl sgt kak su nie.. Die wat bisnes .. Tp xjujur..rmi dah dpt hidu..kantoi remove customer.. Hidup nk bgaya jem. Sexy..free hair.. Rmi je group kmi tolong.. Tp kje la..bukan dok umh ngangkang je..nk niaga amanah la.. Ni x… Bertaubat la kak su..kesian kat arwah…

    0

    0
    • Anonymous says:

      ye ke cmtu? tgk muka suci sehening pagi je.. hg kenai da lme ke bini die ni?

      0

      0
      • minah jambu says:

        kalau dh perangai tk jujur suci hening pagi kepala hotak engkau kalau dh macm tu prangai dia huh ! pandai2 aje buat cerita achey itu achey ini padahal diri sendiri tk betol huh ! ni mesti jenis suka buli laki ni..kalau asek duduk rumahhhhhhhhh aje ape hasil ada !! at last dh tkde modal nk balek kampong pulak nk susahkn orang kt kampong huh !

        0

        0
      • alamanda says:

        sape tgk super spontan mase dpt sumbangan kebajikan tau la dress up bini arwah mcm mane. tekejut aku tgk mase tu. malas nk ckp kat cni kang aibkan org pulak.

        0

        0
    • cikikaka says:

      kdg2 kite ni terlalu mengaharap kwn2 arwah.. maybe ade salah faham kat situ. kena dgr la dua2 belah pihak. yg aku tgk bini arwah ni pun free hair sexy patutnye tutup la aurat tu kesian kat arwah.
      kerje cari duit sendiri.. entah2 bisnes yg acey buat dgn arwah mmg x berapa menjadi ke mane tau. klu dh x menjadi nk cekau duit dari mana.

      0

      0
    • Anonymous says:

      dia buat salh apa kat awak..dosa dia awak tnggung ka..awak xtau sjk arwah mnggl…rmai org2 mcm awak ni la yg fitnh dia..kata dia mcm2..tpi rezeki dia allah x putus2..x kna kt btng hidung awak blh la ckp

      0

      0
  6. . says:

    Ooooooo dato vidaaaaaaaaaaaa

    0

    0
  7. kalah retis says:

    Alamak..bnda cmni pn nk bgtau satu msia ke?at least achey tu smbung pnagaan arwah.,jgn sdap buat cite.tnye dia dlu sblm post kt mne2.dh tau ssah..cr lh kja..duit x jtuh dr lngit kak oiii.ko pndah mne sklipun kne kja gak,ank2 awk kne mkn.

    0

    0
  8. Anonymous says:

    Jgn kutuk2 achey ataupun balu allahyarham sblm dpt tau cerita yg sahih.

    0

    0
  9. Inilah pentingnya menabung msa rezeki melimpah
    Beringat ingat masa senang….
    Jgnlah susahkn ibubapa di hari tua mereka

    0

    0
  10. minah jambu says:

    kalau ye pon tk larat idup kt Bandar kenape tk keja? kenape nk susahkn anak2 yg maseh lagi bersekolah ? kn melecehkn kalau dari kl nk tukar sekolah kt Kedah sana ..jangan susahkn anak2 la yg dh biasa idup di Bandar dn bersekolah nk pindah pulak kt kampong..jangan berpikiran lembab sangat la..Nampak sangat nk harapkn lakiii aje kalau laki tu maseh idup tk tau nk berdikari sendiri..tkde laki aje mengelabah tk tau nk buat ape. balek kampong nk susahkn mak bapak yg kt kampong tu pulak huh !

    0

    0
  11. acheh says:

    hidup bersederhana kak. kalau agak2 dah tak mampu, flat pkns shah alam ni baru 800. cube carik keje sendiri. tak payah menyusahkan org nak mintak sponsor bayar tu bayar ni. hendak seribu daya kannnnnnn

    0

    0
    • ks says:

      Ada lg murah dr tu. nun damansara damai 500 600 pon dapat dah. Antara mahu @tidak saja nak ubah cara hidup ni.

