Written by AbangNara | March 29th, 2016

Ketika belajar di Korea dulu, Abang Nara memang menyimpan niat untuk pergi melancong ke Tokyo. Namun atas kesuntukan masa dan kekurangan wang, niat suci murni itu gagal direalisasikan. Sedih memang sedih, tetapi hasrat untuk melihat keindahan bandar Tokyo tidak pernah padam. Ia sentiasa tersemat di lubuk hati yang paling dalam.

 photo 1.png

alangkah romantisnya sekiranya dapat melihat pemandangan malam Tokyo sebegini bersama isteri tercinta

Niat Abang Nara untuk melancong ke Tokyo kembali membara selepas berlangsungnya Matta Fair di PWTC pada hujung minggu lalu. Walaupun Abang Nara tak dapat hadir kerana ada majlis perkahwinan adik tercinta, kawan Abang Nara berjaya menceritakan kemeriahan Matta Fair dengan begitu terperinci sekali. Dengan ratusan tawaran pakej pelancongan dan tiket kapal terbang, ribuan pengunjung telah membanjiri Matta Fair. Antara ruang yang telah mencuri perhatian para pengunjung ialah negara matahari terbit, Jepun.

 photo 2.png

nasib baik tak ada awek pakai baju Sailormoon, kalau tak confirm lagi ramai

Jepun ini memang terlalu banyak tempat untuk dilawati. Namun kalau tak pergi ke Tokyo, maka tak lengkaplah lawatan anda ke negara Jepun. Selepas menghadiri Matta Fair tersebut, kawan Abang Nara berjaya rumuskan 5 sebab kita perlu melawat Tokyo tahun ini juga.

1. Penduduknya yang teramatlah sopan santun

Yang ini rasanya tidak perlu diperkatakan lagi. Satu dunia tahu betapa sopan santunnya rakyat Jepun termasuklah penduduk Tokyo. Kalau terlanggar bahu kita, siap tunduk-tunduk minta maaf. Kalau kita tanya jalan ke tempat tertentu, confirm akan dipastikan kita sampai ke tempat itu. Kadar jenayah pun antara yang terendah di dunia. Abang Nara berani jamin anda akan rasa selesa dan selamat di Tokyo.

 photo 3.png

sedang sibuk memberikan penerangan tentang ke’best’an Tokyo kepada para hadirin

2. Makanan halal amat mudah didapati

Selaku orang Islam, sudah pasti kita mahu memastikan makanan yang masuk ke dalam perut kita adalah halal. Walaupun bukan negara Islam, amat mudah untuk memperolehi makanan halal di Tokyo. Siap ada applikasi smartphone untuk memudahkan kita mencari restoran halal di Tokyo. Jadi tak perlu risau kelaparan di Tokyo.

 photo 4.png

3. Sistem pengangkutan yang teramatlah efisien

Tahap kecekapan sistem pengangkutan Tokyo sudah terkenal seantero dunia. Kalau train dijangka datang 10.30 pagi, memang pukul 10.30 pagi akan sampai train tersebut. Bukan 10.31, bukan 10.32 atau ataupun 10.29. Memang sharp on time. Ini memudahkan kita selaku pelancong untuk merancang perjalanan. Lagi best, kesemua tempat-tempat pelancongan, bandar-bandar wajib lawat dan yang sewaktu dengannya boleh dilawati dengan menggunakan train.

 photo train.jpg

4. Bandar Shibuya yang happening sampai pukul 3 pagi

Kalau dah ke Tokyo, tak lengkap rasanya kalau tak singgah ke Shibuya. Inilah antara tempat paling happening untuk melihat budaya terkini, shoppping sakan dan melihat kemodenan Tokyo. Shibuya dibuka setiap hari sampai jam 3 pagi. Jadi boleh lepak sampai lebam. Sekiranya anda seorang wanita, Abang Nara jamin anda mesti suka Shibuya. Jangan sampai rambang mata dan tak nak balik sudahla.

 photo 5.png

5. Tokyo Disneyland

Tak perlulah Abang Nara ceritakan lagi keseronokan Tokyo Disneyland yang merupakan antara Disneyland terbesar di dunia. Bukan budak-budak je yang akan suka, mak bapak budak pun tidak dapat mengawal diri sebaik sahaja masuk ke taman tema ini. Daripada tips yang diberikan, dicadangkan agar jangan pergi ke Tokyo Disneyland di hujung minggu. Kalau tak habis masa beratur je.

 photo 6.png

blogger Cik Epal berkongsi pengalaman bercuti di Tokyo Disneyland

Amcam teruja tak nak pergi Tokyo? Abang Nara terasa nak book tiket pergi sana hari ini juga. Untuk lebih memudahkan dan menyenangkan anda, Abang Nara nasihatkan anda ambil pakej percutian ke Tokyo bersama mana-mana agen pelancongan. Mereka pasti pakar bab-bab Tokyo ini. Biasanya, dengan menggunakan agen pelancongan, anda memang tak perlu risau tentang tiket, tempat tinggal, makanan, tempat nak gi lawat, tukang translate dan sebagainya, semua setel. Syok kan?

 photo 7.png

Untuk maklumat lanjut, layari GoTokyo.org. Arigato gozaimas!!!

TAGS:
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

10 responses to 5 Sebab Anda Perlu Melawat Tokyo Tahun Ini

  1. watashiwa sa desu says:

    Ada ustaz cakap, negara jepun ni kan kalau negara islam, jepun akan jadi negara islam no 1 contoh negara islam terbaik di dunia.

