Written by serenity | January 20th, 2012

Abon di rancangan Selamat Pagi 1Malaysia di TV1 beberapa hari lepas.

Tahukah anda yang Abon pernah bertugas sebagai Penolong Pegawai Tadbir di Dewan Bahasa dan Pustaka satu ketika dulu? Rasanya sudah lama juga Abon menjadi pelawak, tetapi baru kini nama Abon benar-benar menyerlah selepas menempa kejayaan sebagai Juara Maharaja Lawak Mega bersama rakan selawaknya, Os.Ketika komen tentang lawak cerdik kepada Utusan Malaysia, Abon menyatakan:-

Cita rasa orang sekarang lebih kepada lawak slapstik berbanding lawak cerdik. Sebagai bukti, lawak cerdik dipersembahkan pada episod satu hingga tiga di MLM, sambutannya memang ada tapi tak meriah macam persembahan slapstik minggu berikutnya.

Saya bekalkan ‘punch line’ dan point tanpa mengetepikan soal budaya orang kita. Mana-mana perkara penting yang kita hampir lupa, Osbon ingatkan semula dalam bentuk jenaka.

Osbon juga memberikan justifikasi tentang lawak Osbon yang acap kali menampilkan Abon dalam pakaian perempuan:-

Bukan semua keadaan seseorang pelawak itu boleh berpakaian perempuan, semuanya bergantung pada jenis persembahan. Karakter zahir saja perempuan tapi tak bolehlah lembut macam perempuan.

Nah, apa pun, hasilnya Abon kini sudah berjaya dalam karier lawaknya. Ternyata impian itu mampu dicapai, untuk mereka yang percaya. Kredit foto Arsenal Red Juan.

 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

10 responses to Abon – Citarasa Kini Lebih Kepada Lawak Slapstik

  1. gugu gaga says:

    emmm abon ni dah kawen ke blom??xpernah tahu pasal bini die,kalaula die dah kawen kan..die dok kat taman rakan,kajang kan..heehhe

    0

    0
  2. kasut putih says:

    cam dah lama kan berita ni.. yang lagi baru tentang abon ada tak..

    0

    0
  3. lito says:

    hehe..suka gila kat abon ni.:)

    0

    0
  4. aida says:

    memang betul pon orang ramai skang ni sukakan lawak slapstick.

    slapstick = lawak bodoh!!

    0

    0
  5. […] Tahukah anda yang Abon pernah bertugas sebagai Penolong Pegawai Tadbir di Dewan Bahasa dan Pustaka satu ketika dulu? Rasanya sudah lama juga Abon menjadi pelawak, tetapi baru kini nama Abon benar-benar menyerlah selepas menempa kejayaan sebagai Juara Maharaja Lawak Mega … Continue reading → […]

    0

    0
  6. Ohlala says:

    ABANG NARA! REMOVELAH LAYOUT HANTU TU.. SERAMLAH I TENGOK.. KALAU TAK REMOVE, I TAK MAULAH VISIT SITE ABANG NARA :(

    0

    0
  7. dato minah jambu 24jam mengadap computer says:

    semoga abon di beri kn kesehatan yg baik dn di murahkn rezeki …..

    0

    0