Written by AbangNara | August 15th, 2012

Baru-baru ini Abang Nara telah dijemput untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama Maya Karin dan Yasin di Westin Hotel. Selain daripada berbuka bersama-sama, majlis ini turut diadakan untuk memperdengarkan lagu baru dendangan mereka berdua yang bertajuk “Sinar Ini”.

maya karin

Yang seronoknya majlis ini dilakukan secara santai dan membolehkan mereka yang hadir berborak-borak kosong dengan Yasin dan Maya bila-bila masa sahaja. Selepas berbuka, secara tiba-tiba, Yasin dan Maya Karin telah pun mengadakan persembahan secara live. Selain daripada lagu Sinar Ini, mereka berdua turut mendendangkan lagu raya untuk para pengunjung.

Bagi Abang Nara, lagu Sinar Ini sememangnya menyerlahkan kekuatan vokal Yasin dan Maya Karin. Lirik lagu yang simple tetapi penuh makna menambahkan lagi kemerduan lagu ini. Tambah menarik, video klip yang dirakam untuk lagu Sinar Ini mempunyai keunikannya yang tersendiri.

Best kan? Lagi 6 keping gambar sekitar majlis berbuka puasa bersama Maya Karin dan Yassin dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Pretty Peektures. Untuk lebih info tentang lagu ini, sila layari Facebook SinarIni.

maya karin
maya karin
maya karin
maya karin
maya karin
maya karin

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 responses to (7 GAMBAR)Majlis Berbuka Puasa Bersama Maya Karin Dan Yasin

    • hans5617 says:

      minta maaf… bagi sya suara maya karin betul2 mempunyai kelainan dari artis wanita lain.. x perlu nak tinggikan note suara… ketenangan dan keikhlasan amat penting utk menyampaikan sesebuah lagu…

      0

      0
  1. Minamanja says:

    Pasangan yg sepadan. Sama cantik dan sama tinggi.
    Sambil sambil tu yasin bole le guide maya jugak.
    Success tu you guys.

    0

    0