997 Peserta Telah Melakukan Korban Bersama Zabeeh Pada Tahun 2016, Jom Tahun Ini Kita Turut Serta Sempurnakan Ibadah Mulia Ini.

Hiburan

997 Peserta Telah Melakukan Korban Bersama Zabeeh Pada Tahun 2016, Jom Tahun Ini Kita Turut Serta Sempurnakan Ibadah Mulia Ini.

Pejam celik, pejam celik, tinggal lebih kurang dua bulan lagi kita akan menyambut Hari Raya Haji. Pantas sungguh masa berlalu kan? Rasa macam baru je sambut Hari Raya Aidilfitri. Ini bermakna kita sudah boleh mula memikirkan bajet untuk mendaftar Ibadah Korban. Jangan lepaskan peluang untuk melakukan ibadah setahun sekali ini. Untuk pengetahuan anda semua, seramai 997 orang telah mendaftar Ibadah Korban bersama Zabeeh Services pada tahun 2016. Alhamdulillah semua amanah korban peserta telah pun dilaksanakan oleh Zabeeh Services dengan jayanya. Terima kasih kepada semua yang memberi kepercayaan kepada Zabeeh Services.

image

Alhamdulillah Abang Nara pun tahun lepas diberi peluang dan kesempatan untuk melakukan ibadah korban bersama Zabeeh Services

Untuk makluman semua, Ibadah Korban tahun lepas telah dilaksanakan di Bangladesh, Myanmar, Laos, Kemboja, Thailand, Filipina, India, Vietnam, Indonesia yang merangkumi wilayah Jawa Tengah, Ambon, Yogyakarta dan Lombok serta negara sekitar Afrika iaitu Chad, Mali dan Malawi. Senyuman kegembiraan terpancar di raut wajah penduduk negara-negara tersebut dan mereka sangat menghargai Ibadah Korban yang telah dilaksanakan di tempat mereka. Tidak henti-henti mereka mengucapkan terima kasih kepada wakil Zabeeh Services Sdn Bhd yang pergi melihat pelaksanaan yang telah di buat. Mana tidaknya, bukan senang untuk mereka merasa makan daging dalam kehidupan seharian mereka. Kebanyakan daripada mereka adalah dikalangan orang miskin dan dhaif, ada juga pelarian yang sudah tiada tempat tinggal iaitu penghuni Rohingya Refugee Camp di Myanmar.

Advertisement

image
image
image

Melihat kepada situasi tersebut, tahun ini Zabeeh Services bertekad untuk mengumpulkan lebih banyak lagi Ibadah Korban supaya boleh menghantar lebih banyak lagi jumlah sembelihan korban kepada mereka. Insya Allah pahala yang akan kita terima adalah berlipat ganda kerana memberi makan kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Jadi di kesempatan ini, Abang Nara nak mengajak anda semua untuk badah Korban di luar negara bersama Zabeeh Services Sdn Bhd. Harga untuk sebahagian lembu hanyalah serendah RM 300.00 dan seekor kambing hanyalah RM 580.00. Memang berpatutan sangat-sangat.

image

Berikut Abang Nara sertakan cara-cara untuk mendaftar korban bersama Zabeeh Services Sdn Bhd. Anda boleh pilih salah satu cara yang paling sesuai dan mudah untuk anda.

1. Pergi ke laman web www.zabeeh.com.my dan klik pada Daftar Qurban Online
2. Hantar mesej PM ke Facebook Zabeeh-Qurban & Aqiqah Online dan tulis Saya Nak Qurban
3. Hantar Whatssapp ke 019-323 4577 dan nyatakan Saya Nak Qurban
4. Telefon terus ke 019-323 4577 atau 03-6179 0567

image

Insya Allah sama-sama kita rebut pelunag untuk melakukan ibadah korban bersempena Hari Raya Aidiladha ini. Semoga amalan kita akan diterima olehNya. Amin. Maklumat lanjut boleh layari www.zabeeh.com.my dan juga Facebook Zabeeh Services Sdn Bhd.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...