Written by Bella | October 26th, 2015

Sudah empat tahun mendirikan rumah tangga, pelawak Achey tidak pernah merungut apabila sering ditanya soal cahaya mata.

Bagi Achey, itu adalah lumrah kehidupan apabila orang sudah berumah tangga namun beliau mempercayai perancangan Allah SWT itu lebih baik dan menyerahkan soal rezeki kepadaNya. Malah, kedua-duanya tidak mempunyai sebarang masalah untuk mendapatkan anak.

Saya anggap ia sebagai lumrah kehidupan yang mana soalan seperti bila hendak berumah tangga dan bila hendak mendapat anak kerap kali diajukan. Siapa yang tidak inginkan anak?

Namun begitu, saya enggan terlalu memikirkan perkara itu dan menyerahkan semuanya kepada Allah. Kami sentiasa berdoa agar dapat menimang cahaya mata namun tidak perlu tergesa-gesa. Lagipun, kami baru saja berkahwin selama empat tahun. Mungkin sudah tertulis untuk kami meluangkan lebih banyak masa bersama.

Walaubagaimanapun, Achey dan isterinya Nor Hasanah Yahaya masih belum mempunyai sebarang rencana untuk mengambil anak angkat.

Buat masa ini, sebarang perancangan untuk mengambil anak angkat dalam masa terdekat belum lagi dibincangkan. Kehidupan saya dan isteri sering kali diserikan dengan kehadiran anak-anak saudara yang masih kecil.

InshaAllah rezeki itu ada cuma belum tiba masanya lagi. Kami harap Achey dan isteri sentiasa bahagia bersama pedulikan apa orang kata.

Sumber Berita: Berita Harian

21 responses to Achey Tidak Merungut Belum Ada Rezeki Timang Cahaya Mata

  1. nok gebuzzz says:

    belum kawin nnty tanya bila nak kawin…dah kawin tanya pulak bila dpt anak..dah dpt anak sibok nak tgk anak org…sabar jer achey,rezeki ada mungkin lambat Allah nak bagi…ada hikmah sebalik semua kejadian

    0

    0
    • kona says:

      bagus achey…sib baik hasanah kawin dgn achey, kalau kawen dgn ashraf muslim, tak dan2 kawin lain dah…

      0

      0
      • Anonymous says:

        sokong, nanti dia cakap sudah cuba cara tradisional dan moden tapi berlum mengandung lagi.. tup2 tak sampai 2 bulan ashraf muslim ke siam kawin wan sakinah……

        0

        0
      • Pekerja Gomen says:

        Janganlah kita bertanya kepada orang lain tentang persoalan yang menjadi rahsia Allah.

        “Bila nak kahwin ni? Umur dah makin bertambah…”

        “Bila nak dapat anak ni? Tak nak ada anak ke? Ke merancang?…”

        Jaga-jaga dalam berbicara.
        Jangan goreskan perasaan orang yang sedang bersabar dengan ujian Allah,
        Yang redha dengan ketentuan Allah.

        Kita kahwin awal, bukanlah bermakna yang kita hebat dalam mencari pasangan, cuma hanya jodoh itu telah sampai kepada kita…

        Kita dapat anak cepat dan ramai, bukanlah bermaksud yang kita ni pandai dalam soal suami isteri,
        Tapi kerana rezeki kita yang Allah tetapkan.

        Semua itu dalam rahsia Allah.
        Jangan kita mencuba mengorek dan mempertikaikan.
        Allah jua lah sebaik-baik perancang.

        *copy paste dari blog islamik*

        0

        0
  2. Bersabar la achey.. lain kali kalau ade orang tanya bila nak dpt anak, kau jwp mcm ni je.. baik tanya bila nak mati je kan senang..diorg ni kadang2 terlupa ajal,maut,rezeki qada & qadar semua ketentuan ilahi..kalau kau boleh jwp bila ajal kau automatik kau tahu bila kau nak dpt anak kan..

