Blog Hiburan Sensasi Dan Terkini Tentang Artis Malaysia

Tergempar : Remy memang pukul Ummi – kata Bibik

ummi

Wow, memang habislah Remy Ishak lepas ni kalau betul kata Bibik yg menjadi saksi kisah Ummit dipukul Remy ni.Tengoklah muka Ummi Nazirah, teruk betul kena belasah. Macam ni punya teruk kau pukul masih boleh nak berlakon, berani pulak cakap kat media seolah-olah dia tak bersalah!

Cuba korang baca berita ni.

“Saya nampak Remy pusing badan dan melibas tangan dengan laju ke arah muka kiri cik muda (Ummi Nazeera),”

kata seorang saksi kes pergaduhan antara pelakon drama Nur Kasih dan teater Natrah, Remy Ishak, 27, dengan pelakon remaja, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abadin, 19.

Tindakan Remy itu menyebabkan Ummi terjatuh, kata pembantu rumah pelakon remaja berkenaan, Susi Sumarni, 24.

Dia tampil membuat pengakuan di hadapan ibu Ummi, Datuk Maziah Musa, malam tadi, semata-mata mahu menjelaskan kedudukan sebenar kejadian yang berlaku di bawah kondominium di Jalan Ampang, dekat sini, 4 Disember lalu.

Menurutnya, ketika kejadian dia berada di tangga kondominium berkenaan.

Susi berkata, selepas kejadian itu Remy datang kepadanya di tangga dan sempat berpesan sebanyak dua kali supaya tidak memberitahu kepada sesiapa, malah menyuruhnya mengambil bedak asas bagi menutup luka di muka Ummi.

“Dua kali Remy pesan supaya tidak melaporkan perkara itu kepada sesiapa sebelum menyuruh saya bantu mengangkat cik muda yang jatuh terlentang dan mengambil bedak asas di rumah untuk menutup luka.

“Saya hanya menurut perintah dan membantu cik muda yang mengadu kesakitan akibat bengkak di muka kiri dengan luka dan lebam sekitar matanya,” katanya yang ditemui di restoran milik Maziah di Danau Kota di sini, semalam.

Pertemuan itu diatur bagi mendapatkan penjelasan sebenar insiden berkenaan yang difahamkan bukan kejadian pertama, sebaliknya Ummi pernah dicederakan ketika mereka bertengkar.

(more…)

Ziana Zain Tak Ada Niat Sorok Anak Kembar

ziana zain

Ala Kak Ziana nie. Kitorang dah teringin benar nak nengok gambar anak kembar Kak Ziana. Mesti comel lote macam mak dia jugak. Tapi sayangnya Kak Ziana masih tak bersedia lagi nak tunjuk gambar anak kembar dia kat mana-mana media. Ini yang rasa nak pergi terjah rumah Kak Ziana nie. Ada sesiapa tahu alamat?

Sebelum terlupa, nama anak kembar lelaki dan perempuan Ziana Zain ialah Siti Nur Kasih dan Muhammad Ariel. Pergh, nama macam ikut drama TV3 ngan penyanyi Peter Pan jer. Sedap benar nama anak akak Ziana kita nie. Mesti cute mute kan? Sebenarnya kak Ziana bukan taknak tunjuk tapi menurut pengurus dia, disebabkan ini anak kembar yang pertama jadi Kak Ziana perlu lebih banyak masa untuk berehat.

Sekarang, dia tiada pembantu untuk menjaga anak-anaknya dan pada November depan dia akan jalani rawatan badan pula. Jadi, berilah dia masa kerana kali ini juga pengalamannya juga berbeza kerana pertama kali dia mendapat bayi kembar/

Itulah kata-kata pengurus Ziana Zain. Nampaknya kenalah bersabar sikit lagi sampai Kak Ziana dah bersedia nak tunjukkan anak dia kat orang ramai. Kami sanggup tunggu. Nanti kalau ada wat majlis cukur jambul jemputlah kami yang kat BeautifulNara nie ye.

Suami “Nakal” Hendap Dan Cabul Pembantu Rumah

awek indonesia seksi

Di hari Jumaat yang indah ini, inginlah kami berpesan-pesan kepada mana-mana isteri yang ingin mencari pembantu rumah ataupun bibik. Pastikan bibik anda tua dan dah kerepot. Jangan ambil yang muda-muda dan yang lawa-lawa.

Bukan apa semalam bila kami baca Harian Metro ada berita pasal suami “nakal” umur 40-an masuk lokap sebab suka menghendap dan mencabul pembantu rumah dia. Mana taknya, bibik dia umur 22 tahun. Tak tahan siap buat aksi lucah dan kalau bini tak ada pasang video lucah lagi nak tunjuk kat si pembantu rumah nie.

Kena ingat laki nie makin tua makin gatal dan miang. Tua-tua berisi diorang nie. Amiklah bibik tua tau. Bibik tua senang sikit nak jaga. Diorang nak lari pun tak larat dah. Kalau bibik muda nie silap-silap nanti dimadukan jer ngan dia. Kes berat tue.

Renung-renungkan dan selamat beramal.

(GOSIP)Kisah Sebenar Norish Karman

norish karman

Kalau dulu kami ada menyatakan kekeliruan tentang siapa yang bersalah dalam kes penceraian Norish Karman hari ini akhirnya suami Norish Karman, Dato’ Hashimuddin Abdul Kadir telah pun bersuara menjelaskan segalanya.

Jika anda baca dan percaya apa yang dikatakan oleh Dato’ Hashimuddin, maka sudah tentulah Norish Karman merupakan wanita yang jahat dalam kes ini. Habis terbongkar semua rahsia percintaan Norish Karman dan abang Farahdhiya.

Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca apa yang dikatakan oleh suami Norish Karman.

(more…)

(VIDEO)Pembantu Rumah Yang Bangsat

Inilah video pembantu rumah yang paling celaka abad ini. Sungguh bangsat apabila dengan tak ada hati perutnya pembantu rumah ini telah memijak dan berdiri atas anak tuannya. Dah la kecik lagi budak tue.

Cuba bayangkan 2 orang lagi anak yang kat tepi tue. Mesti tengah ketakutan. Sumpah jahat orang macam nie. Aksi kejam pembantu rumah ini rasanya telah dirakamkan oleh cctv milik tuan punya rumah nie.

Pengajarannya ialah, kalau nak carik bibik ataupun pembantu rumah, carilah yang tua-tua. Selalunya yang muda-muda nie kasar, ganas dan tak pandai buat kerja sangat. Kalau nak lagi bagus, tak payah carik bibik. Suruh bini anda ajer jaga anak kat rumah.