5 Kelebihan Aqiqah Yang Jarang Kita Ketahui

Hiburan

5 Kelebihan Aqiqah Yang Jarang Kita Ketahui

Mendapat kurniaan cahaya mata adalah satu nikmat besar kepada setiap pasangan. Keseronokan dan kegembiraan tersebut kemudiannya dizahirkan dengan melaksanakan Ibadah Aqiqah buat mereka yang beragama Islam. Selain sebagai tanda kesyukuran, ibadah Aqiqah juga turut mempunyai beberapa kelebihan lain yang boleh kita perolehi dengan perlaksanaannya.

zabeeh1

Alhamdulillah Abang Nara tiga-tiga orang anak dapat tunaikan ibadah Aqiqah

Di bulan Ramadhan yang mulia ini, pasti ramai yang bercadang untuk melaksanakan ibadah Aqiqah untuk anak-anak. Jadi izinkanlah Abang Nara berkongsi kelebihan-kelebihan Aqiqah yang jarang kita ketahui. Antaranya ialah:-

Advertisement

1.Memudahkan pengisytiharan berita membinkan anak dan menyebarkannya kerana berita ini perlu diisytiharkan dan disebarkan supaya tidak timbul cerita yang tidak diingini. Aqiqah adalah jalan terbaik untuk itu.

2.Menyuburkan sifat pemurah dan baik hati di kalangan manusia dan melanggar hasutan nafsu yang mengajak kepada sifat bakhil. Firman Allah :-
“ Dan sesiapa yang menjaga dirinya dari kebakhilan, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya.” (Al-Hasyr : 9)

3.Merapatkan hati keluarga, kerabat, kawan dan orang miskin dengan menghimpunkan mereka untuk makan. Dengan berhimpunnya mereka di atas satu hidangan wujudlah kemesraan, kasih sayang dan persaudaraan. Islam adalah agama mesra, kasih sayang dan persaudaraan.

4.Aqiqah menjadi alat untuk menghampirkan bayi yang dilahirkan kepada Allah pada saat-saat awal dia hidup di dunia ini.

5.Aqiqah menjadi penyebab kepada anak untuk memberi syafaat kepada ibu bapanya pada hari kiamat nanti.

Bagus kan kelebihan-kelebihan ibadah Aqiqah ini? Abang Nara pun baru tahu. Mesti anda pun semakin teruja untuk melakukan ibadah Aqiqah buat anak tercinta selepas membaca 5 kelebihan di atas kan? Untuk makluman, Zabeeh Services Sdn Bhd kini membuka peluang untuk semua melakukan ibadah Aqiqah di bulan Ramadhan penuh mulia ini dengan harga RM580 untuk seekor kambing. Seperti yang Abang Nara pernah ceritakan, Zabeeh sudah pun berpengalaman lebih kurang 8 tahun dalam menguruskan ibadah korban dan aqiqah untuk umat Islam luar negara yang kurang bernasib baik seperti di Myanmar, Indonesia, Bangladesh, Thailand, Kemboja dan banyak lagi.

zabeeh2

kambing-kambing yang disembelih untuk ibadah aqiqah yang telah berlangsung di Yogjakarta bulan lalu

Mudah sahaja cara untuk melakukan ibadah aqiqah bersama Zabeeh Services Sdn Bhd. Boleh pilih salah satu cara di bawah mengikut kesenangan dan kesesuaian anda:-

1. Pergi ke laman web www.zabeeh.com.my dan klik pada “Daftar Qurban Online.
2. Hantar mesej PM ke Facebook Zabeeh-Qurban & Aqiqah Online dan tulis ‘’Saya Nak Aqiqah”
3. Hantar Whatssapp ke 019-323 4577 dan nyatakan‘’Saya Nak Aqiqah”
4. Telefon terus ke 019-323 4577 atau 03-6179 0567

zabeeh3

Insya allah Ramadhan ini kita gembirakan hati umat Islam di luar negara dan mendapat keredhaan dan dipermudahkan segala urusan

Abang Nara pun jika tiada aral melintang akan melaksanakan ibadah aqiqah di bulan Ramadhan kali ini. Sama-sama kita kongsi rezeki bersama umat Islam yang kurang bernasib baik di samping mendapat lebih pahala melakukan ibadah yang cukup mulia ini di bulan puasa. Yang penting niat kena ikhlas. Semoga dengan sedikit usaha kita lakukan, Allah akan lebih memberkati anak-anak kita dan juga diri kita.

zabeeh4

jangan risau tentang keprofesionalisme pihak Zabeeh. Insya allah segala urusan akan berjalan dengan lancar

Selamat berpuasa Abang Nara ucapkan buat anda semua. Semoga ibadah kita di bulan Ramadhan ini akan diterima olehNya. Untuk makluman lanjut tentang ibadah akikah di bulan Ramadhan ini, jangan lupa layari www.zabeeh.com.my dan Facebook Zabeeh-Qurban &. Aqiqah Online. Selamat beraqiqah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...