Written by AbangNara | September 22nd, 2016

Setiap tahun, salah satu acara tahunan yang Abang Nara sentiasa nanti-nantikan ialah #MYCYBERSALE. Untuk makluman, #MYCYBERSALE adalah kempen jualan online terbesar di Malaysia yang dianjurkan setiap tahun oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dengan sokongan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), CyberSecurityMalaysia serta SME Corp. Tahun ini adalah tahun ketiga #MYCYBERSALE dianjurkan dan sudah pasti ia akan menjadi lebih hebat, meriah dan awesome berbanding tahun-tahun sebelumnya.

mycybersale2016

Cerita banyak tak guna, meh sini Abang Nara kongsikan 5 perkara yang anda harus tahu tentang #MYCYBERSALE2016 kali ini.

1.Bermula 26 September sehingga 30 September 2016

mycybersale2016

Tahun ini, #MYCYBERSALE2016 akan bermula dari 26 September sehingga 30 September 2016. 5 hari ini akan menjadi 5 hari yang paling penting di dalam hidup anda. Pastikan kuota data Internet anda mencukupi untuk melayari laman web #MYCYBERSALE2016 kerana terlalu banyak promosi super duper best dengan harga rendah tak masuk akal akan ditawarkan sepanjang tempoh ini. Kalau terlepas memang anda akan menangis tak henti-henti.

2.Lebih daripada 6,000 peniaga akan menyertai #MYCYBERSALE2016

mycybersale2016

Abang Nara dah berdebar-debar dan mula pening memikirkan macam mana nak buat pilihan ketika membeli belah sepanjang kempen #MYCYBERSALE2016 ini. Mana taknya, ada lebih 6,000 peniaga yang akan membuat promosi kaw-kaw sepanjang tempoh ini. Mengikut informasi yang Abang Nara terima, jumlah peniaga yang menyertai #MYCYBERSALE2016 mencecah angka 10,000. Semua jenis peniaga ada. Kecantikan, gadjet, telefon, buku, alat solek, barangan bayi, basikal, baju, fesyen dan macam-macam lagilah. Selaku pengguna, kita memang beruntung sebab dapat buat pilihan yang terbaik.


3. Ada offer gila-gila di akaun LINE #MYCYBERSALE

mycybersale2016

Kerjasama antara #MYCYBERSALE2016 dan LINE ini memang syok habis. Dahlah memang ada promosi kaw-kaw, lepas tue kalau anda follow akaun LINE @MYCYBERSALE, akan ada offer special khas untuk anda. Cuma perlu tunggu mesej daripada akaun tersebut sahaja. Ini ekslusif untuk pengguna LINE. Jadi kalau anda belum install LINE, inilah masanya untuk install dan follow akaun LINE MYCYBERSALE.

4. 4 syarikat penerbangan sertai #MYCYBERSALE2016


Jika anda ingin membeli tiket penerbangan ke dalam atau luar negara dengan harga super duper murah, inilah peluang yang tidak patut anda lepaskan. Malaysia Airlines, AirAsia, Firefly dan Malindo akan turut sama menyertai #MYCYBERSALE2016. Sudah pasti tawaran yang akan diberikan 4 syarikat penerbangan ini akan menggegarkan jiwa raga anda. Sediakan duit secukupnya dan selamat bercuti.

5.Diskaun sehingga 90%

Bercerita mengenai #MYCYBERSALE2016 pastinya wajib kena ada tentang diskaun. Seperti tahun-tahun lalu, diskaun yang ditawarkan adalah sehingga 90%. Bukan sahaja gadjet yang boleh dibeli dengan harga murah, malah pemeriksaan kesihatan, pakej pelancongan, penukaran tayar, pakej gambar perkahwinan dan banyak lagi boleh didapatkan dengan harga diskaun. Inilah peluang anda untuk shopping sepuas-puas sambil melakukan penjimatan.

Jadi tunggu apa lagi? Kosongkan tarikh 26 September sehingga 30 September 2016 ini dan layari www.mycybersale.my untuk membeli-belah sampai lebam. Jangan lupa LIKE Facebook MY MDEC untuk informasi lanjut tentang #MYCYBERSALE2016.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

5 responses to 5 Perkara Anda Harus Tahu Tentang #MYCYBERSALE2016

  1. H. Aram Jdh says:

    5 Perkara:
    1. Cina meniaga Melayu belanja
    2. Melayu akan berhutang kad kredit sebab tak da duit
    3. Semakin hari semakin miskin orang melayu
    4. Berbelanja tanpa hemah atau ada keperluan
    5. Hujung bulan jualan mee segera menigkat di kalangan orang melayu

    0

    0
    • sejadah says:

      perlu ke nak kaitkan kaum. kat group2 shopping ramai je cina yang berbelanja.
      ni hidup tahun berapa ni? 1969? keluar la dari tempurung tu.

      0

      0
  2. aa says:

    adei kenapa 4 hari je. buatla sebulan ke

    0

    0
  3. Semoga berjaya #MYCYBERSALE2016

    0

    0
  4. hcubeshop says:

    Semoga berjaya #MYCYBERSALE2016

    0

    0