5 Tempat Wajib Lawat Sekiranya Anda Menjejakkan Kaki Ke Hong Kong

Hiburan

5 Tempat Wajib Lawat Sekiranya Anda Menjejakkan Kaki Ke Hong Kong

Bulan Jun yang lalu, Abang Nara ada berkongsi 5 restoran halal di Hong Kong yang popular, sedap dan confirm menjilat jari.  Sejak hari itu, ramai antara pembaca setia Beautifulnara tertanya-tanya juga apakah tempat-tempat best yang boleh dilawati di Hong Kong.

akan tetapi korang wajib cuba dim sum halal bila menjejakkan kaki di Hong Kong. Kesedapannya memang tak terkata. Salah satu tempat yang popular untuk dim sum ialah Islamic Centre Canteen – kredit Google

Jadi hari ini Abang Nara berkongsi 5 tempat mutiara tersembunyi (bahasa omputihnya ialah hidden gem) di Hong Kong yang wajib anda lawati apabila menjejakkan kaki ke pulau ini. Tempat-tempatnya ialah:-

Advertisement

1. Tai O

Dikenali dengan nama “Venice of The East”, Tai O adalah sebuah perkampungan nelayan yang amat popular di Lantau Island. Ia adalah rumah buat penduduk asal yang dikenali sebagai Tanka. Rumah-rumah di Tai O dibina di atas air, menjadikan ia satu daya tarikan yang cukup mempesonakan. Pastikan anda tidak terlepas untuk menerokai pasar ikan yang menyajikan makanan laut segar. Bawa wang yang secukupnya untuk memborong shrimp paste dan juga dried seafood.

2. Kennedy Town

gambar – Google

Sekiranya anda ingin melihat sisi sejarah dan kemodenan Hong Kong, Kennedy Town adalah tempat terbaik. Ia menggabungkan ciri-ciri tradisional dan terkini Hong Kong dengan tarikan seperti pokok banyan yang berusia 100 tahun, kemeriahan street food hawkers, bangunan yang telah berdiri teguh sejak 175 tahun dan banyak lagi. Di Kennedy Town juga terdapat banyak kafe dan butik yang unik yang amat sesuai untuk penggemar kopi dan dessert. Paling penting, jangan lupa untuk bergambar di Wall Tree yang terletak di Wall Street. Confirm dapat banyak LIKE di Facebook dan Instagram.

antara kafe-kafe yang ada di Kennedy Town. Unik kan designnya? – kredit Google

3. Dragon’s Back

Jika anda merupakan seorang yang gemarkan “hiking”, Dragon’s Back adalah tempat untuk melepaskan gian “hiking” anda di Hong Kong. Ia telah dinobatkan sebagai “best urban trail” di Hong Kong. Anda tidak akan rasa penat kerana pemandangan sepanjang mendaki Dragon’s Back akan membuatkan anda terpukau. Pastinya anda akan berasa puas apabila tiba di puncak dan dapat melihat Shek O, Tai Long Wan, Stanley, Tai Tam dan Laut China Selatan.

salah satu pemandangan yang boleh dilihat ketika mendaki Dragon’s Back

4. Tsim Sha Tsui

Clock Tower Tsim Tsa Hui antara tempat menarik yang wajib anda lawati apabila ke Hong Kong – kredit AirAsia

Kowloon Park, Tsim Sha Tsui Ferry Pier, dan Hong Kong Cultural Centre adalah antara tempat-tempat wajib dilawati apabila anda tiba di Tsim Sha Tsui. Di sini juga ada banyak shopping mall yang besar dan popular seperti iSQUARE, Harbour City dan 1881 Heritage. Di waktu malam pula jangan lepaskan peluang melihat kecantikan Hong Kong dengan meluangkan masa di Tsim Sha Tsui Promenade. Confirm anda akan jatuh dengan Hong Kong.

5. Old Town Central

bangunan PMQ yang dibina pada tahun 1951 dan kini menjadi pusat untuk kreativiti anak-anak muda Hong Kong – kredit AirAsia

Di Old Town Central, anda akan melihat sebuah kawasan di mana budaya Timur dan Barat bertemu. Dengan bangunan yang dibina pada zaman koloni British, kedai-kedai yang dihias dengan kreatif tetapi tetap mempamerkan ciri tradisional, restoran bertaraf antarabangsa, Old Town Central menzahirkan kehebatan Hong Kong di mata para pelancong. Anda pasti akan mengkagumi kekreatifan yang ditunjukkan di Old Town Central ini.

Sekiranya anda berasa lapar, terus sahaja ke “Jashan Celebrating Indian Cuisine” yang merupakan sebuah restoran halal di Old Town Central. Hidangan karinya memang cukup popular di kalangan penduduk tempatan dan juga para pelancong. Sekali cuba, pasti nak lagi.

Amacam mesti korang teruja nak pergi Hong Kong kan? Banyak lagi sebenarnya tempat-tempat best, menarik dan wajib lawat di Hong Kong ini. Selain daripada mudah mendapatkan makanan halal, ia juga sesuai dan banyak aktiviti untuk seisi keluarga. Memang one of the best place untuk anda sekeluarga bercuti, menerokai dunia baru dan menenangkan diri daripada kesibukan bekerja.

Sekarang ini AirAsia sedang mengadakan promosi untuk terbang ke Hong Kong dari Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur dengan harga hanya RM149 (all in one way fare). Memang berbaloi-baloi sangat kan? Anda boleh mula menempah dari sekarang untuk penerbangan hari ini sehingga 30 April 2018. Maklumat lanjut layari www.airasia.com. Untuk medalami lebih dalam tentang keunikan Hong Kong, anda boleh lawati www.discoverhongkong.com. Selamat terbang dan selamat menerokai Bandar penuh tarikan ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...