Written by AbangNara | June 8th, 2017

Bulan Ramadhan tiba lagi. Salah satu perkara yang membuatkan Abang Nara excited berpuasa ialah aktiviti membeli juadah berbuka di bazar Ramadhan.

bazar

seronok pergi bazar Ramadhan sebab suasananya yang meriah dan pelbagai pilihan makanan yang disediakan

Abang Nara percaya anda juga dah tak sabar nak membeli ayam percik, kuih-muih, kambing panggang, air sirap bandung dan macam-macam lagi sepanjang bulan Ramadhan ini di bazar Ramadhan. Apa-apa pun, jangan lupa amalkan beberapa tips mudah dari Kementerian Kesihatan Malaysia ketika mahu membeli makanan di bazar Ramadhan.
bazar

1. Perhati

Sebelum memilih untuk ke gerai tertentu, pastikan gerai tersebut jauh dari longkang dan juga tong sampah. Perhatikan juga kebersihan sekitar gerai itu dan tiada hurungan lalat. Jangan lupa ushar sama ada si peniaga memakai apron, penutup kepala, tidak meludah, bersin atau batuk ke arah makanan, tidak menyentuh makanan dengan tangan dan juga tidak merokok.

2. Pilih

Pastikan anda memilih makanan yang ditutup dengan sempurna dan tidak terdedah. Kalau boleh, makanan tersebut hendaklah yang baru dimasak atau masih panas. Lebih bagus sekiranya anda memilih gerai yang peniaganya mempunyai kuku pendek dan bersih. Markah bonus sekiranya si peniaga tidak memakai sebarang aksesori.

bazar

3. Lihat, hidu & rasa

Jangan lupa untuk lihat dan pilih makanan . kalau dah Nampak berbuih atau di hurungi lalat batalkan sahaja pembelian tersebut. Sebaik sahaja azan Maghrib berkumandang, jangan terus makan makanan yang anda beli di bazar Ramadhan tadi. Pastikan anda merasa makanan sedikit terlebih dahulu. Cuba cari jika ada rasa “pelik” sebelum menelannya. Kalau ada rasa yang anda kurang senangi seperti masam atau basi, terus buang makanan tersebut. Jangan ambil risiko kerana kemungkinan besar ia boleh menyebabkan keracunan makanan.

bazar

4. Di rumah

Sekali lagi di rumah sebelum berbuka dan bersahur, pastikan anda mengamalkan prinsip “lihat, hidu dan rasa” makanan terlebih dahulu. Lagi satu pastikan lebihan makanan berbuka disimpan di dalam peti sejuk dengan kadar segera. Jangan tunggu sampai habis terawih baru nak simpan. Kalau boleh, jangan simpan makanan lebih dari 3 hari di dalam peti ais.

5. Sahur

Abang Nara biasanya akan bersahur dengan lebihan juadah ketika berbuka. Selalunya wife Abang Nara akan panaskan makanan tersebut. Perlu diingatkan, lauk sahur kita perlu dipanaskan dengan sempurna sebelum dimakan. Jangan pendekkan proses pemanasan kerana anda terlewat bangun . Sila bersabar untuk mengelakkan perut anda meragam sepanjang hari.

Mudahkan 5 tips kesihatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia bersempena kehadiran Ramadhan kali ini? Insya Allah sama-sama kita amalkan untuk mengelakkan keracunan makanan. Namun kalau perut anda sakit, cirit-birit berterusan, muntah tanpa sebab serta rasa loya melanda, silalah ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan. Jangan lupa layari Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia untuk lebih banyak tips keselamatan makanan sempena Ramadhan ini. Selamat berpuasa!!!

7 responses to 5 Tips Mudah Ini Perlu Diamalkan Sepanjang Ramadhan Untuk Elakkan Perut Anda Diracun

  1. anon says:

    Senang je, elak membeli makanan di bazar & masak sendiri je. Biar simple tapi terbukti bersih..

    3

    0
    • iq says:

      sokong. cara yang paling mudah, berkesan, murah dan dijamin. masak sambal sardin dlm tin, telur dadar campur cincaluk dlm botol, sayur kobis & tauco dlm tin, ikan masin goreng dlm pek….much better from bazar ramadan…jimat dan lagi sedap….pengalaman makan makanan bazar, sgt2 mendisplinkan diri dr elak keracunan dan cirit birit

      0

      0
      • b says:

        dh berapa hari kita berpuasa ni..oh ya..dh 13 hari…aku belum pernah ke bazaar ramadhan lagi, nntilah..hari2 nantilah.

        1

        0
    • Mat Terengganu suka nasi ayam says:

      anon cakap senang lah…. saya ni bujang balik kerja penat2… x kan nak masak pulak. ?? telur goreng, nasi goreng dgn maggi jer saya pandai masak… x kan nak makan tu bukak puasa ?? kalau ada jemputan bukak puasa atau gi makan masjid / kedai yelah x payah beli makanan bazar… tapi hari lain kena beli jugak … setakat ni alhamdulillah beli makanan boleh makan sampai sahur x basi lagi.

      2

      0
      • Kacang merah says:

        Boleh start belajar masak sikit2 kalau nak. Nanti kalau dah kawin pun mudah utk tolong isteri sama2 memasak sbb dah biasa. But beli makanan di bazaar tu pun x salah..jimat masa, boleh bantu org lain cari rezeki.. cuma boleh ikut tips dkt atas ni.. selamat berpuasa.

        0

        0
  2. Into says:

    Bgus tips ni…tp stkt ni sy brubh sikit cr brbnding thn2 sblumny…sy akn bli kt org yg g smbhyg…nk cam mcm ne…sy tgk diorg bw tlkung n kain plikt…atau kdg2 sy tny…kdg2 geng2 pngsuh ank yg ajk surau akn bgtau si polan si polan yg g msjid smbhyg

    0

    0
  3. kakinakkaki says:

    beli nasi kerabu, nk mkn lps terawih dah basi, beli kari ikan, basi. sodih! rugi duit aku

    0

    0

Leave a Comment

Optional