5 Kisah Inspirasi #LaurierGoGirls Yang Membuktikan Wanita Malaysia Sangat Awesome

Hiburan

5 Kisah Inspirasi #LaurierGoGirls Yang Membuktikan Wanita Malaysia Sangat Awesome

Sebagai seorang lelaki, Abang Nara tidak malu untuk mengaku bahawa wanita jauh lebih kuat, jauh lebih hebat dan jauh lebih awesome. Masih jelas di ingatan Abang Nara kecekapan ibu tercinta menguruskan 7 orang anak setiap hari tanpa mengeluh kepenatan. Lepas dah kahwin lagilah Abang Nara kagum apabila melihat dengan mata sendiri betapa efisiennya isteri tercinta menguruskan hal rumah tangga. Memasak, kemas rumah, mandikan anak, lipat baju, ajar anak dan macam-macam lagilah. Kadangkala susah nak percaya macam mana mereka mempunyai masa dan tenaga untuk melakukan semua ini. Memang superwoman sungguh!!!

laurier

dalam kesibukan dan kepenatan pun masih sempat rancang birthday party untuk anak sulung kami. Memang power sungguh wife Abang Nara ini

Dan kekaguman Abang Nara terhadap insan yang bergelar wanita ini semakin bertambah apabila membaca kisah-kisah inspirasi #LaurierGoGirls yang telah dikongsikan di Facebook KaoLaurier Malaysia bersempena pertandingan “Go With Laurier and Win”. Sebagai informasi, pertandingan ini dianjurkan bersempena perlantikan Najwa Latif dan Leona Chin sebagai Laurier Go Girl. Boleh baca lebih lanjut di sini.

Advertisement
laurier go girl

hadiah-hadiah yang ditawarkan memang sangat-sangat best

Secara jujurnya, Abang Nara terinspirasi membaca kisah-kisah #LaurierGoGirls yang telah dikongsikan oleh wanita-wanita seluruh Malaysia. Memang respek dan kagum Abang Nara dengan ketabahan, kekuatan dan keazaman mereka. Antara yang mencuri perhatian Abang Nara ialah:-

1. Mengajar murid-murid cara memberus gigi dengan betul
laurier
Abang Nara teringat masa sekolah rendah dulu memang akan ada sesi belajar memberus gigi dengan teknik yang betul . Masa tue Abang Nara main-main dan buat tak dengar je. Siap main ludah-ludah lagi dengan member. Bukan mudah untuk seorang dental therapist seperti Iffah Izzana ini untuk memastikan murid-murid fokus dan memahami apa yang diajar. Kalau Abang Nara, memang akan give up melayan kerenah diorang. Tetapi sebagai seorang #LaurierGoGirls, Iffah Izzana cekal, fokus dan tidak pernah mengenal erti putus asa untuk memastikan setiap murid memahami teknik memberus gigi yang tepat.

2. Mencapai impian yang disangkakan mustahil

laurier
Laurier sentiasa memberikan perlindungan 24 jam walaupun anda melakukan aktiviti yang lasak seperti menari Latin. Kagum Abang Nara dengan kehebatan Souffle So ini yang berjaya mencapai impiannya menyertai pertandingan menari Latin. Sesuai sangat dengan semangat #LaurierGoGirls yang tak mengenal erti putus asa di dalam mengejar cita-cita dan impian. Dengan Laurier yang sentiasa menemani anda sepanjang masa, tiada apa yang mustahil untuk dicapai.

3. Bekerja di bidang yang dikuasai lelaki

laurier

Wow. Hebat sungguh Abdullah Dan Umie ini yang bekerja di bidang Logistics & Warehouse. Rileks je bawak kenderaan-kenderaan berat yang seringkali dikendalikan oleh kaum lelaki. Bak kata Dan Umie, wanita boleh melakukan apa jua pekerjaan yang dipilih walaupun ia adalah satu pekerjaan yang sukar. Kita harus bangga dan sanggup menerima apa jua cabaran selaku seorang #LaurierGoGirls. Buat Dan Umie, anda memang awesome dan mengkagumkan. Teruskan mengejar impian dan cita-cita anda bersama Laurier.

4.Mendaki gunung Kinabalu

laurier

Terima kasih kepada Laurier yang memastikan tiada sebarang kebocoran ketika Audrey Wong mendaki Gunung Kinabalu. Bukan semua lelaki berani untuk mendaki gunung tertinggi di Malaysia ini, apatah lagi seorang wanita. Namun Audrey Wong membuktikan yang tiada apa yang mustahil di dunia ini. Power sungguh. You go #LaurierGoGirls.

5. Bekerja sebagai ahli bomba

laurier

Selalu kalau bercakap tentang bomba, memang dah terbayang abang-abang sado. Jarang kita jumpa ahli bomba perempuan. Iyerlah, kerja sebagai ahli bomba memang mencabar. Perlu banyak tenaga, sentiasa peka dan cekap. Abang Nara respek dengan Mis Odie yang membuktikan seorang wanita juga boleh menjadi bomba sebagai kerjayanya. Mental dan fizikal Mis Odie selaku seorang #LaurierGoGirls sentiasa berada di keadaa optimum untuk menempuh sebarang halangan dan dugaan.

laurier

Abang Nara pasti korang semua terinspirasi membaca 5 kisah #LaurierGoGirls ini. Semuanya hebat-hebat belaka. Semuanya menambahkan rasa hormat dan kagum terhadap kehebatan seorang wanita. Abang Nara juga pasti anda mempunyai kisah tersendiri untuk dikongsikan. Silalah ke Facebook KaoLaurier Malaysia dan ceritakan kisah #LaurierGoGirls anda di sana untuk berpeluang memenangi hadiah yang super duper awesome. Selamat mencuba!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...