A. Aida Mahu Jual Produk Beg Tangan China Berjenamakan Namanya

Hiburan

A. Aida Mahu Jual Produk Beg Tangan China Berjenamakan Namanya

Pelakon A. Aida memberitahu portal media Murai dia akan mula berniaga beg tangan buatan China yang berjenamakan namanya. Menurutnya, idea itu timbul apabila dia melancong ke negara Tembok Besar itu:-

Saya ke Gongzhou, China pada masa itu hanya untuk melancong bersama rakan-rakan.

Namun setelah dibawa mengunjungi gedung beg tangan di sana, saya terus tidak berfikir panjang dan membeli sehingga 20 kotak beg tangan untuk dibawa pulang ke tanah air.

Daripada bertujuan untuk makan angin saja, saya terus teruja untuk membuka perniagaan beg tangan bila pulang ke Malaysia.

Ini mengingatkan kami yang satu ketika dahulu, AC Mizal juga menempah barang dari China yang kemudiannya diletakkan dengan namanya. Langkah A. Aida memang berani, tetapi untuk pasaran tempatan, beg-beg tangan dari China memang sudah ada pengimport dan dijual dengan harga berpatutan di seluruh Malaysia.

Setelah melihat maklum balas yang memberangsangkan di sini, saya sudah berbincang dengan pihak Careefour untuk membuka beberapa cawangan beg tangan A.Aida Collection di cawangan Carrefour yang lain juga.

Insya-Allah juga selepas ini bakal keluar beg tangan jenama A.Aida yang saya tempah di China. Malah saya sudah menempah lima rekaan beg tangan untuk dicetak kepada nama saya.

Advertisement

Senario biasa bila menjenamakan produk dari China, akan ada rekabentuk produk yang sama juga dijual tetapi tidak  mempunyai jenama atau menggunakan jenama lain. Ini ialah kerana siapa saja boleh meletakkan logo atau jenama apabila membeli produk-produk dari China secara pukal untuk dijual kembali di sini. Apa pun,  sekurang-kurangnya dia jujur, dan mungkin nama A. Aida boleh menyebabkan beg-beg laku seperti cempedak goreng panas? Bersama kita nantikan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...