Abang Nara Sudah Jatuh Cinta Dengan Systema

Hiburan

Abang Nara Sudah Jatuh Cinta Dengan Systema

Selama ini, setiap kali membeli-belah barang keperluan rumah seperti sabun basuh baju, sabun mandi, minyak masak dan sebagainya, wife Abang Nara akan ada satu soalan yang wajib ditanya.

“Nie berus gigi nie nak beli yang mana satu nie? Awak suka pakai jenis apa”

Advertisement

Dan Abang Nara dengan rasa peliknya akan menjawab:-

“Amik je la berus gigi apa-apa pun. Bukan ada beza pun. Semua sama je”.

Sepanjang Abang Nara hidup selama 33 tahun, memang Abang Nara main hentam je beli berus gigi selama ini. Asalkan boleh letak ubat gigi, bila berus keluar buih sikit-sikit, gigi rasa segar dan bau wangi, itu dah cukup buat Abang Nara. Namun segalanya berubah apabila hujung minggu lalu Abang Nara menghadiri roadshow berus gigi Systema, yang terkenal dengan berus gigi 0.02mm.

systema

nasib baik Love at first Brush, kalau Love at first Sight mahu kena cubit dengan bini

Banyak maklumat-maklumat dan ilmu pengetahuan tentang berus gigi terutamanya Systema yang Abang Nara berjaya perolehi ketika berada di roadshow di Midvalley ini. Antaranya Systema adalah jenama berus gigi nombor 1 di Jepun. Di Malaysia pula, Systema semakin menjadi pilihan ramai. 8 daripada 10 yang memberus gigi mereka buat pertama kalinya dengan Systema terus jatuh cinta dan bertukar menggunakan berus gigi bulu tirus lembut 0.02mm ini . Memang Love at first Brush sungguh!!!

systema

tue dia punya ramai yang meluahkan rasa cinta mereka terhadap Systema

Ok, ok satu ilmu penting yang Abang Nara telah belajar ketika di roadshow Systema ini ialah jenis-jenis berus gigi yang ada. Fuh menarik nie. Meh sini Abang Nara sharekan. Kita tengok dulu gambar.
systema

Systema mempunyai berus gigi untuk setiap jenis mulut. Tak kiralah mulut korang besar ke, kecik ke, gigi geraham jauh ke belakang ke, gigi tersusun rapat ke, gigi jarang ke, gusi senang berdarah ke. Systema ada macam-macam jenis berus gigi yang sudah tentu berbulu tirus lembut 0.02mm untuk anda. Untuk makluman, Systema ada 7 jenis berus gigi untuk pelbagai jenis mulut atau tabiat memberus yang berbeza. iaitu Compact, Comfort, Full Head, Spiral, 3D Clean, Sensitive , BI-Level dan juga ia diklasifikasikan dibawah ‘Special Needs’ ,’Essential Clean’ dan ‘Enhanced Clean’. Setiap jenis ini ada kelebihannya tersendiri. Contohnya Systema Compact selalu digunakan oleh wanita kerana kepalanya yang kecil, memudahkan proses memberus gigi untuk wanita-wanita yang bermulut comel.

systema

mendengar penjelasan daripada boss besar Systema, Miss Goh

Persoalannya di sini ialah macam mana kita nak tahu berus gigi Systema mana yang sesuai untuk kita? Iyerlah, ada 7 jenis kesemuanya, takkan nak cuba satu-satu untuk tengok mana yang paling sesuai kan? Haaa. Korang jangan risau. Systema telah menyediakan laman web www.loveatfirstbrush.com untuk memudahkan kita semua mengetahui jenis berus gigi yang paling sesuai untuk diri masing-masing. Hanya perlu jawab beberapa persoalan dan anda akan dimaklumkan jenis berus gigi yang paling bagus untuk mulut anda.

systema

Abang Nara dapat Systema Spiral atau 3D Clean sebab makanan selalu melekat celah gigi

Kalau selama ini anda semua (termasuklah Abang Nara) main ambil je berus gigi ketika membeli-belah di shopping kompleks, kali ini sebelum pergi shopping tue silalah layari www.loveatfirstbrush.com terlebih dahulu. Kita kena tahu jenis berus gigi yang paling sesuai untuk mulut kita. Kalau berus gigi yang digunakan tak sesuai, itu yang selalu berdarah gusi, gigi rasa tak selesa, mulut sentiasa berbau dan macam-macam lagilah masalah. Paling penting bila dah tahu jenis berus gigi apa, silalah beli jenama Systema sebab berus lembut tirus 0.02mm mereka memang dah terbukti berjaya membersihkan gigi lebih berkesan berbanding jenama berus gigi lain. Cuba tengok gambar kat bawah nie.

systema

berus gigi biasa sekadar bersihkan bahagian luaran je. Tak dapat sampai ke dalam

systema

ketirusan dan kelembutan berus gigi Systema membolehkan celah-celah gigi turut sama dibersihkan. Power kan?

Abang Nara juga tak lepaskan peluang untuk membuat pemeriksaan gigi percuma. Sekali sekala pergi roadshow apa salahnya kita cuba semuanya kan?. Memang dasyat gigi Abang Nara. Kena pergi klinik gigi lepas nie.

systema

nanti kena gi klinik doktor nie untuk further check up

Abang Nara sudah 3 minggu menggunakan berus gigi Systema Spiral untuk membersihkan mulut ini. Memang terasa kelainannya. Senang je nak keluarkan sisa-sisa makanan yang sering terlekat di hujung gigi. Ketirusan berus gigi Systema memang membantu. Lepas itu gigi memang terasa lebih bersih. Masa memberus pun gusi tak ada nak berdarah tiba-tiba. Celah-celah gigi semua pun berjaya diterokai oleh berus gigi Systema. Memang Abang Nara puas hati.

systema

Terima kasih Systema kerana mengajar Abang Nara tentang kepentingan memilih berus gigi yang sesuai. Selama ini memang main hentam keromo je. Sehari berus gigi 2 kali dah cukup, lantaklah pakai berus gigi apa pun. Lepas ini Abang Nara pasti hanya akan menggunakan berus gigi Systema sahaja sampai bila bila. Jangan lupa layari www.loveatfirstbrush.com untuk mengetahui berus gigi yang paling sesuai untuk anda. Selamat mencuba!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...