Written by Bella | March 14th, 2015

Salahs seorang daripada anggota kumpulan lawak, Bocey iaitu Fad telah selamat bergelar suami kepada Nur Syahirah hanya dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan tersebut yang didahulukan dengan majlis pertunangan telah berlangsung di tempat kelahiran isterinya di Jitra Kedah. Mengenakan busana putih, kedua-dua pengantin tampak berseri.

Fad mula berkenalan dengan Nur Syahirah apabila gadis tersebut yang juga merupakan adik angkat kepada Jihan Muse sering hadir ke pentas Maharaja Lawak Mega. Sudah mengenali antara satu sama lain selama dua tahun dan baru sahaja lima bulan menjadi pasangan kekasih, Fad membuat keputusan untuk bernikah dengan wanita tersebut kerana beliau amat memahami dirinya dan mudah untuk dibawa berbincang.

Majlis resepsi Fad dan Nur Syahirah bakal diadakan di Dewan Tun Rahah, Kuala Lumpur pada 23 Mei 2015.

Tahniah kami ucapkan kepada Fad dan isteri, kahwin di usia muda bukanlah satu penghalang untuk anda berdua untuk bahagia, tanamkan sifat penuh sabar dan tolak ansur dalam diri kerana ia kunci kepada rumah tangga yang kekal.

Sumber Foto:  unclekayphotoworks

Lagi beberapa foto majlis pernikahan Fad dan Nur Syahirah dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

14 responses to (6 FOTO) Fad Bocey Kini Bergelar Suami Kepada Nur Syahirah

  1. amy says:

    aku 1st…sedihnye aku
    lama btl aku try

    0

    0
  2. Happy no ending says:

    Tahniah fad smoga kekal hingga ke firdaus

    0

    0
  3. Rilek says:

    Congrats just happy until firdaus

    0

    0
  4. Aku benci hamis romiang says:

    Pegantin ni aku setulus hati nak ucap semoga berbahagia hingga ke jannah..asalkan kawin tak caras suami orang…

    0

    0
    • Anonymous says:

      betoi.. aku setuju.. aku pun nk ucap selamat berbahagia till jannah.. sweet.. seri pegantin..

      0

      0
  5. mak c kina says:

    tahniah fad & pasangan..semoga bahagia dunia & akhirat…

    0

    0
  6. Anonymous says:

    knpe tiap kli bukk beautifulnara keluar add mcm2 smpai x boleh nk baca ekk????

    0

    0
  7. nara blog sampah says:

    eeee apa kt gg tu…?? taik gigi ke??

    0

    0
  8. zz says:

    nty masa kawen, da tau daa kalo pakai gigi besi ni jd xcntik gmboonye,

    0

    0
  9. amir says:

    Semoga berkekalan hingga ke jannah.Tahniah saya ucapkan

    0

    0
  10. semoga kekal sampai bila amin

    0

    0