Written by AbangNara | September 22nd, 2016

Pejam celik celik, Yahaira Leanne, anak kepada pasangan suami isteri Yusry dan Lisa Surihani sudah pun berusia 1 tahun. Pantas sungguh masa berlalu. Baru-baru ini bersempena hari jadi Yahaira, satu sambutan telah diadakan oleh pasangan suami isteri ini. Kali ini Lisa dan Yusry telah sudi berkongsi beberapa keping gambar puteri kesayangan mereka untuk tatapan para peminat. Memang tersangatlah comel Yahaira Leanne ini. Rasa nak cubit-cubit je kalau jumpa.

yahaira leanne

Bercakap kepada Kosmo, Lisa Surihani memaklumkan yang dia mengawal kuantiti gambar anaknya yang dimuatnaik ke laman sosial. Sebenarnya ini satu tindakan bagus. Kanak-kanak kalau over exposed pun tak berapa baik, lebih-lebih lagi anak selebriti. Namun setiap orang mempunyai pendapat dan cara membesarkan anak yang berbeza. Tak ada satu cara yang tepat dan betul. Yang penting selaku suami isteri, Lisa dan Yusry gembira dengan cara didikan mereka. Kata Lisa:-

Seperti yang saya katakan sebelum ini, adalah mustahil jika saya langsung tidak berkongsi gambar Yahaira di laman sosial. Saya tetap akan berkongsi tetapi ia tidaklah terlalu banyak dan bergantung pada situasi.

Kami cuba mengawal kuantiti gambar yang akan dikongsi dengan peminat. Pelik juga jika sambutan hari lahir Yahaira tetapi dia tiada dalam gambar, begitu juga dengan gambar keluarga ketika hari raya, sudah tentulah dia perlu ada dalam gambar tersebut. Berkenaan gambar yang dikongsi oleh tetamu dan peminat, saya dan Yusry juga sudah bersedia tentangnya.

Setakat ini, apabila kami keluar, memang ada peminat yang mahu bergambar. Saya dan Yusry bersetuju untuk bergambar tetapi tidak melibatkan Yahaira. Alhamdulillah semua peminat memahami. Mereka nampak teruja apabila dapat bermain dengan anak kami selama beberapa minit walaupun tidak boleh bergambar sama.

yahaira leanne

Selamat hari jadi diucapkan buat Yahaira Leanne. Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah apabila dewasa kelak. Sama-sama kita doakan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

yahaira leanne

yahaira leanne

yahaira leanne

yahaira leanne

yahaira leanne

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

27 responses to (7 GAMBAR)Sekitar Sambutan Hari Jadi 1 Tahun Yahaira Leanne, Anak Pasangan Yusry & Lisa Surihani

  1. comel says:

    comel anak memasing. plg geram dgn yusuf, gebu!

    0

    0
  2. Shhh says:

    Nampak yusry lebih gembira skrg..berisi..skrg ni pun nmpklah jugak dia berada dlm majlis keraian..sblm ni dia sgt low profile..mmg comel anaknya..mmg btul tk elok gak sgt kongsi gmbr anak selalu dlm laman social..

    0

    0
  3. suhaimah58 says:

    setuju kot diorang x expose yahaira .. bagus sgt2 xyah nak jd mcm org/artis lain siap wat IG sendiri utk anak kecik mereka … pastu statement ‘sy x tolak kalau itu rezeki dia’ ‘sy x tumpang rezeki anak’ etc etc anoyying sgt kot :(

    0

    0
    • biancachopra says:

      masing masing ada pendapat sendiri. but dont terlebih lebih berfikir untuk budak tu melebihi parents dia. I believe both parents tahu mana baik and buruk. and plus, positive sides of those kids yg diexpose tu, i believe duit yang dieorg dapat tu boleh digunakan untuk masa depan budak tu sendiri. boleh la study overseas without using scholarships, sekolah international, nak kahwin in the future senang, takyah fikir/penat nak cari duit. setengah manusia tahu nak kutuk je. those kids are lucky sbb dari kecil dah ada duit. if tgk dekat fb berapa ramai manusia especially malay, yg takde duit and miskin and susah nak cari kerja at this moment? those kids are lucky!

