5 Tips Untuk Tampak Lebih Muda Berbanding Usia Anda

Hiburan

5 Tips Untuk Tampak Lebih Muda Berbanding Usia Anda

Wajah yang nampak lebih muda berbanding usia sebenar adalah idaman setiap insan terutamanya wanita. Bayangkan umur kita dah 40-an tapi wajah masih kelihatan muda remaja macam sweet 21. Kiri kanan orang puji wajah kita yang sentiasa muda, ceria dan tiada kedutan walaupun usia sudah meningkat. Confirm confidence level meningkat 200%.. Awet muda la katakan.

1

tak nak ke muka muda remaja macam Nora Danish? Mesti nak kan?

Abang Nara tak adalah pandai sangat bab menjaga kecantikan wajah ini. Namun hasil daripada kajian di Internet, Abang Nara nak kongsikan kepada anda 5 tips yang boleh kita amalkan untuk tampak lebih muda berbanding usia sebenar. Senang je tips-tips ini. Boleh dilakukan bila-bila masa dan di mana-mana sahaja untuk sentiasa tampil awet muda.

Advertisement

1. Minum air kosong 8 sehingga 10 gelas sehari

2

Tips ini teramatlah mudah namun sukar untuk diapplikasikan dalam kehidupan seharian. Iyerlah, air kosong kan tak ada rasa apa-apa. Jadi nak minum pun rasa tak best. Tetapi untuk wajah yang awet muda, kita kena minum 8 hingga 10 gelas sehari bersamaan 2 sehingga 2.5 liter. Lagi bagus kalau bangun tidur awal-awal pagi, tanpa gosok gigi terus pergi minum air kosong dalam segelas dua. Nak lagi power, jangan minum air manis langsung. Terus akan nampak kesannya dalam masa seminggu dua.

2. Tidur secukupnya

3

Tidur yang cukuplah amat penting untuk badan kita mendapat rehat yang secukupnya. Sekiranya anda sudah berkahwin dan mempunyai anak, memang agak sukar untuk mendapatkan jumlah tidur yang ideal iaitu 8 jam sehari. Sekiranya tidur malam anda sering diganggu dengan tangisan anak, boleh cuba tidur siang dalam sejam dua ketika anak-anak ke sekolah. Kalau tak dapat 8 jam sehari pun tak apa, yang penting tidur itu mesti berkualiti. Deep sleep omputih kata.

3. Keluarkan peluh

4

Tak kiralah anda nak bersenam ke, berlari ke, zumba ke, yoga ke, main dengan anak ke, yang penting peluh di dalam badan wajib dikeluarkan. Lepas balik kerja kalau ada masa dalam setengah jam pun dah ok dah untuk melakukan sebarang aktiviti senaman. Paling cikai bawak anak ke taman permainan. Masa anak main gelongsor, anda boleh berlari-lari anak sekitar taman untuk mengeluarkan peluh. Kalau ada duit lebih, mungkin boleh jadi ahli di gimnasium berdekatan. Seminggu dapat pergi 3 kali pun dah cukup. Tak perlu tiap-tiap hari.

4. Gunakan krim malam di muka anda

5

Sebelum tidur, selepas membasuh muka, pastikan anda menyapu krim malam di wajah anda. Cadangan Abang Nara sudah tentulah Olay Regenerist Micro-Sculpting Night Cream yang telah dihasilkan dengan kajian selama 10 tahun dan dilengkapi amino-peptide complex dan Hydra-Firming Complex. Sebab apa kena guna krim malam? Sebab masa kita tidur, wajah kita berada di dalam keadaan rehat dan di tahap optimum untuk sebarang pembaikpulihant. Jadi bila kita gunakan Olay Regeneris Micro Scultping Night Cream ini, ia akan mengakfitkan lagi sel-sel kulit untuk menghilangkan segala kesan kedutan di wajah. 2 minggu je dah boleh nampak kesan sekiranya digunakan setiap malam. #OlayMalaysia #BestBeautiful #MiracleDuo

5. Amalkan penggunaan Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence

6

Olay Regenerist Miracle Boost ini fungsinya adalah untuk meningkatkan lagi metabolism sel-sel kulit di wajah anda. Maksudnya sel-sel kulit muka itu akan makin aktif. Selain itu ia juga akan memperbaharui sel-sel kulit di wajah sekaligus mengelakkan kedutan, melembutkan dan menegangkan lagi wajah. Kesannya wajah anda akan nampak 10 tahun lebih muda berbanding usia sebenar. Cara nak guna pun senang sangat sebab packagingnya yang memang memudahkan kita. Picit je akan keluar jumlah yang sepatutnya. Tak lebih tak kurang. #OlayMalaysia #BestBeautiful #MiracleDuo

Itu sahaja 5 tips daripada Abang Nara untuk kelihatan awet muda. Korang pun mesti ada tips-tips lain kan? Apa kata kongsikan di ruangan komen. Nak juga tahu rahsia korang tampak lebih muda berbanding usia sebenar. Janganlah kedekut. Sharing is caring. Tak gitu? Untuk lebih banyak tips yang awesome, boleh LIKE Facebook Olay Malaysia. Jangan lupa untuik gunakan hastag #OlayMalaysia #BestBeautiful #MiracleDuo sekiranya anda ingin berkongsi tips-tips kecantikan di laman sosial anda. Bolehlah Abang Nara dan pembaca BeautifulNara yang lain baca sekali.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...