      0

      0
  12. krios says:

    Adalah tu salah faham kat mana2. harapnya dua2 pihak duk bersemuka explain balik biar jelas, kalau mengadu kt media je tp xtanya achey terus (direct) pun susah jugak, macam jemput org2 yg xberkenaan jadi hakim xbertauliah.

    0

    0
  13. Nek Bunga says:

    Bencinya aku – ada juga manusia jahat mcm. si ammat ni yg. boleh menganiaya balu dan anak-anak yatim! Dan mana pi pertubuhan Seniman tu; yg. sepatutnya membela artis; apalagi yg.banyak jasa mcm. Allahyarham Harun Salim Bacik dan keturunannya?! Gantikan si Presiden tu kalau tak tau buat kerja oi!

    0

    0
    • kepoh says:

      Yayasan artis malaysia pun ada kan datuk Dj Dave tu mana pegiiiii dana berjuta2 dpt tapi asyik bg rm2K apa dia fikir zaman skrg 2K tu dah cukup setahun pastu bg hanya sekali seuur hidup..mana dana berjuta yg kerajaan bg tuk yayasan artis malaysia? nak kaya sendiri saja

      0

      0
  14. Saya says:

    Mungkin betul Achery dah beri semua seperti apa yg d katakan , cuma bukan beri kat Suriati tapi mungkin beri kat bekas isteri pertama siapa tahu km jgn lah kutuk Achery kita sendiri tak tahu mana yg betul.

    0

    0
    • Anonymous says:

      Bila masa plak Achey jd Achery. Sudah tukar ka? Rajin ko tambah ‘r’ ye dik.. Sib baik ko x tmbah 1 ‘r’ lg jd Archery, dah memanah pulak.

      0

      0
  15. yuna says:

    dia ni bini ke 2 kan. mungkin achey serahkan kat bini pertama atau anak bini pertama kot. sbb turunnya semua tu mesti pada anak, bkn pada bini. anak2 suriati ni kecik lagi masih sekolah so xkanla nak bg pd mereka. mungkinla dia bagi pada anak bini pertama.

    0

    0
  16. pening says:

    jgn cpt buat ksimpulan…mungkin achey bg keuntungan tu dkt isteri pertama arwah…sbb dulu die ade mntion anak sulung arwah…mungkin family lg 1…wallahualam

    0

    0
  17. aku says:

    tu la hidup dh terbiasa mewahhhhh…..bile miskin skit……merungut

    0

    0
  18. cek mek molek says:

    kakak oh kakak… kita ni kalau susah…tak perlu nak kecoh satu dunia… biarlah antara akak dgn achey je selesai secara baik,, ini dah ibarat akak meminta simpati org ramai dgn hidup akak yang susah dgn anak2 yg membesar.. semua org Allah uji dgn ujian berbeza… che ta pun diuji dgn duit harta yang byk..kalau kita rasa susah… ada org lebih susah dari kita.. pikir2 laaa

    0

    0
  19. nil says:

    Tumpang lalu..
    sya tdak tahu cerita yg sbnarnya…malah sya juga tdak tahu siapa salah dan siapa betul. tdak tahu pangkal dan hujgnya.
    Silap kita,..knapa kita sentiasa gunakan media utk sesuatu prkra…tdak pasal2 prkra yg org tdak tahu mula menunding jari yg dia ini salah dan yg dia itu betul. Kemungkinan acey ada berikn kpda isteri prtama arwah…dan isteri kedua mngkin dia tdak pasti.
    Sebaiknya isteri kedua itu hubungi sndri acey,…atau hubungi madunya itu..tdak salahkn, jika rasa kekok jika rasa segan atau malu ikhtiar cara lain. Jika acey berbohong dan ada belotnya itu antara di adgn Tuhan…mkn harta ank yatim. Tetapi sprti yg dinyatakn byar sewa rumh rm 1500 sbulan..pherrgggg…fikir sndrilh. Jika ada ank2 yg masih bersekolah..tdak salah utk balik ke kpg..ttapi jgn bebankn pula ibubapa kita yg ada itu..cari rumh sndri..rasanya di kedah tu bnyk rumh sewa yg lbih murah lgi dripda kl dan slngor ini.
    Dlm hadis Nabi juga tidak suka umat islam ini meminta minta sesama kita..tetapi anda boleh meminta dgn syarat mintalah kepada pemimpin, para pembesar negara dan badan2 yang terpilih seperti zakat. berbaliklah kepda quran dan hadis. berusahalah.
    adalah benar anak2 awk layak sebb itu juga sebahagian drpda pendapatan arwah suami dan acey…org pertikaikan itu juga harta ank yatim..
    acey sila jelaskan perkara yg sbnarnya..

