5 Kelebihan Bidang “Hospitality” Yang Anda Tak Pernah Tahu

Hiburan

5 Kelebihan Bidang “Hospitality” Yang Anda Tak Pernah Tahu

Teringat masa kecil dahulu apabila ditanya tentang cita-cita, semua kawan-kawan termasuk Abang Nara berangan nak jadi doktor, engineer, businessman, fashion designer dan pilot. Tak ada pula yang cakap nak kerja dalam bidang “hospitality” seperti pengurusan hotel, pengusaha restoran, chef, tour guide dan event manager. Bila dah dewasa ini, ada jugalah seorang dua kawan Abang Nara yang bekerja dalam bidang “hospitality” ini. Fuh!!! Bila tengok diorang, jeles jugak. Memang sangat-sangat berjaya dan hebat.

taylor

Aariz ngan Arissa dedua kuat makan, bila besar nanti sesuai bukak kafe nie

Tapi zaman kecil-kecil dahulu, manalah kita tahu ada kerja-kerja best di dalam bidang “hospitality” ini. Tak ada pendedahan. Mak ayah kita pun selalu cakap “bila besar nanti jadi doktor ye, jadi engineer ye”. Tak pernah pulak dengar diorang cakap “besar nanti jadi event manager, tour guide ye”. Minda kita sejak zaman kanak-kanak lagi telah ditanam dengan pemikiran sebegini. Oleh sebab itu, hari ini Abang Nara nak kongsikan beberapa kelebihan dan ke-awesome-an bekerja dalam bidang “hospitality” ini.

1. Gaji besar

Advertisement

hospitality taylor

Ha, bab gaji besar sapa tak suka kan? Pekerjaan dalam bidang “hospitality” ini memang membolehkan anda bergaji besar. Awal-awal biasalah starting gaji kecil dulu. Namun bila dah ada pengalaman 2,3 tahun, anda akan dapat banyak offer dengan gaji yang bakal membuatkan anda tersenyum riang. Selain itu sekiranya anda bekerja selaku “event manager”, kebanyakannya turut sama menawarkan projek berdasarkan komisyen. Makin besar projek, makin banyaklah duit yang masuk. Memang berbaloi-baloi.

2. Banyak peluang pekerjaan

hospitality taylor

Di kala banyak syarikat yang membuang para pekerja dan enggan mengambil pekerja baru, peluang pekerjaan dalam bidang “hospitality” tidak pernah berkurangan. Iyerlah, setiap hotel memerlukan hotel manager, restoran perlukan chef dan setiap syarikat memerlukan mereka yang uruskan bahagian “training & delevopment”. Jadi anda tak perlu risau selepas graduate. Peluang pekerjaan akan ada. Silap-silap korang boleh demand lagi. Best kan?

3. Boleh jumpa ramai orang

hospitality taylor

Sekiranya anda seorang yang gemar bersosial, buat kawan baru dan berborak, kerja di dalam bidang “hospitality” adalah satu pilihan terbaik untuk anda. Contohnya anda bekerja sebagai tour guide. Confirm akan jumpa ramai orang dan dapat berinteraksi dengan mereka. Dari situ boleh buat connection untuk melebarkan lagi sayap anda. Silap-silap boleh bukak tour company sendiri nanti. Terbaik kan?

4. Boleh jadi boss

hospitality taylor

Apabila anda sudah menimba pengalaman yang secukupnya dalam bidang “hospitality”, sudah tentu langkah seterusnya adalah menubuhkan syarikat sendiri. Contohnya awal-awal anda bekerja sebagai pengurus sebuah kafe. Anda belajar segala selok belok tentang pengurusan kafe. Selepas 5 tahun, anda boleh buka kafe hipster sendiri dengan ilmu penuh di dada. Siapa yang tak nak jadi boss untuk diri sendiri kan?

5. Banyak travel

hospitality taylor

Ini adalah satu kelebihan yang sangat awesome dan tak akan boleh jumpa dalam bidang lain. Hanya mereka yang bekerja dalam bidang “hospitality” sahaja yang akan mampu travel ke serata dunia secara PERCUMA. Syarikat anda bekerja menghantar anda untuk menjalani latihan di luar negara. Kalau bekerja sebagai event manager kemungkinan anda ada job di overseas. Kalau tour guide mungkin anda ada projek di London dan sebagainya. Semua perbelanjaan ditanggung. Siap boleh tinggal di hotel 5 stars lagi. Memang untung sangat-sangat.

hospitality taylor

Dan tiada tempat lain yang lebih hebat daripada Taylor’s University untuk anda melanjutkan pelajaran dan mempelajari selok belok bidang “hospitality”. Taylor’s University berada di tempat pertama di antara universiti seluruh Malaysia dan Top 30 seluruh dunia dalam bidang “hospitality” ini. Pelbagai kursus ditawarkan seperti Tourism Management, Culinary Arts & Food Services, Hotel Management dan banyak lagi. Dengan fasiliti bertaraf dunia, internship antarabangsa dan kurikulum yang terkini, Taylor’s Universiti adalah tempat terbaik sekiranya anda ingin menceburi kerjaya dalam bidang “hospitality”.

hospitality taylor

Maklumat lanjut layari https://university.taylors.edu.my/hospitality. Selamat belajar.


Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...