Written by AbangNara | September 5th, 2017

Pejam celik pejam celik, tahun 2017 sudah hampir ke penghujungnya. Pantas sungguh masa berlalu. Tak lama lagi tahun 2018 akan menjelma. Macam mana prestasi kehidupan anda tahun ini? Ok ke tak? Azam yang dibuat awal tahun dulu dah berjaya ditunaikan ke belum? Kalau belum, anda masih ada kira-kira 3 bulan lagi untuk menjadikan azam tersebut satu kenyataan.

sho-16

Sepanjang tahun 2017 ini juga banyak benda-benda dan perkara-perkara penting telah/akan berlaku di dalam Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa. Kalau anda terlepas detik-detik penuh bersejarah dan gemilang itu, memang rugi yang amat. Untuk mengimbau kembali, meh Abang Nara kongsikan 9 perkara tersebut:-

Acara perasmian Sukan SEA 2017

sho2-18

Tahun ini, Malaysia menjadi tuan rumah untuk Sukan SEA yang ke 29. Pada malam 19 Ogos lalu, acara perasmian acara penuh gilang gemilang ini telah berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. Semua tetamu di stadium dan mereka yang menonton melalui kaca tv ternyata terpesona, terkesima dan kagum dengan kehebatan serta keunikan yang ditunjukkan sepanjang acara tersebut. Abang Nara sampai terlopong mulut dibuatnya. Memang power sungguh. Kalau anda terlepas, boleh tengok video penuh di bawah.

Istiadat pertabalan Agong yang ke 15

sho3-20

Sultan Kelantan telah pun dinobatkan sebagai Agong yang ke 15 dalam satu majlis istiadat yang penuh gilang gemilang pada 24 April lalu. Untuk makluman, Agong dipilih 5 tahun sekali jadi sekiranya anda terlepas majlis penuh gilang-gemilang ini, anda perlu menunggu 5 tahun lagi untuk menyaksikannya kembali.

Azizulhasni Awang juara dunia acara Keirin

sho4-22

Selepas 10 tahun mencuba, usaha gigih Azizulhasni Awang yang dikenali dengan gelaran “The Pocket Rocket Man” akhirnya bergelar juara dunia di dalam acara Keirin. Kemenangan itu diperolehi pada Kejuaraan Dunia di Hong Kong pada 13 April lalu. Sebelum ini, Azizul turut sama memenangi pingat gangsa pada Sukan Olimpik 2016.

Neymar dibeli dengan harga RM1.128 billion

sho5-24

Perpindahan bintang Brazil, Neymar dari Barcelona ke Paris Saints German mengejutkan peminat bola sepak antarabangsa. Salah satu sebabnya ialah kerana harga pembelian pemain ini melebihi RM1 billion. Fuh. Siapa sangka pemain bola sepak akan bernilai sebanyak ini. Mungkin sudah tiba masa untuk melatih anak Abang Nara bermain bola. Hehehe.

Malaysia Meraih 141 Pingat Emas di Sukan Sea 2017

sea_games-26

Sukan Sea tahun ini memang cukup bermakna untuk Abang Nara. Semangat Abang Nara untuk tengok game pada tahun ini, fuh…memang berkobar-kobar! Pada pendapat Abang Nara, atlet Malaysia memang cukup setaraf dengan atlet dari negara-negara lain, 141 pingat emas beb! Ini yang membuatkan Abang Nara bersemangat nak bersenam ni, lagi-lagi lepas tengok juara pecut Asia Tenggara tu. Fuh, semput dibuatnya.

Fattah Amin dinobat Bintang Paling Popular ABPBH 3.0

sho7-28

Kepopularitian Fattah Amin akhirnya terbukti apabila pelakon kacak ini berjaya memenangi Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian yang berlangsung pada 15 Mei lalu. Mula mencipta nama menerusi drama Playboy Itu Suami aku, nama Fattah Amin meletup selepas bergandingan dengan Neelofa menerusi drama Suri Hati Mr Pilot. Kepopularitian Fattah Amin juga semakin meningkat selepas gandingannya bersama Fazura di dalam drama Hero Seorang Cinderella turut menjadi perhatian ramai.