    0

    0
  3. Fizi Bin Hakim says:

    sabar ya achey. rezeki ni semua dari Allah. kalau ada org asyik tanya bila nk dpt anak, ko jawab je” apesal tanya kat aku, bukan aku yg keluarkan anak tu. tanyalah kat Allah”

    0

    0
  4. Leya says:

    It’s ok achey…rezeki Allah tu luas…Dia bg rezeki dari segi kerjaya dlu…honeymoon puas2…Dia sebaik-baik perancang…

    0

    0
  5. sabo jelahh says:

    Aku yg ada 2 anak ni,bila org sibuk tanya anak no.3 xdapat2 bengang jgk…aku ckp xtau je.ni kan yg xdpt anak langsung.aku paham perasaan tu.

    0

    0
  6. anti poyo says:

    xpe achey, kita geng. Honeymoon puas2 dulu.

    0

    0
  7. chek xdak nama says:

    cantik isteri abg achey….kami xtau nama dia… =)

    0

    0
  8. me says:

    gud..suma komen yg positif
    sdp ati bc ;)

    0

    0
  9. krios says:

    cara alternatif, belajar dari ashraf muslim.

    0

    0
  10. Lin says:

    Aku ni xde anak lagi…teringin nak anak…Allah aje yg tau…smpai termimpi2 aku mengandung…tp rezeki tu ditangan Allah kan…aku sabar je..tp terasa bila dlm group whatsapp aku mase sekolah ni sume cter pasal diorg pregnant n anak diorg…sedih bce tau..smpai rse nak kluar group…Aku harap korang semua doakan aku dapay zuriat…aminnnnnn:’)

    0

    0
    • Anonymous says:

      Lin jangan bersedih adik saya tidak mengandung sehingga usia perkahwinan nya 8 tahun apa yang kita perlu buat jangan stress sangat, berdoa jangan layan mereka bercerita tentang anak, banyak ayat2 dalam internet ikut saja sebagai ikhtiar

      0

      0
    • miss lollipop says:

      mesti ada sebab kenapa allah rancang mcm tu, kakak saya kawin 9 tahun takde anak, tup2, dapat anak, setahun sorang, sekarang dah 5 anaknya…

      dulu dia merungut je, tapi bila dah ada anak baru dia nampak kenapa allah bg dia lambat, atleast dia dah stabil, dapat belajar sampai phd dengan aman, rumah kereta habis bayar,

      kita kadang, allah bagi kita berjuta, satu pun tak nakpak, tapi yang allah tak bagi tu la yang kita dok kesalkan… insyallah kita doa banyak2 ye.. :)

      0

      0
  11. JIGON says:

    moga doa achey dimakbulkan
    dan kak lin

    0

    0
  12. annara says:

    saya pun dah masuk tahun kelima masih belum dikurniakan cahaya mata..walaupun dah banyak usaha dibuat, tapi belum rezeki..sekarang saya ambil pendekatan xpayah nak pening fikir perkara yang x pasti sebaliknya tumpukan perhatian pada apa yang ada sekarang iaitu suami dan keluarga dan perbaiki diri menjadi insan lebih baik sementara Allah berikan peluang dan masa pada kita..dulu memang sedih bila dengar orang lain mengandung tetapi selepas amalkan prinsip ni, Alhamdulillah hati lebih tenang..yang penting suami dan isteri kena percaya pada qada dan qadar Allah..kalau xpercaya, memang xkan bahagia dan akan rase sunyi dan kekurangan pada rumahtangga

    0

    0
  13. Aminnn says:

    Moga kita semua dikurniakan zuriat yang soleh/solehah…Banyakkan bersabar dengan ujian Allah..Achey/kak lin dan sesiapa yang tidak ada anak lgi tu…Moga Allah kurniakan kita anak dikemudian hari…Banyakkan berdoa dan jangan putus asa..Aminnnn

    0

    0
  14. jue says:

    sabar dan usaha saja acey…. sy pon lepas 7 tahun kawin dalam diam2 Allah beri rezeki sorg anak lelaki.. perancangan Allah lebih teratur.. kita doa banyak2.. abaikan mulut2 org tu semua ye.. kipidap! :)

    0

    0
  15. ?????????? says:

    Hello, its good piece of writing about media print, we all understand media is a wonderful source of data.

    0

    0