Written by Bella | August 3rd, 2015

Abby Abadi menerusi akaun Instagramnya beberapa hari lepas telah mengumumkan beliau bakal menamatkan zaman jandanya bersama seorang jejaka dikenali sebagai Jai, berita tersebut diterima baik oleh peminatnya yang mendoakan kebahagian beliau.


Terbaru, menerusi portal mStar Online, bakal suami Abby yang nama sebenarnya Muhammad Faizal Zakaria memberitahu sikap penyayang dan dermawan yang ada pada Abby membuatkan beliau tertarik untuk memperisterikan bekas anggota  kumpulan Elite tersebut. Untuk pengetahuan anda, Jai merupakan seorang wartawan kanan di akhbar Harakah.

Ramai yang tidak tahu Abby sebenarnya seorang penyayang dan sikap suka membantu dan menderma kepada golongan susah, itu membuatkan saya tertarik hati kepadanya.

Sebelum ini, macam-macam cerita yang kita dengar mengenai Abby bukan? Ada yang mengata beliau sebagai seorang wanita yang garang dan seorang “queen control”. Namun, buat Jai beliau tidak pernah menilai keperibadian wanita tersebut hanya berdasarkan khabar angin.

Malah, soal status Abby yang juga seorang janda juga bukan isu kerana dirinya sendiri sendiri pernah mengalami kegagalan rumah tangga sebelum ini.

Saya bukan jenis mudah menilai orang daripada apa yang saya baca atau dengar dan mengenali Abby dia adalah seorang wanita yang berbeza daripada apa yang diperkatakan. Saya ada tiga orang anak hasil perkahwinan terdahulu, begitu juga Abby. Ini adalah jodoh kami dan Insya-Allah ia akan saling melengkapi kami.

Abby sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama aktor Norman Hakim dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata  Mohamed Danish Hakim, 12, Marissa Dania Hakim, 10, dan Maria Danisha Hakim, 7, sebelum bercerai pada tahun 2008.

Kemudian, Abby  bertemu jodoh dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 25, pada 2013 sebelum bercerai selepas 11 bulan berumah tangga.

Sumber Berita: mStar Online

31 responses to Abby Sebenarnya Seorang Yang Penyayang – Bakal Suami Abby Abadi

    • Anonymous says:

      Yg ni duda & dah ada anak 3 dan dah matang.Insya’allah this time menjadi.Saper yg nak kawin cerai kan ………

      0

      0
      • Anonymous says:

        ehem..syukur lah jodoh dah sampai..cuma diam je lah, baru2 dapat meme sume best, baek, harum..
        tu sume org dok rase..

        0

        0
  1. minah jambu nice girl says:

    belom kena cakar boleh la cakap si abby ni penyayang orang Nye..nanti bila dh kena cakar jangan pulak cakap si abby ni macm sundel bolong..selamat mencobee..

    0

    0
    • Apam Tembam says:

      Yelah tu….KENTUT masing-masing masih bau wangi….
      Selamat Pengantin Baru…Moga Allah merahmati perkahwinan kamu berdua…amiinnnn….

      0

      0
  2. helo says:

    syss

    0

    0
  3. syss says:

    ops !

    0

    0
  4. dina says:

    ok kut.
    yang ni lebih matured dan ada initiative sendiri dlm business.
    dan dah kenal lama.

    0

    0
  5. aa says:

    mamat ni yg propose abby kat insta tu kan? Yg cakap bonda saya dah terima awak sbg menantu. Tp hari tu abby zass dia balik?

    0

    0
  6. Anonymous says:

    skg kau blum dapt lagi..nnti dah dok serumah taring abby semua kluar..get ready kena cakar..kenal baru sehari dah nak cpt2 kahwin..kalau penyayang takkan dah dua kali gagal.maesti ada yg tak kena dgn ustazah instant ni..

    .

