5 Tips Mudah Ini Perlu Diamalkan Sepanjang Ramadhan Untuk Elakkan Perut Anda Diracun

Hiburan

5 Tips Mudah Ini Perlu Diamalkan Sepanjang Ramadhan Untuk Elakkan Perut Anda Diracun

Bulan Ramadhan tiba lagi. Salah satu perkara yang membuatkan Abang Nara excited berpuasa ialah aktiviti membeli juadah berbuka di bazar Ramadhan.

bazar

seronok pergi bazar Ramadhan sebab suasananya yang meriah dan pelbagai pilihan makanan yang disediakan

Abang Nara percaya anda juga dah tak sabar nak membeli ayam percik, kuih-muih, kambing panggang, air sirap bandung dan macam-macam lagi sepanjang bulan Ramadhan ini di bazar Ramadhan. Apa-apa pun, jangan lupa amalkan beberapa tips mudah dari Kementerian Kesihatan Malaysia ketika mahu membeli makanan di bazar Ramadhan.
bazar

Advertisement

1. Perhati

Sebelum memilih untuk ke gerai tertentu, pastikan gerai tersebut jauh dari longkang dan juga tong sampah. Perhatikan juga kebersihan sekitar gerai itu dan tiada hurungan lalat. Jangan lupa ushar sama ada si peniaga memakai apron, penutup kepala, tidak meludah, bersin atau batuk ke arah makanan, tidak menyentuh makanan dengan tangan dan juga tidak merokok.

2. Pilih

Pastikan anda memilih makanan yang ditutup dengan sempurna dan tidak terdedah. Kalau boleh, makanan tersebut hendaklah yang baru dimasak atau masih panas. Lebih bagus sekiranya anda memilih gerai yang peniaganya mempunyai kuku pendek dan bersih. Markah bonus sekiranya si peniaga tidak memakai sebarang aksesori.

bazar

3. Lihat, hidu & rasa

Jangan lupa untuk lihat dan pilih makanan . kalau dah Nampak berbuih atau di hurungi lalat batalkan sahaja pembelian tersebut. Sebaik sahaja azan Maghrib berkumandang, jangan terus makan makanan yang anda beli di bazar Ramadhan tadi. Pastikan anda merasa makanan sedikit terlebih dahulu. Cuba cari jika ada rasa “pelik” sebelum menelannya. Kalau ada rasa yang anda kurang senangi seperti masam atau basi, terus buang makanan tersebut. Jangan ambil risiko kerana kemungkinan besar ia boleh menyebabkan keracunan makanan.

bazar

4. Di rumah

Sekali lagi di rumah sebelum berbuka dan bersahur, pastikan anda mengamalkan prinsip “lihat, hidu dan rasa” makanan terlebih dahulu. Lagi satu pastikan lebihan makanan berbuka disimpan di dalam peti sejuk dengan kadar segera. Jangan tunggu sampai habis terawih baru nak simpan. Kalau boleh, jangan simpan makanan lebih dari 3 hari di dalam peti ais.

5. Sahur

Abang Nara biasanya akan bersahur dengan lebihan juadah ketika berbuka. Selalunya wife Abang Nara akan panaskan makanan tersebut. Perlu diingatkan, lauk sahur kita perlu dipanaskan dengan sempurna sebelum dimakan. Jangan pendekkan proses pemanasan kerana anda terlewat bangun . Sila bersabar untuk mengelakkan perut anda meragam sepanjang hari.

Mudahkan 5 tips kesihatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia bersempena kehadiran Ramadhan kali ini? Insya Allah sama-sama kita amalkan untuk mengelakkan keracunan makanan. Namun kalau perut anda sakit, cirit-birit berterusan, muntah tanpa sebab serta rasa loya melanda, silalah ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan. Jangan lupa layari Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia untuk lebih banyak tips keselamatan makanan sempena Ramadhan ini. Selamat berpuasa!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...