Written by AbangNara | October 16th, 2017

Air adalah satu sumber yang amat penting dalam kehidupan seharian kita. Selain dijadikan bahan minuman, air juga diperlukan untuk membasuh baju, mandi, basuh pinggan mangkuk, buat susu anak, basuh kereta dan macam-macam lagi. Untuk anda yang sudah berkeluarga atau mempunyai anak kecil yang suka main air (mandi sampai setengah jam dalam bilik air), sudah tentu kita mahu berjimat selagi boleh supaya tidak terkejut melihat bil air setiap bulan.

Dalam bab penjimatan air ini, yang bertanggungjawab sudah tentulah kaum wanita (terutamanya si ibu). Yang laki-laki nie diorang reti guna air je. Bab jimat memang fail. Jadi hari ini, khas untuk kaum Hawa di luar sana, Abang Nara nak kongsikan 5 tips mudah untuk kita menjimatkan air, sekaligus mengurangkan perbelanjaan dan membolehkan anda shopping dengan duit lebih tersebut.

1. Basuh baju dengan muatan penuh

(pastikan juga kucing anda tak pandai guna mesin basuh)

Kadangkala ada kaum Hawa yang terlebih rajin sampai baju kotor 2,3 helai pun dah nak masukkan dalam washing machine untuk dibasuh. Rileks dulu. Sabar. Simpan dulu baju kotor tue sampai betul-betul full untuk dibasuh dengan washing machine. 3 hari sekali basuh baju memang cantik. Jangan tetiap hari basuh. Membazir air.

2. Hanya flush selepas buang air besar

Bila kita buang air kecil, tak perlulah nak flush tandas tue. Isi baldi sehingga suku penuh dan jirus. Itu pun dah mencukupi. Setiap kali kita flush tandas, kita sebenarnya dah gunakan sebanyak 11 liter. Banyak kan? Kalau sehari buang air kecil 5 kali dan korang pam tandas tue, dah 55 liter. Ish, ish, ish. Membazir sangat-sangat tue.

3. Mandi tue jangan lama sangat

Selepas berkahwIn, satu tabiat wife tercinta yang Abang Nara perasan ialah dia kalau mandi memang lama. Boleh cecah 20 minit. Orang perempuan nie memang particular dan teliti apabila bab membersihkan badan ini. Tak boleh salahkan diorang jugak. Diorang mandi wangi-wangi untuk kaum Adam jugak kan?

Tapi untuk menjimatkan air, apa kata selepas ini anda potong separuh masa anda mandi di bilik air. Kalau selama ini mandi setengah jam, cuba kurangkan jadi 15 minit sahaja. Abang Nara yakin anda tetap akan kekal wangi, jelita dan menawan sambil boleh berjimat dalam penggunaan air.

4. Jangan guna air dari paip ketika basuh pinggan

(rajin dah rajin dah adik nie, teknik je salah)

Membasuh pinggan adalah satu usaha murni yang patut diterapkan kepada semua ahli keluarga kita. Lepas makan, kenalah pandai basuh pinggan masing-masing. Tapi kena guna teknik yang betul. Jangan guna air dari paip yang mengalir tanpa henti untuk membasuh pinggan. Sebaliknya sediakan satu besen berisi air. Ala yang macam kat kenduri-kenduri selalu kita nampak tue. Jimat pun jimat, mudah pun lagi mudah. Boleh basuh semua sekaligus.

(atau korang boleh penuhkan singki dengan air sebelum mula operasi membasuh pinggan)

5. Baiki paip yang bocor

Apabila kita nampak air menitis tanpa henti daripada paip, itu tandanya paip kita bocor. Tapi kadangkala kita buat bodoh je. Ala setakat menitis setitik dua macam tue, bukannya membazir apa pun. Ish, ish, ish. Sebenarnya bila korang tak baiki kebocoran ini, jumlah air yang menitis tersebut boleh mencecah 15 liter sehari. Tak ke banyak tue? Lain kali nampak je bocor, terus beritahu husband tercinta dan suruh dia baiki secepat mungkin. Selagi dia tak baiki suruh dia tidur luar. Hehehe…

BONUS: Bayar bil Indah Water anda

Last but not least, selain daripada membayar bil air, janganlah kita lupa untuk membayar bil Indah Water. Apa itu Indah Water? Ish, ish, ish. Indah Water inilah yang memastikan air di rumah kita selamat dan bersih untuk digunakan dalam aktiviti harian. Kerja-kerja yang dilakukan oleh Indah Water ini termasuk dalam kategori 3D (Dangerous, Dirty and Difficult). Tapi, setiap bulan caj yang dikenakan hanyalah RM8. Murah kan?

Apabila korang basuh baju, mandi, buang air besar/kecil, basuh kereta dan sebagainya, korang tak pernah ke terfikir apa yang jadi kepada air yang kotor tu?