Neelofa tersenarai di dalam Forbes 30 Under 30

sho8-30

Satu pencapaian yang amat membanggakan buat Neelofa dan juga rakyat Malaysia apabila selebriti ini tersenarai di dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017. Neelofa antara 300 individu yang tersenarai dimana ia menampilkan usahawan, penginovasi muda dan mereka yang telah berjaya sehingga terkenal di dunia. Sesunguhnya kejayaan Neelofa boleh dijadikan inspirasi untuk kita semua. Sekiranya kita berusaha gigih, pasti kita akan berjaya mencapai segala cita-cita dan juga impian seperti yang telah dibuktikan oleh Neelofa.

Donald Trump mulakan tugasnya sebagai Presiden Amerika Syarikat

sho9-32

Tak lengkap rasanya jika berbicara tentang berita-berita penting 2017 tanpa memasukkan Presiden Amerika Syarikat yang ke 45 iaitu Donald Trump. Selepas memenangi pilihanraya pada hujung 2016, Donald Trump memulakan tugasnya sebagai Presiden pada tanggal 21 Januari 2017. Sudah pasti tempoh pemerintahan selama 4 tahun Donald Trump akan menjadi perhatian seluruh dunia kerana Amerika Syarikat adalah antara kuasa besar dunia. Sama-sama kita nantikan corak pemerintahan yang bakal ditunjukkan oleh Donald Trump yang pernah popular menerusi rancangan realiti The Apprentice ini.

Shopee lancarkan “Shopee 9.9 Online Shopping Day”

ian

Bermula 23 Ogos lalu, Shopee telah pun melancarkan kempen “Shopee 9.9 Online Shopping Day”. Tahun ini adalah tahun kedua kempen ini dilaksanakan susulan sambutan hangat pada tahun lepas. Untuk tahun 2017 ini, pelbagai promosi, tawaran, hadiah percuma dan harga runtuh bakal dinikmati oleh kita selaku pengguna bersempena kempen Shopee 9.9 Online Shopping Day ini. Antaranya:-

Lowest Price Guaranteed

Promosi “Lowest Price Guaranteed” ini adalah feveret Abang Nara. Segala produk yang anda lihat di Shopee yang mempunyai logo “Lowest Price Guaranteed” adalah dijamin harga paling murah di pasaran. Bukan satu dua produk yang ada logo nie, beribu-ribu produk. Sekiranya anda terjumpa laman web lain yang menawarkan harga lebih murah berbanding apa yang ditawarkan di Shopee, tunjukkan bukti dan anda boleh dapat 120% perbezaan harga tersebut.

Spin Kaw Kaw

21057555_10154863023540318_729514803_o-36

Kalau anda terasa bertuah, jangan lupa untuk mencuba nasib di dalam aktiviti “Spin Kaw Kaw” yang telah bermula pada 1 September sehingga 9 September nanti. Banyak hadiah-hadiah best Garmin FitBit, telefon bimbit OPPO, jam tangan Daniel Wellington dan macam-macam lagi.

Best of 9.9, Mobile Madness & Exclusive Brands Sale

Sila pastikan anda kosongkan masa anda pada 9 September sehingga 11 September ini dan bersiap sedia di hadapan komputer. 3 hari ini, Shopee 9.9 Online Shopping Day akan memberikan diskaun sehingga 90% untuk produk-produk yang laku keras. Bukan produk-produk biasa tau. Gadjet ada, smartphone ada, barangan bayi ada, produk jenama-jenama antarabangsa pun ada dan macam-macam lagilah. Inilah peluang anda untuk membuat penjimatan. 90% diskaun tue. Mana nak cari tawaran awesome macam nie.

9.9 Online Auction

9.9_Online_Auction_-_Teaser-38

Untuk makluman, applikasi Shopee telah pun dimuatturun lebih 50 juta kali di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Kejayaan Shopee ini adalah kerana kekuatan komuniti dan penggunanya. Sebagai tanda penghargaan, sepanjang kempen Shopee 9.9 Online Shopping Day ini, akan ada beberapa kempen yang membabitkan komuniti dan para pengguna Shopee. Antaranya seperti 9.9 Online Auction, 9 Days of Unlock dan banyak lagi. Ini adalah tanda penghargaan dari Shopee atas sokongan anda selama ini.