      0

      0
      • Anonymous says:

        Cuma pasti ke duit tu sempat digunakan untuk anak mereka?

        0

        0
        • Biancachopra says:

          Apa pasal nak persoalkan ke mana duit tu pergi. If you yourself as a mom. Pasti ke tak guna duit anak?

          Kalau kat malaysia ni parents tak guna duit anak, dah tentu anak org miskin pun boleh jadi kaya sebab dapat banyak duit raya. Tapi nan hadoooo anak jadi kaya sbb duit raya.

          0

          0
  4. yulaina says:

    skrg tgk lisa mcm makin mengada la… sape tgk dalam rancangan YE KE, tgk dia nye perangai.. lagi 1 liyana jasmay, mase org tgh berckp dia sibuk berbual dengan juliana evans..mengada..mcm x hormat langsung tgh siaran mcm tu…

    0

    0
  5. zabedah zabit says:

    yahaira mcm yusry..

    geram molut tu..

    semua baby comel ..

    0

    0
  6. sesiapa sahaja says:

    Alhamdulillah, mcm ni la kalau syg kat anak, protect anak selalu..tak involve kan sgt dgn dunia media..

    0

    0
  7. watever says:

    kalau anak comel mesti slalu upload gmbar anak..hmm..

    0

    0
  8. Alhamdullilah, nampak kebahagian diwajah famili ni.

    0

    0
  9. salamat munak says:

    Yusry setelah buat tanam rambut…lawa…nampak natural…huhu

    0

    0
  10. qalbu says:

    muka Yusry sgt. Alhmdullilah dpt kbahagiaan yg dicari. Suka tgk simple kluarga ni. x der lah si LS ni trlalu nk princess kn si Yahaira ni sgt. tp mmg nmpk LS smakin gedik sikit. tgk kat sembang teh tarik tu pun a bit rimas sket.

    0

    0
  11. Anonymous says:

    hanis ugly baby

    0

    0
  12. Anonymous says:

    Nak bertanya sikit. Perasan tak mata Yahaira tu yang kanan lebih kecil dari yang kiri? Saya perhati semua gambar dia cam tu..tanya je.

    1

    0
  13. anon says:

    hanis besaq cam mak giant…akibat terlebeh kolagen ni…huhu takuttt
    liyana, klu no mekap…tewok…
    lisa plak…ntah apa yang dia takut dok sorok gambar anak pun ntah lahhhh

    0

    0
    • No says:

      Tekenen bujibu

      0

      0
    • lola says:

      ntah mengada peminat nak bergambar dgn anak kau pun x bagi. prinsip kau tu dh betul dh which is kau xnak exposed gambar anak kau sgt2. tu sgt ok. tp if peminat nak gmbar anak kau biar je lah sbb bukan ko yg upload org yg upload. mengada2 sgt la kau ni. esk jadi apa2 kat anak kau jgn suh org doa kan ye. sikit2 nyampah ok lah overrr

      0

      0
  14. Khalisa says:

    Comel yahaira harap dah besar x menggedik
    Orang x suka;’)

    0

    0
  15. insan says:

    Knapa nk kutuk ank org.. LS gedik ke ada ssh kowg ke.. waktu dier gemuk.. kutuk gemuk.. skrg ckp gedik plak.. dok ckp mata ank tuh kecik sebelah.. kang jd cm sedara aq br tau.. ske ckp org.. last2 skrg jd kt diri dier diam trus..

    0

    0
    • Anonymous says:

      Kenapa nak marah peminat yang nak ambil gambar mereka sekeluarga….dah namanya peminat layankan je la…nama pun peminat…pelik over protected sangat…kan dah macam2 peminat selidik tang mulut la… tang hidung la…tang mata la….dah awak nak sorok2 sangat ni la jadinya… nama pun anak artis… bukan kita ambik gambar pas tu pi jual dapat duit ke ape..

      Zaman skrg mana boleh sorok2 semua orang leh nampak terang dan jelas.

      0

      0