Haaa! Meh Abang Nara educate korang sikit… air yang dah korang gunakan tu namanya air sisa or air kumbahan. Air ni memudaratkan sebab selain daripada kotor, ia juga mengandungi bahan toksik dan bakteria atau kuman yang membawa pelbagai penyakit. Air sisa ni mengalir melalui sistem perpaipan pembetungan di bawah kediaman kita terus ke loji-loji rawatan kumbahan yang diuruskan oleh Indah Water atau IWK.

Indah Water akan merawat atau membersihkan kembali air sisa ini untuk digunakan semula. Banyak proses yang terlibat dalam rawatan air sisa yang dijalankan di loji-loji tu. Cer tengok sendiri diagram kat bawah tu haa…

Ni diagram yang Abang Nara pinjam dari laman web IWK… Thank you IWK!

Cuba tengok perbandingan dalam gambar kat bawah ni. Sebelah kiri tu adalah air sisa yang mengalir keluar daripada rumah kita. Sebelah kanan tu pula air yang dah dirawat oleh loji-loji Indah Water yang dilepaskan semula ke dalam perairan kita. Berbeza kan?!

Setiap hari, rakyat Malaysia menghasilkan sebanyak 5 juta meter3 air sisa sehari. Korang ingat sikit ke tu?! Boleh penuhkan 2,000 kolam renang bersaiz Olimpik tu!.. Indah Waterlah yang bertanggungjawab untuk menapis, membersih dan memproses kembali air kumbahan tu. Lepas ni korang kena hargai Indah Water sebab bayangkanlah kalau diaorang takde. Sanggup ke korang uruskan sendiri air yang kotor tu?

Jadi, kalau anda ingin terus mendapat bekalan air yang bersih secara “direct” ke rumah anda, jadilah rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan membayar RM8 sebulan kepada Indah Water. Hargailah usaha mereka untuk merawat air sisa kita dan memulihara sumber air negara. Semuanya demi keselesaan dan kemudahan seluruh rakyat Malaysia.

Terima kasih Indah Water atas penat lelah dan usaha anda selama ini!

Maklumat lanjut layari Indah Water Konsortium Sdn Bhd

TAGS:
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

36 responses to 5 Tips Untuk Jimatkan Penggunaan Air Di Rumah

  1. mimi says:

    AKU MENETAP DI SELANGOR, SAMPAI SEKARANG X PERNAH LAGI KENA BAYAR BIL AIR.. UNDILAH PKR.. MUAHAHAHA

    3

    0
    • hempok says:

      kalau dduk seorg, mmglah x kena byr. Sendiri jimat, x ada org lain guna.
      Akupun duduk perak, x penah byr air. Undilah BN.

      Cakap x serupa bikin.

      Kakak aku duduk Seksyen 13, S.Alam, kongsi dlm 4 org…kena byr air jugak..

      Cakap x serupa bikin.

      0

      2
    • sayang apa khabar denganmu says:

      I nak komen poin nombor dua tu.. rumah I ada dual flush toilet.. maknanya boleh pilih nak tekan button yang keluar air banyak ke untuk buang air besar ataupun button yang keluar air sikit untuk buang air kecil.. I tak pasti design ni mendapat sambutan yang menggalakkan ke di malaysia.. sebab I tengok banyak rumah yang masih pakai design low-flush..

      1

      0
    • kiki says:

      Semua negeri dlm Malaysia x payah bayar bil air kalau bil tu bawah RM20 kalo x silap aku… atas dari RM20 baru kena bayar walaupun kau tinggal di Selangor.. tetap kena bayar bil air okey. Satu lagi Selangor kena bayar utk beg plastik… negeri lain mana ada bayar utk beg plastik free jer.

      0

      0
      • kihkihkihkih says:

        kalau rumah tu kosong, mcm apartment, bil air tetap jalan sebanyak RM6.00 perbulan, bila saya owner dtg rumah dlm setahun tgok bill ada jumlah rm72.00 ini utk bill air shj. Padahal rumah tu kosong. Maintenance lain. Mcm mana ni, mmg lah satu bulan kalau penggunaan bwh RM20.00 x perlu byr. Katakanlah pengunaan air dlm bulan tu RM15.00 + 6.00 = 21.00…jdi kena byr jugak.
        Mana ada free RM20.00.

        0

        0
      • penang mari says:

        kat penang dah lama buat konsep beg plastik kena bayar…
        x heboh plak mcm org selangor…
        kalut la hgpa… kami wat lek wat pis ja…..

        0

        0
      • kihkihkihkih says:

        sbb fhm sgt lah, aku taip mcm tu. Hanya kerana 1 rm terlebih, maka akan byr .

        Setau aku itu bukan airlah free, itu ada lah bill elektik.

        cuba google, mls nk google aku.

        0

        0
  2. sejak azali sabar says:

    dh lama aku sbr dgn air di selangor ni. Hari2 baldi rumah aku x kosong, pastikan hari2 ada air dlm tong..kalau x buat mcm tu….tetiba je air x ada.
    Nk basuh ontot uki pun ssh.

    2

    0
  3. sian meow says:

    pastikan dlm mesin basuh, kucing x ada dlm tu.

