Written by AbangNara | July 27th, 2017

Memiliki premis makanan (tak kiralah restoran ke, kedai mamak ke, kafeteria ke, foodtruck ke) bukanlah satu perkara yang mudah. Setiap hari kita berdoa agar premis kita dikunjungi ramai orang agar perniagaan kita laris, sekaligus boleh mendapat keuntungan.

bess kkm

kalau tetiap hari orang beratur macam nie kat restoran kita memang boleh tarik nafas lega

Khas untuk para peniaga, para pengusaha premis makanan, Abang Nara nak kongsikan 5 teknik mudah agar restoran anda menjadi pilihan ramai. Teknik-tekniknya ialah:-

1. Kena ada sekurang-sekurang satu menu “special”

bess

Dalam banyak-banyak pilihan makanan yang kita tawarkan kepada pengunjung, sekurang-kurangnya kena ada satu menu yang “special” dan sinonim dengan premis makanan kita. Biar sampai tahap bila nama restoran kita disebut, orang akan cakap “ooo yang ada nasi lemak ayam sedap tue ye”. Sampai orang gian dan kembali berulang kali semata-mata nak makan menu “special” itu sebab diorang tahu kat situlah tempat terbaik untuk menikmatinya.

2.Servis kena pantas

bess

Salah satu sebab rakyat Malaysia suka makan di kedai mamak ialah kepantasan servis yang diberi. Jadi premis makanan anda pun kenalah sediakan servis yang laju. Pengunjung duduk je terus datang ambil order. Makanan pulak kalau boleh disiapkan dalam masa 10 minit. Jangan biar mereka tertunggu-tunggu. Habis makan je meja terus dikemas. Laju, pantas dan tuntas.

3. Dapat pengiktirafan BeSS

Bess (Bersih, Selamat dan Sihat) ini adalah satu inisiatif dari Kementerian Kesihatan Malaysia kepada semua pengusaha premis makanan. Apabila anda mendapat pengiktirafan BeSS, ini bermakna makanan yang disediakan untuk pelanggan anda adalah selamat dan sihat. Di bawah ialah logo BeSS yang akan dipaparkan di restoran anda apabila anda berjaya memperolehi pengiktirafan ini.

bess

Mungkin anda tak berapa faham konsep BeSS ini. Tak apa jangan risau. Video di bawah ini akan menerangkan segala-galanya. Sila tonton sekiranya anda seorang pemilik premis makanan dan mahukan premis anda menjadi pilihan ramai. Confirm pelanggan akan tak berhenti-henti datang sebaik sahaja anda mendapat pengiktirafan ini:-

Ada 2 elemen yang akan dinilai iaitu keselamatan makanan dan pemakanan sihat. Untuk elemen keselamatan makanan , perkara yang akan dinilai ialah peralatan serta perkakasan, pengendali makanan (tukang masak la nie), sistem bekalan air, ais & perpaipan, tempat buang sampah/sisa makanan dan banyak lagilah. Memang details sungguh penilaian kebersihan premis yang akan dilakukan.

Bab pemakanan sihat pulak, untuk mendapatkan pengiktirafan BeSS ini, premis kena labelkan kalori pada setiap makanan dan promosikan saiz hidangan yang sihat. Memang sesuai sangat untuk mereka yang sedang berdiet dan menjaga pemakanan. Masuk je kedai ada logo BeSS dah boleh kira jumlah kalori siap-siap. Tak adalah terlebih makan. Air kosong pun wajib dijual. Dan banyak lagi bab-bab kesihatan yang perlu dipatuhi oleh pengusaha premis makanan yang nak dapatkan pengiktirafan BeSS ini. Untuk kita selaku pengguna, memang untunglah sebab semua informasi ada depan mata. Senang sikit nak pantau pemakanan kita.

bess

Teruja kan? Memang kalau ada BeSS, baru Best. Senang je cara nak memohon pengiktirafan BeSS ini, anda hanya perlu ke Pejabat Kesihatan Daerah yang berhampiran. Atau kalau nak lebih mudah, hanya perlu layari laman web www.fsq.moh.gov.my. Semua syarat-syarat ada tertulis di situ. Nasihat Abang Nara, lagi cepat korang dapatkan BeSS, lagi cepatlah premis makanan korang akan meletop-letop dikunjungi ratusan pelanggan setiap hari.

4. Layanan kena mesra
bessPelayan tetamu atau waiter/waitress untuk premis makanan anda adalah sangat penting. Mereka perlu mesra, selalu senyum, banyak bersabar, tangkas, pantas dan cekap. Muka tak boleh masam. Selain itu kalau pelanggan tanya “apa yang sedap sini”, si pelayan kena pandai recommend lauk pauk yang menjadi pilihan ramai. Tak boleh la jawab “sini semua sedap”. Jadi selaku pengusaha premis makanan, anda perlu melatih waiter/waitress anda. Jangan ambil remeh bab ini.