Abang Nara memang tak sabar nak join. Untuk maklumat lanjut anda boleh usha di sini www.shopee.com.my.

Banyak lagi sebenarnya promosi dan kempen yang super duper awesome dari Shopee bersempena Shopee 9.9 Online Day Shopping mereka kali ini. Nak tulis satu persatu memang sampai esok pun tak habis. Apa yang Abang Nara berani jamin ialah anda pasti akan gembira dan berpuas hati dengan segala tawaran yang diberikan.

Khas untuk pembaca setia Beautifulnara, anda boleh menebus aksesori dan pelbagai barangan lain seperti didalam gambar ini dengan harga RM0.99. Memang harga tak masuk akal beb.

NARA_Redemption-40

Nasihat Abang Nara, bersiap sedia di depan komputer dan sediakan wang secukupnya. Inilah peluang anda untuk mendapatkan segala apa yang diidamankan sepanjang tahun 2017 pada harga paling rendah. Maklumat lanjut layari. www.shopee.com.my Selamat membeli-belah.

TAGS:
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

28 responses to 9 Berita Yang Cukup Mengejutkan Sepanjang Tahun 2017

  1. yeen says:

    tahun 201?

    0

    0
  2. anon says:

    2017 hampir penghujung??? Nara ni mabuk ke ape. Nikan baru awal bulan 9.

    8

    0
  3. anonymous says:

    jangan lupa nara berlaku 2017 – kesucian masjid al aqsa telah diceroboh ?srael july lepas , rohingya genocide baru2ni etc etc

    10

    0
  4. Malaysiaku says:

    sukan sea 2017 malaysia dapat 145 emas bukan 141 emas..

    10

    0
    • wekkkkkkk says:

      lpas tu mak aku tanya, kalau dpt emas, berapa nilai emas utk 1 pingat.
      Aku trgelak…dn terangkan dgn sedalam2 pada emak agar mak fhm dgn penjelasan anak dia.
      hehehehehehehe.
      sian org tua kan..yg dh 80+ umurnya…mak bukan nyanyok tapi cuma x tau je.

      4

      0
    • patah tumbuh hilang berganti says:

      jika ditolak tepat-tepat acara yang tidak pun dipertandingkan dalam temasya olimpik yang berprestij.. malaysia masih juara keseluruhan sukan sea cuma bilangan emasnya bukanlah 145 emas tapi around 100 emas lebih camtu..

      sukan terjun saja ada banyak acara tambahan.. mixed diving la mixed team la.
      gimrama saja setiap acara apparatus ada emas padahal dalam olimpik cuma emas untuk all-around je..

      sukan-sukan berpasukan banyak yang tak dipertandingkan di olimpik, malaysia dapat emas.. so 145 emas ni bukanlah benchmark persediaan malaysia ke olimpik tokyo.. maybe persiapan baik untuk temasya sukan asia indonesia tahun depan.. sukan asia pun ada banyak acara yang tak dipertandingkan di olimpik.. by the way, kena paham apa itu prestige olimpik.. seluruh dunia, semua benua yang kuat sama kuat berebut pingat.. kiranya best of the best.. yang menang pingat olimpik tu memang bangga sampai mati la kiranya.. padahal berlambak yang kempunan pingat olimpik kecewa tidak berlagu gitu.. menang level asia tenggara nak bongkak?? itu sebab kau banding dengan orang yang lebih lemah.. bila ko bandingkan dengan orang yang lebih kuat baru kau rasa betapa kerdilnya diri kau di planet bumi ni.. sekuntum bunga berguguran, tumbuh sejuta pahlawan.

      0

      0
      • pingat emas olimpik pertama kita? says:

        50 emas je demi olimpik.. 95 emas lain tu datang dari sukan demonstrasi.. ISN, MSN, MOM memang bezakan sukan yang dipertandingkan di olimpik dan sukan demonstrasi yang tidak dipertandingkan di olimpik.. carta pungutan pingat gabungkan semua pingat dari semua acara.. so nampak macam semua 145 emas tu datang dari acara olimpik.. walaupun tak masuk olimpik, sukan-sukan tu ada di sukan komanwel, sukan asia, kejohanan dunia.. tapi memang takde di olimpik la.. btw, kita sedang dalam perjalanan melahirkan juara olimpik.. team malaysia chaiyok!

