5 Persediaan Yang Abang Nara Lakukan Untuk Percutian Ke Korea Tahun Hadapan

Hiburan

5 Persediaan Yang Abang Nara Lakukan Untuk Percutian Ke Korea Tahun Hadapan

Tahun depan, sekitar bulan Mac, Abang Nara akan bercuti ke Korea. Excited sangat diri ini. Rindu rasanya nak melihat bandar Seoul yang telah lama tidak dilawati. Kalau tak silap, dah hampir 3 tahun Abang Nara tak jejakkan kaki ke Korea. Mesti dah banyak perubahan.

 photo 1_11.jpg

last pergi Korea ketika trip bersama Samsung

Percutian tahun hadapan Abang Nara akan bawa bersama isteri dan 3 orang anak. Jadi sedikit sebanyak dah kena mula buat persiapan. Kalau pergi sorang-sorang memang boleh main redah je. Tapi kalau bawa anak bini ini, kenalah ada preparation sikit. Keselesaan itu penting untuk mereka. Antara persediaan yang Abang Nara sedang lakukan ialah:-

Advertisement

1. Tempah kenderaan bila sampai ke airport untuk ke hotel/guesthouse

Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Korea akan mengambil masa 6 jam. Abang Nara pasti isteri dan anak-anak akan kepenatan sebaik sahaja landing di Incheon International Airport. Untuk tidak menambahkan kepenatan mereka, Abang Nara akan menempah sebuah van untuk terus pickup kami di airport dan bawa terus ke hotel/guesthouse. Jadi tak perlulah memenatkan diri nak naik bus, tahan teksi dan sebagainya. Abang Nara gunakan laman web www.travelrecommends.com untuk segala proses penempahan “airport transfer ini”. Kalau anda nak tahu, harga airport transfer dari Incheon Airport ke Sinsa Dong, itulah lokasi Abang Nara akan kunjungi tahun hadapan! Fuh, memang tak sabar!

 photo 2_11.jpg

Cuma perlu masukkan tarikh, tempat yang ingin dituju dan jumlah penumpang dan TravelRecommends akan uruskan segalanya. Insya Allah nanti masa nak balik pun Abang Nara akan gunakan perkhidmatan ini juga. Tak payah susah-susah nak cakap Korea dengan pakcik-pakcik teksi di airport. Senang sangat book “airport transfer” menerusi www.travelrecommends.com ini kerana ia available untuk lebih 100 airport di seluruh dunia.

2. Booking hotel/guesthouse

Apabila travel dengan family, Abang Nara akan keluarkan belanja lebih sedikit untuk penginapan. Iyerlah, nak pastikan mereka semua selesa. Seharian penat berjalan mestilah nak tidur di atas katil yang empuk kan? Tapi taknaklah harga yang mahal sangat. Jadi Abang Nara dah buat keputusan untuk menempah guesthouse FNSquared yang diuruskan oleh orang Malaysia sendiri.

 photo 3_12.jpg

Lokasi FNSquared ini pun memang cantik sangat-sangat sebab terletak di Apguejong, berdekatan dengan kota metropolitan Gangnam. Harganya pun amat bersesuaian dengan bajet Abang Nara. Paling best, ada disediakan nasi lemak untuk sarapan pagi. Sebelum gi jalan-jalan bolehlah makan sebungkus dua untuk kekal aktif bertenaga. Maklumat lanjut boleh ushar Official Facebook Page mereka.

3. Sewa Travel WiFi untuk data Internet tanpa had

Kalau dah namanya pergi melancong, tak sahlah kalau tak kongsikan pengalaman, gambar-gambar cun melecun dan moment indah di Facebook dan juga Instagram. Abang Nara kalau boleh nak upload gambar ke Facebook ketika gambar itu ditangkap. Tak syoklah kalau kena tunggu habis berjalan satu hari dan balik guesthouse untuk connect to wifi kemudian upload gambar. Orang kata dah basi dah gambar tue. Sebab itulah Abang Nara akan sewa Travel WiFi dari Travel Recommends untuk data Internet tanpa had sepanjang berada di Korea kelak.

WhatsApp Image 2016-11-14 at 08.53.26

Abang Nara ada baca review Travel Wifi ini dari Marina Mahathir yang telah menggunakannya ketika bercuti ke Jepun. Amboi syok betul beliau upload gambar, tengok maps, update blog, main Facebook, Instagram dan macam-macam lagi tanpa perlu risaukan bil telefon naik melambung. Travel WiFi dari Travel Recommends ini boleh disewa dengan harga serendah RM13 sehari. Rate paling rendah ialah RM9 sehari untuk Travel WiFi ke Singapura. Satu je dah cukup untuk digunakan oleh sehingga 5 device. iPad boleh, iPhone boleh, Samsung boleh, semuanya boleh.

