Written by AbangNara | January 13th, 2016

Selamat tahun baru 2016 Abang Nara ucapkan kepada semua pembaca BeautifulNara. Azam Abang Nara tahun ini tak lain tak bukan ingin berkongsi lebih banyak keseronokan, kegembiraan dan peluang dengan anda semua. Kalau anda pembaca setia BeautifulNara, pastinya anda tahu bahawa www.rakuten.com.my adalah salah satu laman membeli-belah kegemaran Abang Nara. Mungkin ada yang terlupa atau mungkin ada pembaca baru di sini, jadi izinkanlah diri ini untuk mengimbau kembali ke’awesome’an Rakuten Malaysia yang telah beroperasi sejak tahun 2012 ini.

rakuten

Dengan lebih 210,000 produk daripada 900 kedai, www.rakuten.com.my dengan tagline “Shopping Is Entertainment” menyediakan ribuan produk daripada pelbagai kategori yang confirm akan membuatkan anda kelabu mata. Ada toys, ada fashion wanita, fashion lelaki, gadjet, alatan sukan, barang kemas, buku, majalah, barang perhiasan rumah, barangan letrik dan macam-macam lagilah. Senang cakap apa sahaja yang korang terfikir nak beli, confirm ada dijual di Rakuten Malaysia ini.

Kelebihan www.rakuten.com.my yang tidak ada pada laman web lain ialah kewujudan program ganjarannya iaitu Rakuten Super Points (RSP). Abang Nara dah cerita banyak kali dah pasal keawesomean RSP ini. Dengan 1 RSP bernilai RM1, banyak penjimatan yang boleh kita lakukan setiap kali kita membuat pembelian di Rakuten Malaysia ini. Paling best, www.rakuten.com.my selalu menganjurkan promosi yang membolehkan kita mendapatkan RSP berkali-kali ganda.

rakuten

Contoh terbaik ialah sebarang pembelian di www.rakuten.com.my sehingga 31 Januari ini akal mendapat 5X Rakuten Super Points. Promosi ini bukan untuk kedai-kedai tertentu sahaja, sebaliknya untuk segala jenis barangan yang ada di dalam Rakuten Malaysia. Tak kira lah korang beli stokin ke, USB RM10 ke, patung Robocar Poli ke. Semuanya akan dapat 5X RSP. Dan RSP ini boleh digunakan untuk pembelian seterusnya untuk penjimatan yang maksimum. Power kan?

rakuten

Oleh kerana Abang Nara dah selalu sangat membeli di www.rakuten.com.my, izinkanlah Abang Nara berkongsi beberapa tips yang Abang Nara gelarkan #RakutenShoppingHacks untuk membolehkan korang mendapat lebih nilai bershopping di sini serta memperolehi lebih banyak Rakuten Super Points.

1.Daftar jadi ahli Rakuten Malaysia di sini terlebih dahulu. Hanya dengan mendaftar barulah korang boleh dapat kumpulkan RSP banyak-banyak. Jangan risau pendaftaran free je. Lagi best, ada voucher yang akan diberikan untuk ahli baru sebagai tanda terima kasih kerana anda memilih Rakuten Malaysia. Best kan?

2.Pemilik kad kredit Mastercard? Buat pembelian setiap hari Rabu untuk mendapatkan ekstra 5% diskaun.

3.Sentiasa ushar tawaran serta promosi di Facebook Rakuten Malaysia. Kadangkala mereka akan highlightkan beberapa produk yang diberi diskaun kaw-kaw punya. Kalau jumpa yang berkenan, terus beli je. Jangan tunggu lama-lama.

4.Setiap hujung minggu, www.rakuten.com.my akan berikan kupon. Setiap minggu berbeza jadi kena sentiasa check it out. Jadi bila hari Sabtu tue, bukak laptop dan terus bukak website Rakuten.

5.Setiap hari silalah buka www.rakuten.com.my untuk lihat tawaran-tawaran dan promosi-promosi yang diberikan. Contohnya macam minggu lepas ada sales untuk perabot serta peralatan rumah. Diskaun sampai 70% tue.
rakuten

Tak berapa faham? Meh sini Abang Nara bagi satu contoh. Katakanlah Abang Nara beli oven di bawah.

rakuten

Harga asalnya ialah RM1480 namun selepas diskaun cuma RM1080 sahaja. Jika beli pada hari Rabu menggunakan kad Mastercard, akan dapat lagi diskaun sebanyak 5% menjadikan harganya RM1,026. Dengan promosi 5X RSP, Abang Nara bakal mendapat RSP bernilai RM54. Jumlah penjimatan yang berjaya dilakukan ialah RM500. Kalau Abang Nara sambung shopping lagi, RSP yang bernilai RM54 tue boleh digunakan untuk lebih berjimat. Power dan awesome sungguh kan?

rakuten

Inilah 5 tips #RakutenShoppingHacks yang boleh Abang Nara kongsikan dengan anda semua. Sebenarnya ada banyak lagi. Abang Nara percaya ramai pembaca BeautifulNara yang pernah beli di www.rakuten.com.my yang mempunyai teknik dan tips mereka yang tersendiri. Bolehlah sharing-sharing di ruangan komen. Sekali lagi Abang Nara nak tekankan, setiap pembelian kita akan memperolehi Rakuten Super Points yang boleh digunakan untuk pembelian seterusnya. Untuk bulan Januari ini, kita boleh dapat 5X RSP. Kadangkala Rakuten Malaysia ada bagi sampai 20X RSP. Jadi kenalah selalu ushar website www.rakuten.com.my. Apa pun, selamat tahun baru dan selamat membeli belah Abang Nara ucapkan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 responses to 5 Tips Membeli-Belah Di Rakuten Ini Wajib Anda Ketahui

  1. Anonymous says:

    review buyer from ratuken teruk.. hati-hati

    0

    0
  2. omydroid says:

    Pertama kali dengar pasal rakuten ni..

    0

    0
  3. Tamak says:

    Beautifulnara iklan kat laman awak sungguh menyusahkan..tak taken iklan pun..iklan keluar..tekan nak baca komen pun iklan keluar…so annoying

    0

    0