5 Tips Mudah Untuk Kenal Pasti, Pupuk & Kembangkan Minat Serta Bakat Anak Anda

Hiburan

5 Tips Mudah Untuk Kenal Pasti, Pupuk & Kembangkan Minat Serta Bakat Anak Anda

Diam tak diam, anak-anak Abang Nara masing-masing dah semakin membesar. Tahun depan yang si sulung, Aariz akan berusia 6 tahun, Arissa 4 tahun dan Alara 3 tahun. Memang pantas sungguh masa berlalu. Tup-tup nanti masing-masing dah masuk sekolah, lepas tue universiti, lepas tue bekerja pulak.

1

Advertisement

Bercakap pasal anak-anak nie, Abang Nara dapat perhatikan minat dan bakat mereka bertiga ini memang berbeza. Selaku ibu bapa, kita kena tahu kecenderungan anak-anak supaya dapat membantu mereka mengembangkan lagi minat dan bakat mereka. Bukan susah pun nak tahu. Meh sini Abang Nara kongsikan beberapa tips:-

1. Perhatikan Mereka Ketika Bermain

Anak-anak Abang Nara selalunya ada “playtime” mereka sendiri iaitu setengah jam sebelum tidur. Abang Nara masukkan je ketiga-tiga ke dalam bilik dan biarkan mereka bermain secara bebas dengan semua alat permainan yang ada. Dari situ kita perhatikan apa yang mereka lakukan. Contohnya si Aariz tue sibuk dengan kereta “Hot Wheels” miliknya. Aariz akan bertanya macam-macam soalan berkaitan dengan kereta. Macam mana kereta dibuat, bagaimana enjin kereta berfungsi, kenapa ekzos kereta ada satu je dan macam-macam lagilah. Dari situ Abang Nara dah nampak yang si Aariz ini minatnya lebih kepada “engineering”.

2. Tanya Apa Minat Mereka

2

Dulu masa di tadika, Abang daftarkan Arissa ke kelas tarian ballet sebab nampak seperti dia suka menari di rumah. Ingatkan dia memang minatlah dengan tari menari ini. Tapi setiap kali balik kelas ballet je, mesti Arissa menangis. Jadi Abang Nara pun tanya “Do you enjoy the dance class?”. Tak sangka dia boleh jawab “No papa, I don’t like to dance. ”. Pengajaran yang Abang Nara dapat ialah jangan memandang rendah pada anak kita. Kadangkala mereka sendiri tahu apa yang mereka minat.

3. Beri mereka pilihan

3

Macam Aariz nie Abang Nara bagi pilihan nak gi kelas berenang ke kelas taekwondo. Dia pilih kelas taekwondo. Satu kesilapan besar ibu bapa ialah memaksa anak mereka memilih sesuatu tanpa kerelaan hati. Tak ada pilihan diberikan kepada mereka. Contohnya macam si ayah yang bertekad nak jadikan anak pemain bola sepak. Maka sejak dari kecik lagi anaknya dihantar pergi kelas bola sepak, sedangkan si anak minat main badminton. Selaku ibu bapa, kita tidak boleh tamak dan pentingkan diri sendiri. Berikan anak-anak pilihan dan biar mereka yang tentukan apa yang mereka mahu lakukan.

4. Pupuk minat mereka

Selepas mengetahui yang Aariz ini memang minat bab-bab “engineering” kereta, maka sudah menjadi tanggungjawab Abang Nara untuk memupuk minat tersebut. Senang je caranya. Abang Nara belikan buku tentang kereta, angkut dia sekali bila servis kereta, petang-petang basuh kereta bersama dan sebagainya. Setiap kali buat aktiviti yang berkaitan dengan kereta, boleh nampak jelas kegembiraan di wajah Aariz. Jadi Abang Nara tahu yang minat dia itu benar-benar “genuine”.

5. Mula rancang untuk pembelajaran mereka

DSC_3738

Sekiranya anak-anak anda dah berusia 15-16 tahun dan memang jelas nampak minat mereka di dalam bidang engineering, maka dah boleh mulalah merancang untuk memilih universiti terbaik bagi menyambung pembelajaran mereka. Tak payah nak lengah-lengahkan masa, lepas SPM boleh terus masuk. Salah satu universiti terbaik dalam bidang “engineering” ialah Taylor’s University.

DSC_3261

Taylor’s University merupakan satu-satunya universiti di luar Amerika Syarikat yang menawarkan Grand Challenge Scholars Program (GCSP). Selain itu Taylor’s University juga merupakan universiti pertama di Malaysia yang mempraktikkan CDIO Initiative. Paling penting, pelbagai jenis kursus “engineering” ditawarkan di Taylor’s University. Jadi, bolehlah pilih mana-mana yang sesuai dengan minat dan kecenderungan anak-anak anda.

firsttaylor

Dengan fasiliti bertaraf dunia, internship antarabangsa dan kurikulum yang terkini, Taylor’s University adalah tempat terbaik sekiranya anda ingin menceburi kerjaya dalam bidang “engineering”. Paling penting wujudnya kerjasama erat antara Taylor’s University dengan syarikat-syarikat besar seperti Shell, Petronas, Honeywell dan SCOMI. Insya Allah senanglah nak cari kerja lepas graduate nanti.

taylors2

Jadi sekiranya anak-anak anda berminat dengan bidang “engineering”, bolehlah masukkan Taylor’s University sebagai salah satu universiti untuk anak anda menyambung pelajaran kelak. Maklumat lanjut boleh layari university.taylors.edu.my/engineering . Selamat menimba ilmu.


https://cdn.innity.net/ca.js

var innity_nativeAnalytic = innity_nativeAnalytic || {};
innity_nativeAnalytic.q = innity_nativeAnalytic.q || [];
innity_nativeAnalytic.q.push(function() {
innity_nativeAnalytic.track({campaignID: 20384, adID: 197374, readID: 197375});
});

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...