    Tengoklah dari segi masyarat nya… Mempunyai disiplin yg tggi. Akhlak juga bagus. Erm teringin jugak aku nk gi sana, sejak kecik lagi. Especially waktu musim luruh. Memang daebaikkkk…

    0

    0
    • Nurul says:

      Setuju. Saya baru saja berpeluang pergi ke Jepun awal bulan ni. Pergi tanpa ada apa2 expectation. Tapi sampai je sana saya sangat sangat sangat kagum dengan kebersihannya, didiplin dan kesopanan masyarakatnya, bayangkanlah pemandu bas akan mengucapkan terima kasih kepada setiap penumpang yang turun dari bas without fail. Kalau ada 50 orang, 50 kali lah dia cakap terima kasih. Korang semua kalau ada kesempatan pergi lah melawat Jepun, banyak nilai2 murni yang boleh kita belajar dan terapkan dalam diri.

      0

      0
  2. mukmin says:

    X da rezeki juga. ada member belajar sana, dia ajak p lawat, tp tu la, x da masa. erm..

    0

    0
  3. Really??? says:

    Saya nak share pengalaman saya pergi jepun…
    Bersih sungguh. Walaupun susah nak jumpa tong sampah, orang dia tak buang sampah merata rata. Kalau tanya arah…diaorang sanggup tunjukkan jalan…diaorang keluar kejap dari kedai, or diaorang jalan sama kita… tunjuk arah bahasa isyarat je… Makanan agak mahal di Tokyo. Outside Tokyo more reasonable. Tu masa currency OK. Sekarang ni lagi lah terasa mahalnya.
    Saya pernah naik train Metro jepun masa waktu pejabat…ialah nak gi office…waktu office hour 8am. Mak aiihh…berhempit, sempit padat. Melekat badan saya kat pintu train. Bila train tu berhenti….semua tertolak badan kedepan. TAPI tak ada pun bising bising or kecoh kecoh badan diaorang terhimpit. Sebab takde siapa yang ambil kesempatan. Semua faham yang train tu penuh. Semua nak gi kerja. Sorang pun tak mengeluh. Mengeluh dalam hati je kot…hahahaha
    Nak tukar train interchange pun jalan punyalah jauh…. saya ada jumpa sorang budak teenage jepun…pegang handphone setting stopwatch counter, nak ukur masa berapa lama dia ambil masa untuk pergi from point A to point B.
    Dalam office jepun bangunan kecik je….tapi sebab alamat office tu penting. PRIME location. Sewa mahal gila. Masuk tandas office, bukak je pintu tandas – toilet seat terangkat automatically. Flush pun automatic….hahaha…Look mama, no hands !!!

    Oh ya saya sempat pergi Tokyo Disneyland… ..Disneyland tu best…tapi overall tak berapa bestlah sebab disneyland tu semua dalam bahasa jepun…. memang diaorang buat khas untuk orang jepun.
    Oh ya…saya perasan di Tokyo… bukan perempuan je berhias muka….jantan jantan diaorang generasi muda ni pun bercukur kening jugak….kasi nampak lebih ganteng…hahahaha…trend terkini diaorang ….hmmm 3-5 tahun lagi trend tu datang Malaysia lah pulak… jantan trim kening….mark my word!!!!
    Banyak lagi nak cerita…. tapi siapa yang pernah study jepun sure lebih banyak cerita yang menarik… saya cuma nak share cerita sikit je.

    0

    0
  4. intan says:

    sya bru blk dari Tokyo last week…mmg best, rasa cm nk pegi lg….mkanan halal mmg ada tp kena usaha cari…ada 1 restoran halal yg di usahakan oleh pasangan suami isteri mualaf di Shinjuku, ramen dia sedap sgt….klu nk g Disneyland dia pastikan jgn pegi weekend atau time pulic holiday diaorg…alamat nya masak nk kena beratur…mau 3 4 jam kena Q…rakyat jepon mmg penuh ngn disiplin tp klu bab tmpt duduk dlm train, ank ko tengah nangis lenguh kaki berdiri pon diaorg x peduli…org tua pon, diaorg x kasi tmpt duduk walaupon org tu org jepon sendiri…bg aku la, klu bab dlm train mentaliti diorg sma je cm org malaysia…..tp bab lain mmg veryyy guddd…..

    0

    0
  5. mendouza hangat says:

    dgr2 kawan cakap Japan x terima duit malaysia skrg….xtahu knp..hurm

    0

    0
  6. ku says:

    maaf..

    memang tidak salah..
    sedihkan..tdak dpt pergi ke tempat seperti tokyo tu..
    namun sya paling sedih dan paling rindu..kerana belum jejak kaki saya ke tanah suci..

    0

    0
  7. Anonymous says:

    Tak perlu nak sedih….

    Tanah Suci seronok lain…itu tempat seronok buat beribadah … insyaallah kalau kita menyimpan duit dalam tabung haji DAN YANG PALING PENTING DAFTAR HAJI AWAL. (Simpan duit je bukan automatik dapat gi haji awal). Bila duit dah cukup, giliran kita akan tiba insyallah…

    Kalau ada duit terlebih…gi buat umrah…. kalau ada lebih duit lagi…. pergi jalan jalan muka bumi allah ni….

    0

    0
  8. Arsenal says:

    Jepun x beszla awek smua x cntik awek korea lg cun body pn mntap cba tgok klu artis korea bogel dlm filem fuhhh mantap siot

    0

    0