AC MIZAL: AKTA JUALAN LANGSUNG 1993 DAN AKTA PEMBERI PINJAM WANG 1951.

Hiburan

AC MIZAL: AKTA JUALAN LANGSUNG 1993 DAN AKTA PEMBERI PINJAM WANG 1951.

[note]Artikel ini adalah copy paste dari blog Bapak Gula-Gula. Sekadar perkongsian informasi[/note]

Hari ini, Utusan Malaysia melaporkan mengenai syarikat AC Mizal yang tiada lesen jualan langsung. Read more Link Utusan Malaysia.

Advertisement

Hari ini dan semalam, saya bercakap dengan sumber sumber di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi mendapatkan pengesahan mengenai status Lesen Jualan Langsung mengikut Akta Jualan Langsung 1993.

Di laman web AC Mizal, turut disiarkan mengenai pendaftaran syarikat iaitu dua sijil pemerbadanan:

1. AC Konsortium Sdn Bhd
2. Ilham Prestij Sdn Bhd

lesen ac

Baca lagi untuk artikel sepenuhnya.

Sijil tengah adalah lesen jualan langsung namun ia diberikan kepada Ilham Prestij Sdn Bhd sebagaimana disahkan KPDNKK.

Hari ini juga, KPDNKK turut menerima aduan melalui email dari Jabatan Perdana Menteri yang mendakwa syarikat milik artis itu menjalankan perniagaan jualan langsung dan piramid tanpa lesen yang sah.

Difahamkan, semua perniagaan jualan langsung bagi AC Konsortium dijalankan melalui syarikat AC Konsortium Sdn Bhd dan bukan Ilham Prestij Sdn Bhd.

Akta Jualan Langsung 1993 secara jelas memperincikan, lesen jualan langsung tidak boleh dipindahmilik. Ditanya dakwaan bahawa Ilham Prestij itu adalah anak syarikat kepada AC Konsortium, ini jawapan beliau:

“Walaupun anak syarikat, operasi jualan langsung mesti dijalankan Ilham Prestij dan bukannya AC Konsortium Sdn Bhd dan ini jelas dalam akta yang diperuntukkan dan syarat syarat lesen,” katanya.

KPDNKK dikatakan akan memulakan siasatan segera terhadap aduan orang ramai termasuk aduan terbaru dari Jabatan Perdana Menteri mengenai aktiviti syarikat milik artis itu.

Kementerian yang sama akan turut meminta kerjasama agensi kerajaan lain seperti Lembaga Pengiklanan Perubatan, di mana garis panduan yang jelas sudah wujud mengenai penggunaan ‘testimonials’:

Garis panduan berikut adalah bagi memperjelaskan peruntukan Akta Ubatan (Iklan dan Jualan) 1956 (Pindaan 1983) dan Lembaga Pengiklanan Perubatan 1976:

5.5.3 Criteria for testimonials
(a) Testimonials are allowed for products registered under category ‘X’ with the Drug Control Authority.
(b) Testimonials should not:
i. Contain any statement(s) which is exaggerated by the improper use of superlatives.
ii. Contain any medical statement(s) which refers of implies that the use of the product may be used for the purpose of diagnosis, treatment or prevention of disease(s) or condition(s) of human beings.
iii. Contain any statement(s) that indicates or implies its effectiveness or superior quality and that good health is endangered because diets are not complemented with health supplements.

You may peruse the powerpoint file at this link.

Menurut sumber sumber KPDNKK lagi, jika siasatan mendapati Ilham Prestij Sdn Bhd membenarkan sijil jualan langsung digunakan oleh syarikat lain, antara tindakan yang bakal diambil termasuk pembatalan sijil berkenaan.

Bagi dakwaan melalui testimonial pula, KPDNKK dikatakan akan turut mengambil contoh gelang yang ditawarkan kepada orang ramai bagi mendapatkan pengesahan pakar dari agensi di bawah Kementerian Kesihatan sama ada ia selari dengan dakwaan melalui testimonial syarikat berkenaan.

Setakat ini, melalui siasatan awal, syarikat berkenaan dikatakan tidak mempunyai pengesahan pakar tetapi hanya bergantung kepada testimonial semata mata bagi penjualan produk gelang mereka.

Manakala, di laman web yang sama, di bawah tajuk Pinjaman Peribadi ACK / IDSB di sini, AC Konsortium turut menawarkan skim pinjaman wang, dan ia dikatakan bakal disiasat melalui Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

lesen ac

Jika syarikat ini sudah memiliki lesen Pemberi Pinjam Wang mengikut akta itu, mereka perlu mempamerkan lesen berkenaan, dan laman web syarikat itu bagaimanapun tidak memaparkan sijil berkenaan.

Mengikut Seksyen 5F, Akta Pemberi Pinjam Wang, 1951 semua peminjam wang yang sudah menerima lesen bagi memberi pinjaman wang perlu mempamerkan sijil berkenaan di mana operasi perniagaan dijalankan. Jika gagal, mereka boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau penjara hingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Untuk itu, premis perniagaan perlu jelas dalam operasi pinjaman wang.

Bagaimanapun, jika tidak mempunyai lesen memberi pinjaman wang, peruntukan Seksyen 5 akta yang sama jelas dengan denda antara RM25,000 hingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun.

Sebagaimana iklan di atas, iklan juga perlu memaparkan maklumat sebagaimana berikut mengikut Seksyen 8, Peraturan Pemberi Pinjam Wang (Pengawalan dan Perlesenan) 2003:

(1) Semua iklan yang dibuat pemberi pinjam wang PERLU memasukkan maklumat berikut:
(a) Nombor lesen pemberi pinjam wang dan tarikh kuatkuasa.
(b) Nombor permit kelulusan pengiklanan
(c) Nama, alamat dan nombor telefon pemberi pinjam wang berlesen, dan
(d) Kadar bunga yang ditawarkan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...