Written by Bella | June 13th, 2016

Baru sahaja sebentar tadi kami memuat naik artikel dimana pelakon serta pelawak Acapan sudah memeluk agama Islam dan memilih nama Muhd Ramadhan.

Namun, kami di Beautifulnara.com ingin memohon maaf kerana berita tersebut tidak benar dan Acapan sendiri telah menafikannya.

Menerusi portal mStar Online, Acapan akui beliau sedang mendalami agama Islam tetapi belum bersedia untuk bergelar seorang Muslim.

Saya belum lagi bersedia untuk memeluk agama Islam, jika sudah bersedia saya akan beritahu kepada semua tentang itu.

Saya akui sedang mendalami agama Islam sejak mula berlakon lagi saya suka belajar tentang agama dan berkawan rapat dengan kawan-kawan beragama Islam.

Jelas Acapan, foto-foto yang tersebar itu adalah ketika dia menghadiri jemputan berbuka puasa pada Ahad di sebuah surau di Salak Tinggi, Petaling Jaya.  Acapan dijemput oleh salah seorang kawannya yang ingin memperkenal beliau dengan seorang ahli ulama Islam bagi membincangkan pelbagai perkara tentang agama.

Ini merupakan kali pertama saya ke surau atas undangan seorang rakan, katanya ingin bercakap soal agama dengan seorang maulana yang datang di surau itu semalam (Ahad). Tidak salah rasanya saya memenuhi undangan tersebut dan berborak-borak tentang agama.

Saya suka agama Islam tapi saya mohon bagi saya masa untuk ke arah itu dan jangan sebarkan berita yang tidak betul. Hari ini semua jadi kecoh dan keluarga saya juga minta penjelasan berhubung berita ini.

Harapnya dengan penjelasan Acapan ini,ia dapat menjernihkan kembali situasi dan tidak mengelirukan ramai pihak. Kami tahu ramai yang teruja dan seronok apabila mendengar ada saudara baharu didalam Islam tetapi doakan sahaja satu hari nanti Acapan dibuka pintu hatinya untuk memeluk Islam.

Sumber Berita : mStar Online

19 responses to Acapan Nafi Berita Sudah Peluk Islam

  1. Anonymous says:

    Maha Suci Allah…
    Allahuakbar
    saudara membuatkan hati saya terharu, meremang bulu roma
    tiada siapa yang boleh menghalang hidayah Allah ..
    welcome our brother
    ramadhan kariem…
    moga Allah merahmati mu dan memberi hidayah taufiq buat kita semua

    0

    0
  2. abg gagah says:

    hah tu la kau, main sebar je gossip tak check betol2

    0

    0
    • Mat Ronggeng says:

      Hahaha… Si Abg Nara ni “COPY & PASTE” dari sumber website lain. Dah lah lambat siar cerita. Selang sejam dua, Acapan deny…hahahahaha…MAHARAJA LAWAK mana ni?

      0

      0
    • mimimimi says:

      last2 semuanya hanya imaginasi penyebar berita tu je..berangan nk menyumbangkan sesuatu, sambil selitkan ayat2 suci dlm berita.. boleh kumpulkan jd koleksi cerita kak hasanah..

      0

      0
  3. Black Cat@Natasha says:

    Habis yg mustapha kamal dah sahkan kt akaun fb 2 ape?

    0

    0
    • Really??? says:

      Abang Zed Zaidi… tolong bagi card kuning pada Mustapha Kamal tu… beriya sebarkan cerita….hahahaha

      0

      0
  4. Anonymous says:

    fenin..fenin… sebelah sana kata sudah… sebelah sini kata tidak??? deii yang mana satu betul ni… please la.. jangan viralkan cerita kalau tidak sahih.. biar kuaq dari mulut empunya diri..tak pasal2 jer.. ish..

    0

    0
  5. nonnonanon says:

    Kalo cmtu ape kata ko delete artikel ko sblm ni….takut mkin ramai yg salah phm…

    0

    0
  6. aku tetap aku says:

    Ha…. kan dah malu. Melayu kita ni je kuat perasan. asal org gmbr pakei kopiah sikit terus cakap masok islam. keje nak mengislam kan orang je. kalau agama lain buat camtu korang juga goyah terus cakap agenda yahudi. biar lah dia ngan agama dia sendiri. tak yah nak cakap semoga Allah bagi hidayah tu semua.

    0

    0
    • kikiki says:

      Knp perlu kaitkan dgn Melayu?? X malu ke burukkan bangsa sendiri??? Sape2 pun ade buat silap.. x perlu fokuskan pd bangsa..

      0

      0
      • lalala says:

        sebab melayu ngn muslim tu dua perkara berbeza..ramai melayu kt malaysia hanya tertera islam dlm ic..ramai yg bekerja di jabatan halal-haram secara free x perlu digaji pun

        0

        0
        • aku tetap aku says:

          ye betul lalala.. sebab ramai melayu yg kuat perasan.. ramai melayu yg paranoid. mudah tercongcang akidahnya. asal tengok bentuk ‘t’ terus kata nak kafirkan org islam. tapi melayu juga sibok2 yg ke panggung wayang tengok cita Conjuring 2.. melayu juga yg asal tengok bangsa lain berbuat baik terus cakap ‘mudahan hidayah datang kepadanya utk memeluk Islam’.. kalau Kristian ke Buddha ke cakap kat bangsa Melayu begitu, ko rasa Melayu tak sentap? Sentap sangat. Paranoid.

          0

          0
  7. Fido Dido says:

    X takut kene saman ke Nara oi… lain kali selidik dulu sahih ke tak. Main hentam je. Tolong la jgn memburukkan nama Islam di bulan puasa yang dirahmati ni…

    0

    0
  8. Anonymous says:

    kpd umat islam terutamanya..bulan puasa ni jgn la baca gosip yee…nanti komen yang tak bagus..kan kurang pahala…tambah2 lagi yang menfitnah..dah tau puasa kurangkan la gosip2..

    0

    0
  9. maya karen says:

    pd aku, mgkn btl dia dh convert tp dia x nk hebohkan lg sbb keluarga ke. isu agama kan sensitif. so kita doa yg terbaik je. amin

    0

    0
  10. Zainal Ahmad says:

    Inssaaalah…sejak dari zaman kanak2 Acapan telah bergaul dengan Islam…!!

    0

    0
  11. berita unik says:

    An impressive share! I’ve just forwarded this onto a friend who has been conducting a little research on this. And he in fact ordered me lunch due to the fact that I discovered it for him… lol. So let me reword this…. Thanks for the meal!! But yeah, thanx for spending the time to talk about this issue here on your website.

    0

    0