5. Ada personal touch

bessDi kawasan perumah Abang Nara, Restoran Mak Uda memang menjadi pilihan ramai. Selain makanan yang sedap, Abang Nara suka pegi ke sini sebab ada personal touch. Sampai-sampai je dah tau Abang Nara nak order apa. Siap kadang-kadang bagi diskaun lagi. Lepas tue boleh siap boleh duduk berborak sambil buat lawak. Kadangkala terlupa bawak duit pun boleh ambil je dulu tak perlu bayar. Personal touch macam ini memang jarang ditemui. Itulah sebabnya Abang Nara adalah pelanggan setia Restoran Mak Uda.

Abang Nara harap agar 5 teknik ini dapat membantu anda untuk menjadi restoran pilihan ramai, yang penting kena Bersih, Sihat dan Selamat!

TAGS:
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

39 responses to 5 Teknik Mudah Agar Restoran Anda Menjadi Pilihan Ramai

  1. wekkkkkkk says:

    bomohkan kedai org lain, kedai org x nmpk, nampak hitam je, tapi kedai u brsinar bagai bulan purnama, ada org mcm ni tau, hati busuk, hitam bernanh ulat meletis2..

    2

    1
    • minah jambu suka saahara yaakop says:

      yg penting berseh..restoran kalau berseh ramai la orang akan dtang makan..lagi satu mesti sedap berseh inshallah akan maju lah restoran itu..

      0

      0
      • Anonymous says:

        Salah…., restoren kalau sedap, service bagus, harga berpatutan dan selesa mesti dapat sambutan. Tu je 4 perkara.

        0

        0
        • Anonymous says:

          tanda2 restoren pakai bomoh. kotor tapi ramai org. lauk cepat basi, tiada satu pun ayat quran. dicashier ada benda mencurigakan..patung, bunga, kain kuning, beras dll. selepas makan x kenyang. balik rumah mimpi buruk. selang beberapa hari nk pergi lagi…

          0

          0
        • Penulis Novel Erotis says:

          Nak restaurant laku cepat letak pompuan cantik. Kalau boleh pakai hot pants nmpk garisan otot jubur. Baru selera abang2 askar.

          0

          0
        • c says:

          apa kelas pompuan cntik keja kt restoran, byk lgi tmpt yg sesuai keja, kalau stakat SPM..kalau cantik, boleh je boss amek sebagai secretary kerani, receptionist, customer service hotel2 besar…(ini keja kira oklh dri jadi pelayan kedai makan)…bukan hina keja restoran tu, tetapi itu lebih baik.
          Betul x, kalau abg2 nk kenal gn awek kedai mkn, agak2 nyer, nnti kalau nk berjodoh, mesti mak bapak tanya..bakal bini keja ape..
          a.a.a.a ..keja restoran je. Eh muka lawa2 keja restoran je ke bakal bini ko..x ada yg lebih baik ke..
          sbb tu byk makcik2 je dn bujang2 lelaki PMR/SPM je keja restoran skrg ni.
          Dn bukankah lelaki juga memilih akan pasangannyer skrg ini.

          0

          0
    • Anonymous says:

      Mestilah kasi diskaun, tahu ko blogger Kelantan.

      1

      0
  2. Anonymous says:

    sekarng ni nara nk promote mamak, bess atau restoran mak uda..? cuba teka

    0

    0
    • wekkkkkkk says:

      KO SBUT MAK UDA… kedai dia kt bwh opis aku..

      0

      0
      • Anonymous says:

        lepas ni klu komen kau menjengkelkan bolehlah aku cr kau kt mana…

        0

        0
        • wekkkkkkk says:

          carijeh..no hal..hak bersuara msing2…ko ganyang,aku ganyang, aku ttp tagline sama..x tukar..kau kesopanan & kesusilaan , akupun sama..

          0

          0
        • Anonymous says:

          Kerana restoren pun bergaduh. Bodoh nya lah.

          0

          0
      • Anonymous says:

        Promote la Nasi Lemak Pondan. Sedap giler. Asyik promote geng negeri ko jew! Tak brp sedap pun kata sedap. Kenegerian punya pasal. Restoren negeri lain x sedap ke ha???

        0

        0
        • Senah says:

          Nara kalu “disogok” dgn simbol RM..batu dan pun d kata kn sedap kak.

          0

          0
        • wekkkkkkk says:

          kalau nk kata makanan kt restoran melayu yg nara katakan tu, keropok lekor je aku beli dn bawa ke kedai mamak makan roti canai…lagi sedap mamak buat air dari restoran nara kenalkn tu…kuah roti canai pun manis…wekkkkkkk

          kalau kedai mamak terbaik..minuman teh kawin (no sugar) dn kuah roti canai..” pilihlah je yg restoran nasi kandar…walaupun betul ke x kandar dia tu

          0

          0
  3. Anonymous says:

    pakai bomoh senang. laris sokmo.