    0

    0
    • sengal says:

      yg kau panas hati kenapa.. kau si duda yg berhutang abby tu ke ? akakakakak hutang tu bayar dulu toksah kijer nk ngikis je

      0

      0
  7. Anonymous says:

    sanggup ke jd baham dek black widow tu,

    0

    0
  8. jojoyah says:

    kawin cerai banyak kali, bad track record. semoga dijauhkan dari genetik keturunan beliau,

    0

    0
  9. bekas awek jai says:

    jangan lupa anak kat kampung…semoga ko bahagia jai castello…patut lama manyepi nk kawen dgn abby rupanya…hmmm tahniah

    0

    0
    • timah says:

      ko mmg bekas awek jai ke? cecita skit psl pakcik ni.

      0

      0
    • serene says:

      Saje nak kawin selebriti sb nak tumpang sekaki…

      0

      0
    • damia says:

      Sanggup tinggal segalanya sb nakkan selebriti, janda pun janda lah…..
      Mamat ni mesti bukan yg baik2 …

      0

      0
    • bekas awek jai says:

      elokla kawen dengan artis..dulu dia kata kat aku dia duda (isteri meninggal)
      rupanya isterinya masih ada…cerai hidup….hmmm xpelah jodoh tertulis dengan artis (hipokrit)….saya doakan awak dari jauh jai castello…

      0

      0
  10. ustazah instant says:

    kita sebagai orang Islam, mendoakan yang terbaik untuk pasangan yang nak bina masjid. Sama2 dpat pahala. Tinggalkan lah kenangan silam kedua pasangan ini. Jangan lah dipalitkan kegagalan yang lalu dengan masa depan dan rezeki pasangan ini.. Doakan keluarga baru ini dan juga keluarga yang lama…insyaAllah.
    Jom cuci hati kita.

    barakallah…abby abadi dan jai…

    0

    0
  11. loyalmalaysian says:

    brape kali mau kawin daaaa…

    0

    0
  12. anon says:

    Hmm….belum kawin & kenal hati budi lagi mmg lah penyayang. Kalau dah kawin esok, taulah mcm mana perangai minah gedik mulut longkang ni. Agaknya hari2 kene maki, mcm si norman dulu, or kene cakar mcm si farhan tu.Minah ni kan brutal….eee…gerun.
    Dia ni selebriti, mestilah ade lagi yg nak, kalau tak, tak laku pun…

    0

    0
  13. Anonymous says:

    pada saya abby abadi baei hati,setia,…cuma takdie dia dianiaya dijodoh lelaki tak guna mcm norman n farhan…

    0

    0
  14. sara says:

    OMG lelaki kelantan again???? ape pon smoga bbahgia hingga ke jannah… =)

    0

    0
  15. Weng Weng says:

    ALHAMDULILLAH..SETTLE

    0

    0
  16. gusa says:

    apelah kau org nie..doakan yg terbaik..mcm lh diri tu bagus sgt..

    0

    0
  17. Anonymous says:

    uwekkkk

    0

    0
  18. mulut celupar says:

    pada saya abby ni baik dan setia..cuma dia sllu dikhianati. semoga kekal dgn jai ni

    0

    0
  19. Anonymous says:

    apsal aku tgk muka dia macam iqram dinzly je

    0

    0
  20. komen sikit says:

    Harap2 kali ni berkekalan la hendaknya..cuma kalau boleh sebelum kawen ni takyah la nak puji2 sgt..kot ye pun bakal bini penyayang, sendiri tau sudah..bukan apa, andai kata jodoh tak berpanjangan lagi..mula la kluar statement yg mengaibkan antara satu sama lain..tp apa2 pun doanya terbaik je la..sorg duda..sorg janda..pastu bukannya muda lagi..dah cukup dewasa pun..harap2 dpt pengajaran atas apa yg berlaku dlm rumahtangga masing2 sebelum ni n janganlah ulang kesilapan yg sama yg pernah dibuat.

    0

    0