        1

        0
  5. mamizura says:

    nara ni sakit jiwa…………blog dis makin hari kanin merepekkkkkkkkkk

    4

    0
  6. wekkkkkkk says:

    ada 1 berita yg mengejukan yg Nara lupa…HH & JR punya cerita ..kisah perempuan melayu malaysia yg ada 2 laki….dh sampai ke tgn Mahkamah Tinggi Syariah. Lupa ya.

    4

    0
    • pandai-pandailah nak hidup woi says:

      propa sungguh.. ingat joy revfa tu pelacur kelas atasan ke?? suka-suka bertukar jantan untuk ditiduri.. joy revfa tu dah lama tidur seorang diri di atas katil.. confirm dia ada 1 laki je sekarang iaitu hafiz hamidun.. lainlah macam ada sesetengah betina tu.. seks bebas tak kisah bertukar jantan.. katanya muda hanya sekali, enjoy la beb.. jantan cari partner jantan pun apa kurangnya.. nafsu songsang.. kesahnya ada aids hiv sebab luka di dubur ada jangkitan.. pendeklah umur gamaknya..

      1

      0
      • Anonymous says:

        ye ke dia tido sorang diri..pi dgn bisnes partner berdua je ke luar negeri…

        1

        0
      • Anonymous says:

        lol tido sorang diri (kononnya) dah boleh declare clear status…kalau semua mcm ni berlambak lah anak tak der status kat dlm malaysia ni..mak tak cerai…surat cerai pulak keluar lepas kawin dgn laki baru…lepas tu anak dgn laki baru pulak tak cukup 9 bulan dari tarikh terakhir kena cerai…tak cukup sorang anak takde status nak tambah lagi ke sorang anak tak sah status..sah gatal buat anak je tapi tak kisah kedudukan anak….agaknya mmg sifat org malaysia ni bangga buat anak je tapi serah kat orang lain jaga…sbb tu kes cuai jaga anak berlambak2 kat Malaysia ni…sbb mak bapaknya bangga dapat buat anak je…jaganya tak mau

        0

        0
        • bangga ada bulu ketiak woi says:

          yang penting anak tu tahu ibu kandungnya siapa.. yang mengandung, yang berpantang, yang beranak pompuan.. lelaki seronok kejap je waktu main atas katil.. nak sangat tahu siapa bapa kandung tu.. buatlah ujian dna.. di negara barat, benda ni bukan isu pun.. takde masalah pun si anak tu letak nama keluarga ibu.. yang penting anak tu membesar dengan elok ada tempat bergantung harap.. itu sebab bila kahwin kena buat kenduri jemput sanak saudara.. apa-apa hal sanak saudara ada tanggungjawab bersama membesarkan anak tu. bukan kahwin sorok-sorok tak diiktiraf keluarga sendiri.. bila parent mati, si anak tu dihantar ke rumah anak yatim.

          2

          0
    • joyah anak indon says:

      bukan melayu tulen…baka indon…meroyan tak diberi nafkah zahir batin tapi rupanya menipu surat cerai dlm proses…

      dah tu pi batal perkahwinan dulu bila beria kata sah….

      yg lebih mengejutkan ramai yg ignore proses nikah cerai ni bekap pompan tau mekap tu je maksudnya ramai lah ambil mudah mcm joyah…yg lebih mengejutkan lagi bila satu2 terbongkar pasal joyah keluarga joyah jugak meroyan seolah2 joyah tak buat apa2 kesalahan..nampak sangat pada dorang proses dokumentasi dan bab hukum tolak tepi…tapi punca utama joyah begitu sbb dia tu keturunan indon…dah jadi tabiat pompan indon yg nak kawin laki sini berlambak masih berlaki kat negara asal

