Written by AbangNara | March 11th, 2016

Abang Nara merupakan penggemar kopi. Setiap pagi ketika bersarapan, mesti kena minum kopi. Kalau tak satu hari rasa lain macam je. Jadi bila dapat jemputan untuk ke majlis pelancaran produk terbaru Power Root Marketing yang terkenal dengan kopi Alicafe, memang pucuk dicita ulam mendatang. Untung-untung boleh dapat stok Alicafe percuma untuk diminum setiap pagi.

alicafe

Abang Nara dah try, boleh tahan sedap rasanya

Produk terbaru ini ialah Kopi Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng. Abang Nara akan bercerita lebih mendalam lagi tentang kelebihan Kopi Alicafe yang terbaru ini, tetapi buat masa ini, tahniah diucapkan kepada Faizal bin Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI yang telah dilantik sebagai duta produk ini. Memang satu gandingan yang amat sesuai sekali.

alicafe

bertenaga dan ceria sungguh FBI nie

Tongkat ali dan ginseng memang dikenali sebagai bahan yang memberikan tenaga kepada penggunanya. Kalau dah digabungkan kedua-duanya dalam satu kopi, memang confirm lain macam kesan dia. Menurut FBI, sampai ke malam terasa bertenaga je. Power!!! Kata FBI:-

“Ya, memang saya penggemar kopi. Malah, saya telah cuba pelbagai jenis kopi kerana saya beranggapan kesemua kopi adalah sama. Namun, jauh panggang dari bara. Bila saya mula mencuba kopi Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng ini, saya dapati khasiatnya memang luar biasa. Maksud saya, walaupun ia hanyalah secawan kopi, tetapi setelah saya minum kopi ini, saya dapat rasakan perbezaannya. Saya lebih bertenaga dan lebih fokus. Bukan sahaja di siang hari, malah sehingga ke malam.

Di situlah saya tahu yang kopi Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng ini memang kopi luar biasa dan tiada kopi 3-dalam-1 setandingnya. Sejak daripada itu, saya tidak akan mulakan hari saya tanpanya. Jadi, itulah rahsia yang saya ingin kongsikan kepada semua.

alicafe

Gabungan 3 bahan yang pasti menjanjikan keenakan

Abang Nara akan cuba Kopi Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng seminggu dua ini. Nak tahu juga betul ke kesannya seperti yang diperkatakan oleh FBI. Nanti Abang Nara kongsikan dengan anda semua. Kalau korang nak try, boleh cuba dapatkan di kedai-kedai runcit berhampiran rumah anda. Confirm ada jual. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

alicafe

alicafe

alicafe

alicafe

alicafe

alicafe

7 responses to (9 GAMBAR)Faizal Ismail Dilantik Sebagai Duta Kopi Alicafe Tongkat Ali Dan Ginseng

  1. Mcm says:

    Slmat ke mnum ni?kte mnum kopi packet x slamat,blh mndatangkn skit jntung.allahualam

    0

    0
    • serene says:

      Yg bahaya tu non dairy creamer, mcm coffee mate…….dlm kopi peket gini mmg dia org guna creamer, instead of susu… And nescafe pun bahaya jgk utk sakit jantung sb melalui mcm2 proses. Kalau kopi biasa tu oklah sikit…
      Skrg ni susah nak cari condensed milk yg dibuat drp susu, semuanya dibuat drp creamer…

      0

      0
      • kaki kopi kawwww says:

        maksud kau, nescafe itu? bukankah nescafe itu biji kopi? apa yang prosesnya kalau masih biji kopi?

        0

        0
  2. says says:

    Ni semua penyakit.carilah kerja yg bergaji tetap.benda2 camnie tak elok diminum.nie semua demi keuntungan semata2.Artis pun kejap tu juga jadi pengemar kopi.

    0

    0
    • Kopitido says:

      Like statement ko

      0

      0
    • Rezeki Tuah Faizal Anak Bini... says:

      Dia jadi duta pun dh dibayar ratusan ribu kau!!!!utk ikat beberapa tahun je…kalau kerja gaji tetap berpuluh-puluh Tahun pun belum tentu dapat merasa ratusan ribu tau..dalam sekelip mata..harap duit kwsp pun umur masa dh nk kojol.. Barulah dapat merasa itupun nasib2lh klau Umur masih panjangkn…jadi klau si faizal dpt rezeki mcm tu takkan dia nk tolak mcm tu jekn..dh tuhan kasi rezeki Dia utk anak bini..ambil jelh..jangan menyombong menolak gitu je jugak..Orang kata “rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari”..bila dh dapat rezeki yg melimpah ruah mestilah dikongsi bersama ahli keluarga,sanak saudara,sahabat handai..asalkan jgn lupa diri sudah..rezeki tu inshallah mesti akan dtg lagi berlipat kali ganda…kn.. kn..kn..;))))))

      0

      0
  3. anon says:

    sape ni?? artis ke?? popular ke?????

    0

    0