Written by AbangNara | May 18th, 2016

Abang Nara ada kenal beberapa orang yang amat menggilai ikan patin. Seminggu sekali kalau tak dapat makan, memang menggigil satu badan dibuatnya. Namun bukanlah mudah untuk mencari restoran yang betul-betul pandai memasak dan menyediakan ikan patin. Kalau silap cara, memang tak sedap. Baru-baru ini Abang Nara dan seisi keluarga telah menerjah Restoran Temerloh Catering di Wangsa Walk yang cukup terkenal dengan kelazatan, keenakan dan kesedapan ikan patinnya.

patin

posing sikit depan pintu gerbang

Cerita banyak tak guna, seisi keluarga kami telah meratah dan menikmati ikan patin serta lauk pauk yang lain dengan begitu lahapnya di Restoran Temerloh Catering ini. Meh sini Abang Nara kongsikan 5 sebab anda perlu cuba ikan patin di restoran ini. Confirm berbaloi-baloi punya.

1. Memang pakar dalam masakan ikan patin

Ikan patin ini bukannya boleh dimasak begitu sahaja untuk jadi sedap. Ia bermula daripada proses membesarkan ikan patin tersebut. Ada teknik nak bagi makan, teknik nak jaga ikan dalam sangkar, teknik nak pilih ikan untuk dibawa ke dapur dan macam-macam lagi. Ikan patin ada macam-macam jenis. Namun yang digunakan di Restoran Temerloh Catering ini adalah antara yang terbaik dengan harga yang cukup berpatutan. Rasanya? Pergh!!! Pakcik Abang Nara tambah sampai 3 kali. Sedap sampai kuah-kuahnya pun dihirup.

patin

nie baru first round nie

2. Pelbagai lauk pauk selain ikan patin

Tak suka makan ikan patin (rugilah wei!!) ? Tak apa. Tak perlu risau. Di Restoran Temerloh Catering ini, pelbagai macam jenis lauk pauk lain disediakan. Ada ayam kampung, telur masin, ikan talapia goreng, sambal goreng dan macam-macam lagilah. Sebut je mesti ada. Semuanya pun sedap-sedap belaka. Cuma satu nasihat Abang Nara, kalau nak datang makan tengah hari, sila datang awal. Takut orang lain dah makan sampai habis. Melepas nanti.

ikan patin

nie baru sikit nie

3. Ada di Wangsa Walk, Shah Alam dan Bangi

Tak perlu risau kalau korang duduk jauh di belah-belah Putrajaya atau Klang. Bukan sahaja ada di Wangsa Walk, Restoran Temerloh Catering ini turut mempunyai cawangannya di Shah Alam dan Bangi. Menurut empunya restoran, sambutan di Shah Alam dan Bangi lagi kaw-kaw punya. Senang je nak cari restoran nie. Sigboard diorang semua sama. Tapi takper, meh Abang Nara kongsikan alamat untuk memudahkan lagi korang. Alamat penuh kat Wangsa Walk ialah 35-G, Kedai D’Wangsa, Jalan Wangsa Delima 12, Wangsa Maju.

patin

36, Jalan 8/5, Seksyen 8, Bangi

patin

2, Jalan Pahat J 15/J, Seksyen 15, 40000 Shah Alam

4. Ikan patin, ikan patin dan ikan patin

Kalau dah femes dengan ikan patin, takkan kita nak cerita sekali je kan pasal ikan patin Restoran Temerloh Catering nie? Memang sedap beb. Abang Nara yang first time try pun terus jatuh cinta. Tak ada bau langsung. Tip top sangat-sangat. Ushar sikit gambar-gambar yang bakal membuatkan air liur anda meleleh.

patin

ikan patin

patin

ikan patin lagiiii

patin

tukang masak ikan patin. Eh!!!??

5. Tempat makan yang luas dan selesa

patin

feeling je nenek Abang Nara makan

Kalau korang nak datang satu family ke, 2 family ke, jangan risau sebab Restoran Temerloh Catering ini memang luas dan selesa. Family Abang Nara hari tue datang hampir 30 orang. Semua orang dapat duduk dengan tenang menikmati kelazatan ikan patin. Tak perlu nak risau tak cukup tempat duduk (tapi perlu diingatkan kalau time tengah hari tue kena datang cepat). Kalau nak lagi selamat, boleh buat tempahan terlebih dahulu dengan menelefon nombor di bawah.

patin

Dah meleleh dah air liur tue kan? Tunggu apa lagi? Serbu hari ini juga Restoran Temerloh Catering di Wangsa Walk, Shah Alam atau Bangi. Abang Nara berani jamin korang akan puas hati. Selamat meratah ikan patin!!!

