Written by Bella | June 14th, 2016

Hidup sebagai banduan didalam penjara bukanlah satu perkara yang mudah untuk dihadapi oleh vokalis kumpulan Spring iaitu Ameng Spring. Kini, setelah lima tahun dipenjarakan, beliau khabarnya bakal dibebaskan daripada Penjara Kluang.

Ada desas-desus mengatakan Ameng bakal dibebaskan hari ini tetapi tiada siapa yang tahu kesahihan tarikh pembebasannya itu.

Isterinya Sabariah Zakaria pula berkata beliau tidak pernah mahu merahsiakan tarikh pembebasan suaminya cuma mahu Ameng tenang dan rehat bersama keluarga.

Sabariah pada masa yang sama berharap suaminya diberi peluang oleh masyarakat untuk terus membina keyakinan dirinya.

Berilah Ameng peluang untuk bertenang dan mengembalikan kekuatan dan keyakinan dirinya sehari dua ini.

Abang Ameng akan bebas, tapi saya tidak mengesahkan pada mana-mana pihak yang beliau akan dibebaskan esok.

Ameng dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka pada 12 April 2011 kerana kesalahan penyalahgunaan dadah. Hukuman itu bagaimanapun dipendekkan berikutan kelakuan dan disiplin cemerlang yang ditunjukkannya.

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

15 responses to 5 Tahun Dipenjara Kerana Kes Dadah : Ameng Spring Bakal Dibebaskan

  1. melati says:

    Alhamdullilah..!! ader yg 10 lagi trok dari Aming , tapi nasib mereka jew baik kat luar sini..!!!

    0

    0
    • hit says:

      semoga ameng menjadi insan berguna selepas ini. saya minat ameng dulu. mudahan dia kembali ke jalan yang betul.love u ameng.

      0

      0
  2. nok gebuzzz says:

    semoga lepas ni ameng terus insaf…move on dgn kehidupan yg baru,ingatkan lah anak, isteri dan Allah..

    0

    0
  3. Cik Fie says:

    Syukur Alhamdulillah…Peminat setia Ameng..dulu, Kini, Selamanya:)

    0

    0
  4. huh says:

    “nok gebuzzz” & “Cik Fie”..
    sokong..

    kepada ameng…kuatkan semangat. you can. buang jauh2 smua yg tdak berkenaan. past is past…smua org melakukn kesilapan & kesalahan, cuma bgaimana cara utk kita mngatasinya…itu persoalannya.
    peranan keluarga sgt penting. yg paling utama ingat Allah SWT.
    Bulan mulia…awak diberikn hadiah yg paling bermakna…berpeluang menikmati Ramadhan dan raya bersama kluarga. jgn sia2 peluang yg ada ini.
    jadikn pengajaran,..sempadan & panduan hidup

    0

    0
  5. Punnifer says:

    Tabik spring kat isteri Ameng, Puan Sabariah Zakaria yang setia & tabah ni.
    [no pun intended =) hehe ]

    0

    0
  6. anak nogori says:

    syg kebanyakan penyanyi yg terlibat dgn dadah ni, suara semua best… saleem, mamat, ameng, jamal abdillah…. tabahkan hatimu ameng

    0

    0
  7. aku says:

    xpe bang..next year dh bole masuk gegar vaganza da.. :P

    0

    0
  8. X says:

    Syukur…apa2 pun bayar bill air yg tertunggak dulu.boh!

    0

    0
  9. Me says:

    10 sebatan??! Ya Allah.. Syukurlah semua dh lepas. Dri raut wajah nmpak sgt ameng mmg sdh berubah.insyaalah. Berilah dia peluang. Semua org jg melakukan kesilapan.pasti mlakukan ksalahan.. Harap mamat jg akan berubah.. Amin

    0

    0
  10. Brim esok says:

    10 sebatan???!!! Tdk dpt d gmbarkan dgn kata2

    0

    0
  11. damai says:

    Kdg pelik org yg keluar penjara pasal dadah, selalu bdn berisi, kat dlm dpt mkn best2 ker.

    0

    0
  12. adudu says:

    isterinya sangat setia dan kuat! :’)

    0

    0
  13. Anonymous says:

    isterinya yang sangat tabah & setia…semua yang berlaku ada hikmanya..mungkin dia jauh lebih baik dari kita semua…sy ada dengar dia da khatam Quran 100x sepanjang berada di penjara….hebat….& dia dah cipta 20/50 lagu sepanjang berada dipenjara….x pasti mana yang betul 50 or 20 buah lagu

    0

    0