Written by Bella | February 5th, 2016

Mengalami demam panas sejak hari Jumaat lepas, Aaron Aziz kini ditahan di hospital selepas doktor mengesahkan beliau terkena jangkitan paru-paru ataupun Pneumonia.

Menurut Diyana Halik iaitu isteri Aaaron, pelakon itu mula mendapatkan rawatan di hospital pada hari Selasa lepas. Sebelum ini, Aaron masih lagi meneruskan penggambaran  meskipun keadaan beliau pada waktu itu sudah agak teruk.

Walaupun demam, suami masih meneruskan penggambaran. Kemudian dia menyambung satu lagi penggambaran di Singapura pada Ahad lalu.

Selepas melihat keadaannya yang semakin teruk, saya membawanya berjumpa doktor di sana. Ketika itu suhu badannya mencecah 39 darjah Celsius. Jadi, kami terus pulang ke Kuala Lumpur

Namun, keadaan Aaron sudah semakin stabil selepas diberikan antibiotik dan dalam masa yang sama  doktor mengesahkan pelakon tersebut bebas dari sebarang penyakit lain selepas melakukan X-Ray.

Insya Allah, jika keadaan suami beransur pulih, dia dibenarkan keluar hari ini. Syukur juga apabila doktor mengesahkan suami bebas dari sebarang penyakit lain selepas menjalani ujian imbasan x-ray.

Semoga Aaron Aziz cepat sembuh. Ambil masa untuk rehat secukupnya  dan jangan lupa untuk terus menjaga kesihatan selepas ini.

Sumber Berita: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

20 responses to Aaron Aziz Terkena Jangkitan Paru-Paru

  1. Anonymous says:

    Laki kene hospitalized pun nak amik gambar sakan… Selfie cam pegi holiday plak. Manusia oh manusia….

    0

    0
    • Ninakkasitau says:

      bagai baju hosp pun cap melekat kat kepala…
      … we “loving couple” lah selfie takleh di pisahkan..
      lol…………..

      0

      0
      • Anonymous says:

        bukan manusis..artis melayu. artis holywood, kena pasang bodyguard kt hospital, takut peminat2 serbu. inilah malaysia.

        0

        0
      • Fafau says:

        haihhh, loving couple salah, bercerai pon salah, jadi madu salah…jadi janda salah. ,,, macam2 daaa.

        0

        0
      • Ninakkasitau says:

        amended…bagai…*pakai
        peace no war…!!!

        0

        0
      • Aku says:

        Tu lah bagai….hahaha..
        Melayu mcm gini tk leh dipisah sibuk hal org hati dengki ada jer nk ckp yg bukan2…itu lah sesetengah org melayu kita tk bole dipisah kan

        0

        0
    • r i t a says:

      habis tu, kamera kt handset apa guna? dia artis, mestilah fans nk tengok.
      ko bukan artis…senyap je la. pergi cuci spender laki ko tu.

      0

      0
    • nurse jantan says:

      lerr, laki dia munah. punya pasal dia ler. laki dia x kesah korang yg over. kesian nya. :(

      0

      0
    • minah jambu terlajak habis says:

      eh tk salah pe kalau nk ambek gambar kat katil hospital ngan suami..! bila lagi nk ambek gambar kt katil hospital kn ! nk tungu suami masok hspital lagi tak tau bila dia nk masok hspital..jadi jangan lepas peluang berselfieee…semoga Aaron cepat sembuh ..lov uuu…

      0

      0
  2. Anonymous says:

    semoga sembuh cepat ya tuan mikael. best drama tu.

    0

    0
  3. anak nogori says:

    dah sakit, tetap nak kerja…

    0

    0
    • minah jambu terlajak habis says:

      tu nama Nye anak seni sejati paham tak !! yg lain tu semua bukan Nye nk bertungkus lumus berkeja cuma nk kan glamer n nk cari Glfrend n boyfriend aje kt tempat shting huh !

      0

      0
  4. Anonymous says:

    kentut itu nikmat ALLAH

    0

    0
  5. Yekeni says:

    Kalau batuk banyak phlegm, makan ubat, jangan tak makan.
    Especially yg ada anak kecil. Jangan dibiarkan batuk berpanjangan.

    My hubby kena pneumonia sebab batuk lama sangat dan kerja kerja kerja. Kena tebuk.

    My dad kena pneumonia and we lost him sebab kondisi dia tak mengizinkan untuk ditebuk.

    It is very painful kalau kena pneumonia. Kalau sikit, boleh lah makan antibiotics. Kalau dah banyak airnya, kena tebuklah keluarkan air.

    Jagalah kesihatan…

    0

    0
  6. Anonymous says:

    Semoga cepat sembuh aaron aziz. Ameen

    0

    0
  7. Fizo dan Mawar bertudung Paritda says:

    Tuhan tolong aku jaga dia…..oooooo

    0

    0