    0

    0
  20. Black says:

    Sorry to say ye, I ingatkan artis ni bnyak duit. Takkan masih mnyewa kot. Berpuluh tahun jadi artis tak kan takde kumpul duit untuk beli rumah. At least rumah sederhana. Ataupun simpanan di masa depan. Ataupun backup slain pendapatan sebagai artis. Dia ada perniagaan, tapi share with friends. Jgn pcaya org sangat

    0

    0
    • anonymous says:

      ramai je artis2 menyewa..maybe sbb keje diorg xde payslip so susah nk beli rmh kn beli cash..dulu norish karman tuntut nafkah sewa rmh pd bekas somi rm5000, rita rudaini pn sama, wan norazlin, dan ada lg tp xingat

      0

      0
  21. anonymous says:

    bt yg pompuan tu beringat la..bila jd kes mcm ni sendiri menanggung..patutla laki aku xbg benti kj sbbnya kalu jd kes cmni cmna nk survive nk cr kj balik bknnya senang dlm keadaan skg..so belajar2 la bdikari jgn harapkn org..keluarga pn blm tentu dpt bantu masing2 ada life sendiri

    0

    0
    • minah sterenglock says:

      sbb laki kau sengkek x mmpu, sbb tu x bg kau bnti keje, bongok!!!

      0

      0
      • Anonymous says:

        Sebab laki dia sengkek la dia boleh hidup berdikari..

        0

        0
      • anonymous says:

        inila statement paling bangang aku pernah baca..bini yg laki kaya pn keje jg..nk aku bg contoh ke???len kali bodoh tu simpan skt kot blh pajak gadai..tp aku rs paras bodoh ko ni pajak gadai pn xnk trima..

        0

        0
      • aku says:

        ko ni pesal skt hati sgt dengan komen si anon nih???ko ni ciksu ek???ke geng kiki sterenglock???kesian ko..biar sengkek harta jgn sengkek budi bahasa!!!

        0

        0
  22. Anonymous says:

    ishhhh…pesal mulut pompuan ni kecoh sgt…x leh ke dia settlekn ngan achey sndri..dlm hal ni aku x nk salahkn sape2 sb x thu kebenaran cerita..klau dh tahu x mampu cuba le cari koje n jgn duk mengangkang jer..klau uma sblm ni sewa mahal…cari uma y sewa dia x mahal..balik kg pn x guna…menyusahkan org tua jer..kang x d tolong cucu mereka..dh la ad tu depan mata plk..buka le minda tu sikit..bengong mu weiiii

    0

    0
  23. mimi says:

    Pak Harun ni banyak kali menang jugak kan sebelum ni.. menang mentor ngan achey, maharajalawak, pastu ada bisnes ngan aflin lagi.. takan la susah sangat kot..

    0

    0
  24. Mak Temah says:

    Ala…. banyak cara pun nak hidup… dia ni pun muda lg baru 35 tahun..still boleh kerja kan…. xkan nak harapkan pemberian org….kalau ye pun sampai bila…. rumah tu.. boleh je kalau nak sewa yg sederhana or yg lebih murah… below rm1000….. ni saja nak raih simpati…. kesian….

    0

    0
  25. jija says:

    Sejujurnya akak terkejut tgk penampilan Su ni masa terima sumbangan masa Super Spontan All Stars. Akak pnh jadi ibu tunggal, carilah keja Pn Su oiiii.. Indon datang sini mcm2 keja dia org buat. Di KL ni byk pintu rezeki halal menunggu.

