Abby Abadi Akui Putus Cinta Dengan Zul Ariffin

Abby Abadi Akui Putus Cinta Dengan Zul Ariffin

Bermacam-macam juga kontroversi yang melanda Abby Abadi yang mula dikenali melalui keanggotaannya dalam kumpulan yang sudah berpecah, Elite. Kalau dulu dia bercerai dengan suaminya Norman Hakim kerana kes khalwat Norman dengan Memey Suhaiza, Abby telah mengakui yang dia dan Zul Ariffin, yang pernah berlakon bersamanya dalam siri Gerak Khas telah putus atas sebab-sebab yang dia tak mahu dedahkan melalui blognya.

Tinggal kenangan...

Sehingga ke saat Sy menaip utk entri ini, Sy mmg tak segan utk akui yg Sy mmg sayangkan dia. Sayanggg sgt2! huhu… Tp keadaan, masa, org2 tertentu, yg bweekk (:P) semualah…. nmpknya tak menyebelahi kami. Berat sgt Sy nk share kan hal ni sebenarnya, …. tp, takpelah….. Biar Zul happy dgn kehidupan dia skrg. Sebab apa kami tak buleh lg berdua, biar Sy simpan jer. Yg pasti, Sy tumpang gembira dgn apa yg dia ada :) Mungkin dia tak sedar yg Sy ni selalu ada di sebelah dia selama ni. :(

Sy……… mmmm, di duga lagi…… Sedih mmg tak tergambar dgn kata2, tp Sy redha dgn ketentuan NYA….. Mungkin ada kesilapan Sy, yg Sy lakukan tanpa sedar sebelum ni, & skrg inilah balasan tuhan pd Sy. Sy terharu sebenarnya dgn doa dr semua yg mengharapkan kami bertemu jodoh sebelum ni, tp apakan daya……… Sy pun mengharap ‘sesuatu yg terbaik’ sebenarnya… tp INILAH TAKDIR SAYA :)

Sy sedih…….. sgt sedih utk terima ‘kehilangan’ ini………. tp Sy takde kuasa utk ubah keadaan. Sy cuma nk org yg Sy sayang bahagia dgn apa yg dia mahukan. Insyallah, masa susahpun buleh jer cari Sy. :,)

“SELAMAT ULANGTAHUN YG KE 25”

Advertisement

Apa pun kami harap Abby bertabah dengan dugaan ini. Untuk membaca sepenuhnya luahan hati Abby, sila singgah ke blognya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...