5 Perkara Di Malaysia Yang Menyebabkan Abang Nara Selalu Stress

Hiburan

5 Perkara Di Malaysia Yang Menyebabkan Abang Nara Selalu Stress

Malaysia adalah sebuah negara yang aman, makmur dan sejahtera. Abang Nara bersyukur dilahirkan di Malaysia. Makanan banyak yang sedap, tempat percutian banyak best-best, awek ramai yang cun melecun, rakyat yang sangat peramah serta mesra dan macam-macam lagilah ke”best”an Malaysia yang tidak ada di negara lain.

digi jomprepaid

salah seorang awek cun yang berjaya Abang Nara ngorat dan jadikan bini. Hehehe.

Namun ada juga beberapa perkara di Malaysia ini yang seringkali membuatkan Abang Nara stress. Memang naik geram bila perkara-perkara ini terjadi di depan mata. Biasalah mana ada negara yang sempurna kan? Antara perkara-perkara itu ialah:-

Advertisement

Meja makan yang berterabur umpama dilanda garuda

digi jominternet

Bayangkan bila anda masuk KFC, order “snack plate” dan nak pergi duduk di meja untuk menjamu selera, tup-tup meja tersebut bersepah macam kat atas nie. Tak ke stress? Jarang Abang Nara jumpa rakyat Malaysia yang mengemas meja selepas makan di restoran “fast food”. Lepas kenyang makan terus chow. Tak ada sekelumit pun rasa di hati nak angkut tray sisa makanan ke tempat yang sepatutnya. Tak pasal-pasal kita yang baru nak makan nie terpaksa kemaskan. Terus hilang selera. Terus kepala berdenyut sebab stress memikirkan tahap kemalasan rakyat Malaysia. Camner kita nak maju kalau kemas meja pun tak mahu?

Masuk simpang/tukar arah tak bagi signal

digi jominternet

Setiap hari, Abang Nara akan memandu kereta untuk membawa anak-anak ke sekolah. Setiap hari jugaklah kadar stress Abang Nara menjadi tinggi. Mana taknya, hampir kesemua pemandu di Malaysia ini memang tak pandai nak bagi signal bila nak masuk simpang atau tukar lane. Fuh!!! Agaknya diorang nie ingat kita boleh baca isi hati dia. Dah banyak kali Abang Nara hampir ter”eksiden” kerana kemalasan pemandu-pemandu sebegini. Bukan susah pun nak tolak menatang signal tue. Agaknya pemandu di Malaysia ini ramai yang cacat sebelah tangan kot. Itu yang tak boleh nak bagi signal.

Kaunter punya banyak, bukak satu je

digi jominternet

Perkara yang amat Abang Nara takuti apabila ada urusan di kaunter seperti pejabat pos, tiket bas, bayar bil, buat passport, buat kad pengenalan dan sebagainya ialah melihat “signage” di atas. Daripada 10 kaunter yang dibina begitu cantik dan kukuh, 9 tutup dan hanya 1 dibuka. Entah kenapa itulah nasib yang menimpa Abang Nara setiap kali ada urusan sebegini. Pedih jiwa raga. Buang masa dan buang tenaga, tapi nak tak nak kena tunggu jugak sebab nak kena setelkan urusan tersebut. Stress!!!

Beratur punya lama, bila nak order dia tanya “apa yang best sini”?

digi jominternet

Perkara ini terjadi ketika Abang Nara balik kampung beraya di Jasin bersempena Aidilfitri lalu. Hari raya kedua Abang Nara teringin nak makan KFC. Jadi Abang Nara pun pergilah KFC Jasin. Orang memang ramai. Tapi Abang Nara beratur dengan tabah. Setelah 20 minit, tibalah giliran orang di depan Abang Nara. Ingatkan dia akan order dengan cepatlah sebab dah punya lama beratur mesti dah fikir nak makan apa. Sekali tue dia boleh tanya “apa yang best ek kat sini?”. Siap layan borak tanya menu yang popular, Lepas ue dia bleh tukar order 3,4 kali. Taknak yang tue, yang nie tak jadilah, eh yang nie mahal sangat. Banyak pulak songeh dia. Dalam hati Abang Nara berkata “kau beratur lama-lama tadi fikirlah siap-siap nak makan apa. Apa lahanat sangat kau nie”. Terbakor dan stress jiwa serta minda Abang Nara dengan perangai orang sebegini.

Kuota Internet Cepat Habis!

digi internet

Di zaman Facebook, Instagram dan Twitter ini, memang stress otak dibuatnya kalau data tak ada untuk layan Internet. Macam mana kita kongsi gambar OOTD, nak update status kat FB dan nak ushar gosip terbaru di BeautifulNara? Guna bukak YouTube kejap je dah abis kuota. Tak sempat nak buat apa-apa. Stress kepala otak dibuatnya.

Sebab tuelah bila ada orang mintak pendapat Abang Nara tentang plan prepaid yang terbaik, tanpa ragu-ragu Abang Nara akan jawab “Digi Prepaid”. Anda boleh #JomInternet cara mu dengan Digi Prepaid Live, dapat 2GB high-speed internet dengan RM3 saje setiap hari. Dengan Digi Prepaid Live ini, korang nak layan YouTube sampai lebam, upload gambar kat Instagram berpuluh keping, share status FB berkali-kali pun data tak akan habis punya. Cara anda, Internet anda. Suka hati nak buat apa.

Maklumat lanjut layari http://bit.ly/narafbx.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...