18 responses to 5 Sebab Anda Perlu Mencuba Ikan Patin Di Restoran Temerloh Catering Patiniers

  1. Anonymous says:

    TERBAIK!!!

    0

    0
  2. KUPU-KUPU says:

    FUHHH.. MELELEH AIR LIURRRR..

    0

    0
    • Anonymous says:

      Saya mintak maaf kepada Tuan punya restaurant bukan niat saya nak merosakkan business anda. Tapi saya takut makan ikan patin dari PAHANG DARUL BOKSIT. Air laut dan air sungai nya dah tercemar dengan boksit,

      0

      0
  3. ibrahimi says:

    sumpah wallah memang sedak

    0

    0
  4. peah patin says:

    memang sedapp….seminggu sekali mesti g makan sini..biaq p la mahai sikit..jnj puas ati….

    0

    0
  5. orang miskin says:

    ni kedai makan org umno yg kaya raya …haramjadah talapia goreng sampai 10rggit,,gila kapak !!! melayu kaya sembelih melayu miskin….makan pasir rakyat msia sikit hari!

    0

    0
  6. Pok teh says:

    Tempat ni mmg sedap tak payah buat promo pun aku tetap jadi pelanggan tetap pat sini

    0

    0
  7. Angel Heaven says:

    Euukkkkhhhhhhhh…. Cair nyer kuah!!!

    0

    0
  8. Anonymous says:

    Koi org phg,siyes biasa je patin nyee,xkena tekak

    0

    0
  9. jay says:

    Abang Nara tak try ABC femes dia. Pergh meletus letus pekena dengan ikan patin. Ikan segar, masakan sedap, kuah dia agak pekat sebenarnya, selalu saya hirup sampai licin, tangkap meleleh berpatutan dengan harga. Saya belum pernah ke cawangan shah alam tapi rasa konsisten sahaja di cawangan wangsa walk n bangi. Hampir tiap minggu kene pergi kalau tak mengidam.

    0

    0
  10. X says:

    Takpelah. makan je kat rest.sri ttdi.murah dan sedap.tak perlulah berpatin2.mahai sngt.sekarang kena banyak berjimat cermat.

    0

    0
  11. zupzapzupzap says:

    Prnh tinggal ditemerloh dulu…sejak itulah belajar makan masak tempoyak ikan patin dan baung..umbut kelapa masak lemak berkerisik..semua sedap2 sehingga menjilat jari

    0

    0
  12. huh says:

    Betul tu kata “X”…di restoran TTDI SHAH ALAM memang terbaik.

    ok harap selepas ni nara dpt cari restoran yg lain best.
    pada sya jgn nilai drpd pndapat seseorg..citarasa org berbeza.

    sya x nafikan memang yg tengok pic dh rasa terliurkan…tpi cuba rasa sndri.
    kuahnya cairkan,..yg penting tempoyak itu sndri yg memainkn peranan. kalau letak ‘pes’ tempoyak memang x menjadi..ada tempoyak yg dicampur dgn pisang.
    tempoyak bnyak pun x sedap nanti kuah tu rasa masam sgt.

    kalau tempoyak yg betul2 bagus bila masak kuah tu xkn masam sgt,..kuah akan pekat…masakkn pasti sedap.
    lepas ni ..nara kena tahu restoran mana yg paling best. mungkin itu selera nara agaknya.

    0

    0
  13. koi org temerloh says:

    Selaku ank jati temerloh dn peminat tegar patin, bila tgok kuah cair gitu mmg x makan koi..kuah mesti pekat+pedas+tempoyak terapung+daun kesum berselirat..baru terangkat makan..

    0

    0
    • ODFN says:

      kome org jerantut.. tau xpe, kalau cair mcm gitu kome pandang aje la, hanyir ikan pon xley ilang

      0

      0
  14. huh says:

    ni jenis masakkn tempoyak bandar..kureng kaww..
    cuba jenis kampung…pherggg..terangkat…
    betoi tu “koi org temerloh”…

    lidah nara lidah org bandar..jauh rasanya..

    0

    0
  15. XYZ says:

    Camnie Nara dah mengigil tak dapat makan.apa punya tekak.semua sebat ke.asal free kau puji ke?Kuah cair je,jernih je.tak pekat tak kaw nara oii.tekak ikut ikutan…

    0

    0