    0

    0
  26. suriyani says:

    Boleh minta bantuan baitulmal untuk bantuan sewa rumah, bantuan bulanan, bantuan pelajaran untuk anak2. jus my 2 sens view jer

    0

    0
  27. . says:

    Pada para artis yang asyik menayang kemewahan tu cuba2la bantu sesama kawan2.yg susah.

    0

    0
  28. mrs pip says:

    salam semua … aduhai, cerita begini pun ada juga …. siapa betul siapa salah, tu urusan yang maha kuasa … kalau achey tak bagi hak kepada pewaris harun sali bachik, kan molej kalau si balu tu sendiri yang bertanya dgn si achey dan cari jalan penyelesaian … ni mcm memburuk2kan orang lain la pula plus meminta simpati ….

    0

    0
  29. melati says:

    hahaha..dulu kan saya dh kater Mamat ni tumpang glamer Abam jer….byk sgt org dislike……so tgk lew sendiri….hihi

    0

    0
  30. mimi says:

    2 org ank je pun dh besar jgk.. back to basic la..mntak tlong Aflin cari umah murah sikit n kerja ..ok je rasanya..aflin tukan org yg berpengaruh cuma jgn memilih kerja sgt la..sy pun heran takkn lah xde saving lnsung ..bru lagi kan arwah pergi tak kn dh xcukup.. akuni ank 4 kerjabiasa2 je boleh je hidup xyah mengharap kt org..kena usha.. igatkn ada la ratus ribu jgak kt simpanan depa ni… pelik lah…terkejut dgr..

    0

    0
  31. peah says:

    “Selepas kematian Allahyarham Abang Harun, saya dan isteri berbincang dan memberikan keseluruhan share saya kepada keluarganya. Saya juga serahkan segala keuntungan dan modal kepada anak sulungnya untuk dibahagikan kepada keluarganya,” kata Achey lagi

    aku copy dari Forum CARI…hahaha kakak oo kakak…p la tanya anak tiri tu…awat la suka2 heboh kata achey cenggitu…adoii…dah2 la meraih simpati….badan sihat lagi cari la keje..guna kederat yang ada…

    0

    0
  32. Najib says:

    Polis Evo kutip banyak

    0

    0
  33. zia says:

    Orang kaya pun kena kerja nk tambah kekayaan. .apatah lagi orang susah…rezeki tak datang dengan bergolek..kena berusahalah dan belajarlah bersyukurlah dengan apa yang pernah diterima sebab bukan semua balu yang ada kat bumi ini sebertuah anda dapat bantuan beribu…nak jaga status pun, ukurlah baju dibadan sendiri….

    0

    0
  34. lipas5 says:

    Pelawak Achey kesal dengan kenyataan yang dibuat balu Harun Salim Bachik iaitu Surianti Mohd Nor yang menuduh dia menipu mengenai kenyataannya kepada media bahawa dia pernah bertanyakan khabar keluarga itu.

    Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 29, berkata, terdapat salah faham mengenai perkara tersebut kerana pertanyaan khabar itu sebenarnya diajukan kepada anak sulung bekas isteri pertama Harun dan bukannya melalui Surianti.

    “Saya rasa perkara ini hanya salah faham sahaja. Sebenarnya, saya ada bertanya khabar mengenai keluarga arwah abang Harun. Dan pertanyaan itu diajukan kepada anak kepada isteri pertama arwah.

    “Dah alang-alang bertanya, saya tanya sekali mengenai anak-anak isteri kedua arwah juga. Itu sahaja,” katanya yang dihubungi mStar Online pada Rabu.

    Pada Selasa, mStar Online melaporkan Surianti meluahkan perasaan terkilan dengan kenyataan Achey dalam sebuah portal hiburan kononnya sering bertanya khabar keluarga mereka, sedangkan ia tidak benar.

