(9 GAMBAR)Sekitar Majlis Tayangan Amal Filem Animasi SuperSquad

Hiburan

(9 GAMBAR)Sekitar Majlis Tayangan Amal Filem Animasi SuperSquad

SuperSquad ialah sebuah filem animasi yang dinanti-nanti oleh Abang Nara. Filem ini yang mengisahkan 5 orang adiwira, Kapten Danny, Elly, Alan, Sasha dan Blinq terpaksa merentasi masa ke zaman kini untuk menyelamatkan bumi dan ayah mereka, iaitu Laksamana Aaron, apabila bumi diserang oleh makhluk asing. Nampak menarik kan jalan ceritanya? Serius Abang Nara teruja.

supersquad the movieSebuah filem epic ‘action comedy’, filem ini mengandungi babak peperangan di angkasa lepas, pertempuran di sebuah kampung, babak cemas apabila makhluk asing ganas mendarat di Bandaraya Kuala Lumpur, pertempuran sengit di langit di atas KLCC dan berbagai lagi. Filem animasi ini akan mula ditayangkan di pawagam pada 29 Mei 2014 ini.

Advertisement

supersquad

Baru-baru ini telah diadakan Majlis Sidang Media Program CSR, Tayangan Amal Khas dan Mini Karnival Filem Animasi SuperSquad di UNITAR International University, Kelana Jaya. Kehadiran selebriti seperti Diana Danielle, Dafi dan Radhi Khalid yang terlibat di dalam pembikinan filem animasi ini ternyata menceriakan puluhan anak yatim yang menghadiri majlis ini. Seronok Abang Nara melihat keceriaan di wajah mereka.

supersquad

Apa pun Abang Nara tak sabar nak menanti tayangan filem animasi SuperSquad ini di pawagam pada bulan Mei kelak. Sama-samalah kita nantikan. Untuk informasi lanjut mengenai filem ini, anda boleh LIKE Facebook SuperSquad. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

supersquad
supersquad
supersquad
supersquad
supersquad
supersquad
supersquad

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...