    0

    1
    • Awas says:

      Syirik memperduakan tuhan. Antara 10 dosa besar yg Allah takkan ampun. Jgn buat main2. Semua amalan x berkat dan x diterima!!!

      0

      0
    • Peringatan says:

      Ya! Bomoh, mak esah dan madrem semua tu termasuk dlm dosa2 besar. Ramai org Melayu ambil mudah bab ni. Tapi hidup kau x akan senang. Senang pun sekejap je tapi azab menunggu korang waktu korang nk mati besok. Tak kira la pelaris ke, santau ke, voodoo ke, susuk ke, penyeri ke…hidup korang xkn aman.

      0

      0
  4. Anonymous says:

    abang nara duduk denai alam ye

    0

    0
  5. wekkkkkkk says:

    mmg btulah, nara promote kedai KELANTAN…restoran mak uda..boleh la, bolehla..bagi 3 ha saja dlm 5 ha.

    1

    0
  6. wekkkkkkk says:

    mcm telur tiruan je..kuning semcm…kuning serbuk kunyit..

    0

    0
  7. hek hek says:

    kedai mak uda sekarang dah mahal gileeeee oiiiii

    1

    0
  8. Berniaga makanan ni yg paling penting bersih n ikhlas..sebab setiap makanan yg dimakan akan jadi darah daging org yg makan =)

    0

    0
  9. bukan species boleh berniaga says:

    paling xsuka datang kedai makan lupa bawak wallet. mmg xmo tuduh tapi kalau dh setiap hari sepuluh org mcm tu ntah bila nak untung. dgn kwn sendiri pon boleh lupa nak bayar hutang, ni kan pulak kedai makan pegi sekali je seminggu xpon sebulan. lagi2 kalau baru je bukak bisnes kedai. bukan xmo buat amal jariah nk halalkan makan minum, tapi customer pun agak2 la dh xbawak duit tu kau pandaila call member pinjam duit

    0

    0
    • Anonymous says:

      Ada erk perangai mcm tu. Sangkak.

      0

      0
      • wekkkkkkk says:

        sbb tu manusia ni x leh dibagi muka sgt, jadi kena buat bayar dulu sebelum mkn..boleh ke..
        last2 x ada jugk org nk dtg, sbb ada yg berkata dlm hti, ingat kita x ada duit ke ni byr, tapi mmg ada jugk buat pragai mcm tu pura2 lupa bwa wallet/purse, sian lak kn pasal makan ni, kalau kita byrkn sesekali, dua kali ada mmber mcm ini x apalah. Tapi ada manusia jugk yg lagi buruk peragai amek kesemptan dri kebaikan org lain, dia tunggu dulu boss2 dtg masuk mkn, diapun menyelit kt tmpt meja boss tu, lepas tu mcm lmb2 nk byr, last2 boss yg byr…1 ke 2 kali boss oklah…lain kali bos pun dh fhm pragai org tu..eh malulh peragai mcm ini.

        0

        0
  10. melati says:

    Ni Kalau Neelofa Gampang tu tgk nanti , mula lah dia menipu plak Untung Juta2 …wakakakaaaaaa

    0

    0
  11. melati says:

    Meniaga lah Apa pun , yg Penting jgn ada Neelofa Terbabit….., entah lah Neelofa ni ..Baka apa entah lah Neelofa ada semua org tGk Neelofa mesti org Benci mcm nk Ludah jew kt Muka Neelofa ni…..hmmmm

    0

    0
  12. melati says:

    Mak Becok jgn lah nyamar , aku kenal siapa ko….Hutang bila nk Bayaq???

    0

    0
  13. Anonymous says:

    Nmpk sangat berbayor nk up kan restoren ni. Padahal byk gerai2 Siam Kelantan sedap2 kt belakang bangunan Umno la jln tunku abdul rahman.

    0

    1
  14. Anonymous says:

    Menyemak la iklan2 x berkaitan ni.

    0

    0
  15. kakcah says:

    tapi kedai mak uda tu…manis lah masakan dia…pulut ikan dia sedap la jugak

    0

    0
  16. Anonymous says:

    Dalam gambar nampak menarik..tapi mak uda selera timur tu..taklah bersih sngt.pegilah toiletnya.banyak lalat.tak bersih.pernah kawan makan ikan siap ada telur lalat lg.Pelayan yg kira pun mahal.kalau kira ngan mak uda murah la pulak.Dulu hampir setiap kali lunch kt situ..tengokla skg dah tak ramai mcm dulu lg..sbb mahal.kuah roti canainya manis sngt.

    0

    0

Leave a Comment

Optional