Abang Nara Rasai Sendiri Kemeriahan & Ke”Happening”an Era Digital Muzik Awards

Hiburan

Abang Nara Rasai Sendiri Kemeriahan & Ke”Happening”an Era Digital Muzik Awards

Rabu lalu bersamaan 18 Januari, Abang Nara telah pun menghadirkan diri ke ERA Digital Muzik Awards 2016 (ERADMA2016) yang telah berlangsung di MaTiC Jalan Ampang. Fuh. Memang meriah dan happening sangat-sangat. Anugerah yang julung-julung kalinya berlangsung ini telah pun dijana oleh Digi Prepaid Live yang memberi 8GB data percuma untuk streaming muzik dan video pada setiap bulan.

era digital muzik awards

Advertisement

Ribuan rakyat Malaysia telah pun menonton ERADMA2016 secara langsung di Facebook Era FM. Apa yang menariknya tentang anugerah ini adalah kehadiran para selebriti media sosial. Bukan calang-calang yang hadir. Antaranya Luqman Podolski, Sterk Production dan ramai lagi.

sterk

Artis-artis tempatan turut sama hadir memeriahkan lagi ERADMA2016 ini. Antaranya Ayda Jebat, Faizal Tahir, Aiman Tino, Suffian Suhaimi dan ramai lagi. Sebenarnya ERADMA2016 ini bolehlah dikatakan anugerah untuk menghargai penyanyi-penyanyi baru. Hanya 6 kategori dipertandingkan dan para pemenangnya ialah seperti di bawah:-

1. Kategori Penyanyi Kolaborasi Terbaik 2016 – Faizal Tahir
baru2. Kategori Lagu Nyanyian Semula Terbaik 2016 – Haqiem Rusli

16113396 10155167940277345 4865084071863270215 o

3. Kategori Lagu Paling Emo 2016 – Aiman Tino

4. Kategori Temubual Tetamu Terbaik Carta ERA 40 – Ayda Jebat
baru5. Kategori Lagu Paling Lama Dalam Carta ERA 2016 – Syamel

16179297 10155167941082345 6829387259740621959 o

6. Kategori Penyanyi Harapan Baru Pilihan DiGi – COV

eradma2016

Sebelum majlis bermula, Abang Nara sempat membuat sedikit temubual bersama Luqman Podolski dan juga Altimet. Memang kelakar sungguh Luqman tue. Nak terburai perut Abang Nara.

Secara keseluruhan, ERADMA2016 memang sempoi, meriah dan happening. Abang Nara suka sebab ia berlangsung dalam tempoh masa 1 jam sahaja. Tak lebih tak kurang. Semuanya berjalan dengan lancar. Lagi best sebab hos untuk ERADMA2016 ialah Nabil Ahmad. Memang kelakar. Persembahan pun mantap-mantap semuanya terutama dari Altimet, Suffian Suhaimi, Aiman Tino dan Ayda Jebat. Bagi Abang Nara, paling best tentang ERADMA2016 ialah usaha mereka untuk memperkenalkan selebriti-selebriti YouTube, Vine dan Instagram. Mereka ini selalu buat video yang kelakar-kelakar dan menghiburkan hati kita semua. Sekali sekala bagi diorang femes apa salahnya kan?

era dma

Terima kasih kepada Digi Prepaid Live yang telah sudi menjemput Abang Nara. Untuk pengetahuan anda, ERADMA2016 boleh ditonton secara percuma sekiranya anda pengguna Digi kerana ada 8GB kuota data percuma untuk streaming video dan muzik. Confirm tak habis data sampai bila-bila. Untunglah pengguna Digi.

digi

Semoga Era Digital Muzik Awards akan diteruskan pada tahun-tahun hadapan. Tak sabar Abang Nara untuk pergi sekali lagi. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Kepada pihak penganjur, tahniah juga diucapkan kerana majlis yang sungguh awesome.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...