    Malah, Surianti turut mendedahkan, dia juga tidak tahu-menahu mengenai status perniagaan arwah suaminya yang dikongsi bersama Achey dan beberapa orang lain selepas dikeluarkan daripada grup perniagaan tersebut.
    Surianti juga bersama dua anaknya berhasrat pulang ke kampung halaman di Kulim, Kedah pada waktu terdekat gara-gara kesempitan hidup selepas kematian Harun pada Mac lalu.

    ***aq copy dri my star*** adddoiiii buekkk malu laa kaaakkkk oiiiii…..g la blik kg….

    0

    0
  35. Anonymous says:

    apsal nk gune media jugak ? tak bole ke die settle privacy dengan achey tu ? dress up kemain seksi minah ni.. pegi anta resume kt jobstreet la..cari kejee

    0

    0
  36. itakhadappublisiti says:

    Achey akhirnya tampil membuat kenyataan ekoran kisahnya yang dikatakan menipu tentang kenyataannya kepada media bahawa dia pernah bertanyakan khabar keluarga balu Harun Salim Bachik.

    Achey akui terdapat salah faham tentang perkara itu kerana pertanyaan khabar itu sebenarnya diajukan kepada anak sulung bekas isteri pertama Harun dan bukannya melalui Surianti.

    Ini komen Achey:

    SALAH FAHAM

    “Saya rasa perkara ini hanya salah faham sahaja. Sebenarnya, saya ada bertanya khabar mengenai keluarga arwah abang Harun. Dan pertanyaan itu diajukan kepada anak kepada isteri pertama arwah.

    “Dah alang-alang bertanya, saya tanya sekali mengenai anak-anak isteri kedua arwah juga. Itu sahaja,”

    TENTANG PERNIAGAAN

    Dalam pada itu, Achey berkata, mengenai perniagaan tersebut, dia tidak terlibat dengan sebarang urusan perniagaan bersama Surianti dan enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu.

    “Macam ini lah, apa yang saya boleh jelaskan, saya dan Surianti tidak ada apa-apa jalinan perniagaan pun.

    “Kalau boleh saya tak mahu ulas lebih lanjut, takut isu lain pula yang timbul dan menjadi punca salah faham berlaku.

    “Saya menjalankan bisnes pun dengan anak kepada isteri pertama arwah, bukan dengan Surianti,”

    HANYA ORANG LUAR

    “Saya terkejut perkara ini menjadi isu. Saya ini orang luar, takkan nak masuk campur hal keluarga mereka.

    “Niat saya sebelum ini pun sekadar mahu bertanya khabar, memandangkan arwah Harun baik dengan saya dan kami saling berkongsi masalah. Mungkin perkara ini hanyalah salah faham antara dua pihak,”

    Surianti merupakan isteri Allahyarham Harun Salim Bachik selepas Harun bercerai dengan isteri pertamanya, Martinah Ahmad.

    0

    0
  37. Betul says:

    Betul Achey ckp di beri semua tu kat keluarga arwah dgn isteri pertama bukan isteri ke dua, suriati sendiri yg memalukn diri nya , mungkin di lupa bila arwah pernah kawin satu lagi sebelum dia

    0

    0
  38. . says:

    Aku yang berkerja tak henti2 tak cuti pun sewa rumah rm350. lama2 senang juga.

    0

    0
  39. . says:

    sewala rumah flat rm350-400.dua bilik dah cukup buat permulaan.ada lebih lagi dalam rm1000.kalau bayar sewa skg rm1500.sia2 je.janji ada tmpt berteduh.ramai nanti para artis yang kaya2 akan bantu.para artis yang kaya kan ramai.kalau sikit sorang bagi derma,banyak kot.

    0

    0
  40. baik giler says:

    pgajaran cte ni orang laki jgn nk brbini dua kalu xmampu bg simpanan kt ank bini,akhirnye anak mnderita,ayh aku ninggal pn tinggal tanah rumah bnglo doe,aman je idup . sian tgok ank bini jd mgsa kecaman siber xda otak ni ,sian la sket wei

    0

    0