5 Sebab Anda Wajib Menonton Filem Gamatisme

Hiburan

5 Sebab Anda Wajib Menonton Filem Gamatisme

Filem Gamatisme sudah pun mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula semalam. Di kala musim cuti sekolah yang bakal menjengah minggu hadapan, apa kata ramai-ramai kita sokong filem tempatan dengan pergi menonton Gamatisme. Ini ada 5 sebab kenapa anda harus menonton filem ini.

1. Poster filem pun dah seram!!!

Advertisement

gamatismeGamatisme merupakan sebuah filem psiko seram. Melihat posternya pun dah rasa bulu roma naik. Tue belum pergi tengok lagi tue.

2. Tengok trailer pun dah pejam mata

Abang Nara akui diri ini seorang yang penakut. Tapi tak adalah sampai cuak pejam mata bila tengok trailer filem. Namun trailer Gamatisme ini telah berjaya membuatkan Abang Nara memejamkan mata ini. Cis!!!

3. Ada Syazwan Zulkiflygamatisme

Syazwan Zulkifly adalah antara jejaka terhangat di Malaysia sekarang ini lebih-lebih lagi selepas drama Hati Perempuan. Muka tak lah hensem sangat, tapi lakonan power beb!!! Kalau sebelum ini romantik tak ingat, korang kena pergi tengok sisi psiko Syazwan dalam Gamatisme.

4. Ada Nabila Hudagamatisme

Kehebatan lakonan Nabila Huda tak perlu diperkatakan lagi. Bagi je apa watak sekali pun, confirm menjadi punya. Dalam Gamatisme Nabila membawa watak Zara yang selalu diganggu mimpi-mimpi aneh. Siapakah Zara sebenarnya? Jeng, jeng, jeng.

5. Tagline ‘apabila dikejar dosa, dunianya menjadi kacau’

Dosa. Siapa yang nak buat dosa kan? Semua nak buat benda baik dan dapat pahala banyak-banyak. Tapi tagline Gamatisme ini mengundang seribu persoalan. Ada ke manusia yang kejar buat dosa? Apa akan jadi kalau buat dosa banyak sangat? Semuanya hanya akan korang tahu bila menonton filem ini.

BONUS: Lagu soundtrack Gamatisme iaitu Naluri pun sedap bangat

Jadi tunggu apa lagi? Jom ramai-ramai kita serbu panggung wayang dan tonton filem Gamatisme. Confirm terhibur dan berbaloi-baloi. Maklumat lanjut di Facebook PencilPicturesRecords.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...