7 Petala Cinta, Filem Cinta Yang Lain Daripada Lain

Hiburan

7 Petala Cinta, Filem Cinta Yang Lain Daripada Lain

Bermula semalam, filem 7 Petala Cinta telah pun mula ditayangkan di pawagam. Ramai yang sudah menontonnya dan sangat berpuas hati. Malah ada yang menyatakan filem cinta ini lebih baik daripada filem Ombak Rindu. Namun bagi Abang Nara, filem 7 Petala Cinta ini mengangkat tema cinta dengan caranya yang sangat unik.

7 petala cinta

Advertisement

Lakonan dan penghayatan watak yang baik  menjadi faktor besar ke atas kejayaan sesebuah filem.  Peranan yang dimainkan oleh Aeril Zafrel, Fizo Omar dan Diana Amir dilihat mampu menghidupkan watak masing-masing. Manakala Shima Anuar, bakat baru yang mendapat kepercayaan pihak MIG turut memainkan peranan yang besar dalam filem ini. Seiring dengan moto MIG “Bintang Dicipta, Bukan Dilahirkan”, nama-nama baru perlu diberi peluang dan dicungkil bakatnya demi menyediakan generasi pelapis untuk industri perfileman negara.

7 petala cinta

Selain itu, Epy Raja Lawak dan Zalif Sidek membantu mencipta mood komedi dengan sikap gila-gila mereka. Antara lain yang turut sama menjayakan filem ini seperti Ustaz Dini Juri, Ummi Rosiah, Zul Suphian, Wak Di dan Alex Yanz. Filem yang telah memulakan penggambaran sekitar bulan Jun 2011 ini menelan belanja sebanyak RM 1.5 juta secara keseluruhan. Bagi menampakkan keindahan alam semulajadi ciptaan Ilahi yang mana bersesuaian dengan konsep filem ini, penggambaran dijalankan di kawasan pedalaman Ulu Yam, Selangor.

7 petala cinta

Filem arahan Azhari Zain ini adalah sangat berbeza dengan filem-filem yang dihasilkan beliau sebelum ini. Azhari Zain yang merupakan salah seorang pengarah di bawah Skim 10 Pengarah Muda MIG, dilihat sangat menyerlah dalam bidang pengarahan. Filem-filem arahan Azhari Zain sentiasa mendapat sambutan di pawagam seperti Santau, Zoo, Mantra, 3 2 1 Cinta, Flat 3A dan Keramat. Kini beliau menonjolkan sisi kreativiti yang berlainan dengan menggarap 7 Petala Cinta pula. Filem yang sarat dengan pengajaran ini diharap dapat memberi pedoman kepada penonton selain terhibur dengan jalan ceritanya.

7 petala cinta
7 Petala Cinta akan mula ditayangkan di pawagam pada 15 Mac 2012. Filem-filem lain yang akan menyusul di pawagam seperti 3 Temujanji arahan Hashim Rejab (5 April 2012), Nongkrong arahan Ismail ‘Bob’ Hasim (10 Mei 2012), dan “X”arahan Ollyn Khadri (7 Jun 2012). Sementara itu, 8 Jam dan beberapa filem lain masih menunggu tarikh tayangan.

7 petala cinta

Dan jangan lupa untuk menyertai peraduan 7 Petala Cinta di Facebook David Teo http://www.facebook.com/davidteo99?sk=app_252556351499609 anda berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik seperti iPod Touch, Sony Walkman dan hadiah eksklusif dari MIG.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...