WhatsApp Image 2016-11-14 at 09.33.18

Travel WiFi ini bendanya kecil aje dan boleh dimuat ke dalam poket sekaligus memudahkan untuk dibawa ke mana-mana. Bersiap sedialah korang untuk tengok Abang Nara upload puluhan gambar ketika berjalan ke Nami Island, Myeong Deong, Dongdaemun dan Seoul Tower. Selain itu Abang Nara akan gunakan Internet yang ada untuk memudahkan pencarian restoran halal di Korea. Unlimited internet la katakan. Terbaik sangat-sangat.

 photo 4_9.jpg

Abang Nara dah buat tempahan Travel WiFi ini di www.travelrecommends.com dan akan pickup pada hari berlepas nanti di KLIA2. Korang juga boleh pickup Travel WiFi ini di KLIA dan juga Penang airport. Jangan risau sebab booth diorang open 24 hours. So pukul 5 pagi pergi untuk pickup pun tak apa. Selain Korea, antara negara-negara lain yang boleh kita gunakan travel Wifi ini ialah Taiwan, Hong Kong, Singapura, Europe dan juga Australia. Harga paling murah ialah RM9/sehari untuk travel ke Singapura. Kalau ke Korea, cuma RM13/sehari sahaja. Berbaloi-baloi sangat. Untuk korang yang kaki Internet dan suka share detik-detik indah ketika melancong, memang sesuai sangat sewa travel WiFi ini. Maklumat lanjut boleh baca di sini.

4. Beli tiket ke attraction places di Korea

Antara tempat-tempat yang ada di dalam list Abang Nara untuk dilawat kali ini ialah Everland, Lotte World dan juga N Seoul Tower. Abang Nara dah beli dah kesemua tiket masuk untuk ketiga-tiga tempat ini di www.travelrecommends.com. Bukannya Abang Nara tak pandai nak beli ketika berada di Korea, tetapi harga yang ditawarkan oleh TravelRecommends jauh lebih murah dan paling penting, tak payah nak beratur panjang-panjang kat kaunter tiket untuk buat pembelian. . Selagi boleh jimat apa salahnya kan? Penjimatan yang dilakukan bolehlah Abang Nara guna untuk beli cenderahati untuk mak ayah nanti. Tak gitu?

 photo 5_5.jpg

Nasihat Abang Nara, kalau korang nak pergi melancong ke luar negara dan ingin melawat tempat-tempat yang kena bayar, silalah periksa dulu sama ada TravelRecommeds ada menjual tiket di laman web mereka. Bukan untuk Korea je, turut disediakan ialah tiket attractions untuk negara seperti Singapura, Hong Kong, Australia dan Taiwan. Harga yang diorang offer memang the best price. Beli kat kaunter pun tak akan dapat semurah ini. Lagi satu bila dah beli tiket, nak tak nak korang kena pergi jugak tempat tue supaya tak rugi. So semangat tue akan berkobar-kobar lain macam sikit. Kan? Maklumat lanjut boleh baca di sini.

5. Beli baju sejuk untuk anak-anak dan isteri

Selama 7 tahun belajar di Korea, cuaca musim sejuk adalah cuaca yang paling Abang Nara tak suka. Sejuknya sampai ke telinga. Walaupun winter dah nak habis dah bulan 3, tetapi kesejukan itu masih boleh dirasai, lebih-lebih lagi untuk anak-anak kecil dan perempuan. Jadi seminggu dua sebelum berlepas ke Korea, Abang Nara akan pastikan anak-anak dan isteri dapat satu persalinan baju sejuk yang lengkap. Ini penting sebab boleh jatuh sakit dibuatnya apabila tiba-tiba cuaca berubah. Kalau demam dan sakit, tak pasal-pasal kena duduk rumah dan tak boleh berjalan-jalan. Habis segala perancangan. So lebih baik berbelanja lebih sedikit untuk kesihatan anak-anak dan isteri.

 photo 6_1.png

Amcam 5 langkah persediaan Abang Nara untuk melancong ke Korea tahun depan? Korang rasa cukup ke preparation Abang Nara nie? Ke ada lagi yang korang nak tambah? Kalau ada, jangan lupa bagi komen. Kot-kot korang ada tips yang lagi best ke. Siapa tahu kan? Sementara itu, kalau korang nak pergi travel ke luar negara, pastikan check out laman web www.travelrecommends.com untuk pelbagai perkhidmatan yang super duper awesome terutama travel WiFi dengan internet tanpa had.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...