    3

    0
  4. sejak azali sabar says:

    Dh lama aku sabar..sesabarnya

    0

    0
  5. Anonymous says:

    jimat air??? tinggal kat PJ sentiasa ada masalah air, bila call Syabas selalu beri alasan paip pecah sini sana.

    1

    0
    • wekkkkkkk says:

      kalau paip yg pecah itu adalah milik syabas dn tanggungjwb syabas x apalah..syabas yg tanggung kos. Tapi kalau paip pecah di dlm kawasan perumahan, mcm paip besar pecah di dlm tanah utk salirkan air ke kawasan perumahan, maka Syabas kata itu tanggungjwb penduduk, bila syabas repair, maka bill akan di hantar ke JMB, maka JMB akan caj semua unit rumah.
      Bila pecah, pressure air x kuat, dh benda tu nk pecah, mana kami penduduk tau apa sebbnya.
      Bila bill maitenance tinggi sbb dh campur bill syabas tadi dn x byr, maka JMB akan potong bekalan air.
      Adakah ini adil.
      Syabas siapa punya dn span siapa punya.

      1

      0
    • Sila Jelos says:

      Damansara selalu takde air. Aku duduk kt Setapak 10 tahun sekali pun susah nk ada catuan. Padahal kawasan bukan eklusif. Bertuanya aku…Setapak masih aman!

      0

      0
  6. lee says:

    Jimat lagi jika mandi jgn guna shower, guna kolah…basuh baju 2 hari sekali…

    0

    0
    • kemut says:

      jimat lagi pada org yg bertahi hidung masin ya amat, masa mandi jimat2 air katanya. Maka di jwb oleh anak tiri nya (sbb dia tau mak tiri kemut gila), kalau mcm tu mak, masa mandi kena tadah lah air yg turun dri badan, pas tu amek semula buat mandi..
      pas tu selang beberapa tahun raya x balik tgok mak tiri tadi…padan muka.
      mmg ada org kedekut mcm nk mamposssssssssss.

      0

      0
      • merdeka says:

        Byk jmp org jenis mcmni..kedekut nk mampos brkira pasal air..jimat x kena cara..dh kalau mandi sehari 1kali je..dh lh duduk m’sia ni panas..hei..x tahanlh duk ngan org brkira ni..kita bkn duk pj ke..kota bahru ke..yg kena catu air..

        0

        0
      • Anonymous says:

        Org Msia byk kurang kesedaran sivik. Byk yg bodoh. Laluan pejalan kaki motor pun ikut lalu sesuka hati. Inikan nk jimat air. Sistem pelajaran kita gagal. Ditambah pula kempimpinan Umngok. Lagi la negara punah…

        0

        0
  7. Anonymous says:

    Penggunaan air yg btl dan brjimat guna air tu dituntut dlm Islam. Brlebih2 air semasa ambil wudhuk pun boleh makruh

    0

    0
  8. Anonymous says:

    jangan undi umno.
    menyusahkan rakyat marhaen.

    0

    0
  9. Anonymous says:

    Air pun nk suruh jimat? Padahal hujan turun tiap2 hari. Lain la minyak Petronas ke..duduk di Spore ke..kena import..gali pelbagai.

    0

    0
    • wekkkkkkk says:

      air mmg lah free, tapi air telah di salurkan ke dlm paip besar, lepas tu di amek oleh paip kecik, lepas tu di sekat oleh meter, sbb tu lah berbayar.
      Kalau nk free, pegi ke lombong, paya yg berdekatan bwa baldi, lpas tu bwa ke rumah.

      1

      0
  10. Indon says:

    Nak jimat air lepas berak guna tisu aja. Nak wangi lagi guna baby wipes. Itu pun bikin kecoh ke pakcik???

    0

    0
  11. Cengkerik Mengawan says:

    Zaman Najib ni je air pun suruh org jimat. Yg diaorg songlap berjuta-juta buat2 lupa…

    0

    0
  12. AIDA says:

    nak ambik gambar anak orang tanpa kebenaran itu juga dikira salah yer disisi undang2 …jgn pakai ambik letak jeak…mintak kebenaran dulu

    0

    12
    • Anonymous says:

      kalau kes langgar lari… saya ambik muka bangsat tu sbg bukti org tu langgar saya… salah juga ker ???
      dah langgar org ikut belakang boleh pulak x mengaku.. lari mcm tu jer.. loser gile.

      0

      0
      • grrr says:

        ikut undang2 .. sesiapa yg melanggar org di depan… orang di belakang di kira bersalah walaupun apa jua alasan . take note.

        1

        0
      • wekkkkkkk says:

        saya rasa muka tu perkara ke dua, kena amek no. flat kenderaan. Kalau x dpt nk rakam, cepat2 mata tgok no kenderaan tu dn hafal…dn terus tulis, nnti lupa. Kalau dh x sempat apakn daya. Sssh den nk nolong ni.

        0

        0

Leave a Comment

Optional