5 X RM200 Untuk Pembaca BeautifulNara Khas Daripada Shopee

Hiburan

5 X RM200 Untuk Pembaca BeautifulNara Khas Daripada Shopee

Yeah!!! (baca sambil bayangkan Abang Nara sedang melompat keriangan). Tahun 2016 ini banyak sungguh rezeki yang boleh Abang Nara kongsikan dengan anda semua. Ingat lagi tak tentang aplikasi Shopee yang pernah Abang Nara ceritakan dahulu? Aplikasi Shopee ini membolehkan kita semua membuka kedai menjual apa sahaja produk tanpa perlu memikirkan tentang sistem pembayaran, promosi, bayaran sewa dan sebagainya. Contohnya hari tue Abang Nara telah berjaya menjual stroller Aariz yang tak lagi digunakan.

shopee

Advertisement

Namun di Shopee ini bukan sekadar kita boleh menjual, membeli pun boleh jugak. Ribuan kedai dan puluhan ribu produk ada untuk dipilih. Confirm rambang mata. Ada baju, ada aksesori, ada gadjet dan macam-macam lagilah. Abang Nara kalau tengah boring, memang akan habiskan masa melihat benda-benda yang boleh dibeli menerusi applikasi Shopee ini. Harga yang ditawarkan berpatutan juga, lebih-lebih lagi Shopee selalu buat diskaun serta promosi yang kaw-kaw punya.

shopee

antara promosi yang sedang berlangsung di Shopee

Jadi apa rezeki yang Abang Nara kata nak kongsikan tue? Yeah!!! BeautifulNara dengan kerjasama Shopee akan memberikan produk-produk pilihan anda bernilai sehingga RM200 setiap seorang kepada 5 orang pembaca BeautifulNara. Dan lagi best, jumlah hadiah mungkin akan ditingkatkan sekiranya mendapat sambutan hangat daripada anda semua! So macam mana cara nak menang 5 X RM200 ini? Meh sini Abang Nara ajar:-

1.Download applikasi Shopee di sini
2.Ushar mana-mana produk yang korang nak beli
3.Pilih sebanyak mana produk dengan jumlah nilai sehingga RM200
4.Hantar screenshot pilihan anda ke [email protected]
5.Dalam email tue pujilah sikit Abang Nara untuk markah lebih
6.Tunggu keputusan!!!

shopee

banyak kategori untuk korang buat pilihan

Untuk makluman, tiada sebarang pembelian perlu dilakukan untuk melayakkan anda menyertai contest ini. Hadiah para pemenang ialah produk-produk bernilai RM200 yang anda pilih ketika menghantar email ke [email protected]. Jadi kenalah pilih betul-betul. Fikir sedalam-dalamnya. Siapa nak bagi barangan bernilai RM200 semudah ini kan? Tarikh tutup penyertaan ialah pada 25 Januari 2016.

Gunakan kod “BEAUTIFULNARA” untuk menikmati diskaun RM20 dengan setiap pembelian minima sebanyak RM50. Untuk 200 pembeli pertama sahaja! Kod ini khas untuk pembelian pertama pengguna Shopee. Kod ini tidak boleh digunakan untuk membeli tiket, bauchar, dan top-up. Sah sehingga 25 Januari 2016

Beli Online: ShopeeMall
Muat turun aplikasi: ShopeeMY
Facebook: ShopeeMY
Instagram: Shopee_MY

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...