      1

      0
      • wekkkkkkk says:

        semua dh tau cerita, buat hape nk tegakkan benang yg basah, betul x tagline “joyah anak indon”.. entah2 tagline yg “pandai-pandailah nk hidup woi” tu kuarga meroyan tu kan.., nk compare lak dgn betina2 di luar sana, betina2 di luar sana, sapa kisah, mereka bkn ada citer dlm BN nikan, kalau nk dimasukkan citer betina2 rakyat di Malaysia ni, mana ada ruang yg cukup kt BN.
        HH bukan suami JR pun skrg ni…x fhm ke Mahkamah dh ckp (x sah nikah tu)..
        wakakakakakakaka

        0

        0
  7. Khai says:

    Sultan kelantan ditabalkan..bukan dinobatkan…

    10

    0
  8. Amin says:

    Helloooooooooo 145 emaslah… Tu lah asyik sgt sibuk hal gosip selebriti

    9

    0
  9. Anonymous says:

    yuran perpindahan footballer neymar dari barcelona lebih rm1 billion,, pertanalan DYMM SPB Agong, Malaysia juara SEA Games 2017, , Azizilhasni juara dunia keirin, Neelofar tersenarai dalam majalah Forbes, Trump jadi Presiden US. Tapi tapi tapi pasei apa Cerita ssi Pattah pun masuk topik nih. Oh please! Aku ingat Nara nih minat sgt Pattah. Nara bulan terakhir tahunan disember bukan Ogos?

    0

    0
  10. Anonymous says:

    Nara, di antara 9 perkara yang disenaraikan BUKAN tergolong dalam perkara MENGEJUTKAN!!! awak x tau ke makna MENGEJUTKAN??? terkejut la sangat..

    1

    0
  11. Anonymous says:

    antara perkara mengejutkan
    1.HH berkahwin dgn perempuan kaki propa dengan keluarga mulut longkang perasan femes
    2.Bini AA hairan laki curang bila jumpa adik retis padahal AA mmg boye sejak azali.
    3.Buku selfie FA dapat jualan terbanyak membuktikan buku bkn lagi bahan ilmiah.
    4.Lopak masuk Forbes Asia semata2 jualan tudung?
    5.Tok Ti sbg diva mohon lagu diputarkan di radio Era kononnya nak tolong peminat.
    6.FINAS lepaskan kartun gay di Malaysia untuk brainwash kanak2 di Malaysia
    7.Boy Iman menipu anugerah itu dan ini tapi blh dibenarkan lg promote scam di tv.
    8.Menyedihkan vokalis Samudera meninggal seorang diri membuktikan artis lama yang berkualiti tidak dihargai. (al fatihah)
    9.Lembaga hitam jadi Malique duet dgn dayang masa AME
    10.Perangai Anzalna terserlah disebalik penampilan elegan bila laser terlampau.

    0

    0
  12. Anonymous says:

    ya apa benda yg melibatkan kelantan mmg mcm terkejut dan gempaklah sangat

    0

    0
  13. buletin tv3 tetap di hatiku says:

    berita yang akan mengejutkan malaysia ialah pesta buah tomato.. orang malaysia baling buah tomato dengan bangganya.. untunglah pelajar malaysia yang belajar di eropah.. dapat merasa budaya sebegitu.. tak cukup buah tomato.. cadanglah apa lagi… baling tepung, baling bantal kekabu, baling telur..

    2

    0
  14. jejai says:

    aku tahu nara, ko sbenarnye nak highlight Shoppe 9.9 tu jer, maklum ler iklan berbayar

    1

    0
  15. ctz says:

    Sultan Kelantan telah ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Agong dalam majlis yang penuh istiadat.

    Ditabalkan bukan dinobatkan.
    Majlis penuh istiadat bukan majlis gilang gemilang.

    1

    0
  16. Anonymous says:

    Mana i am me,satu dunia tau kot..sipatah tu apahelnya?

    0

    0
  17. Anonymous says:

    Bagi aku perkara yg mengejutkan ialah vokalis Samudera meninggal dunia seorang diri awal tahun ini ..tapi yg diagung2kan artis media sosial ..ini membuktikan kita ditahap tak sedar diri melupakan penghibur lama tapi update dgn artis2 terkini yg takkan diingati apa pun sumbangan dlm bidang hiburan..

    0

    0

Leave a Comment

Optional