Written by shahzeeq | June 15th, 2017

Pejam celik pejam celik, Ramadhan hanya tinggal 2 minggu sahaja lagi. Pantas sungguh masa berlalu. Pemergian Ramadhan sudah pasti amat menyedihkan kerana bulan mulia ini adalah peluang untuk kita melipatgandakan pahala dengan melakukan ibadah sebanyak mungkin, lebih-lebih lagi pada 10 malam terakhir.

1

Ada pelbagai cara untuk kita merebut peluang melakukan sebanyak mana ibadah di bulan Ramadhan Kareem ini. Antaranya:-

1. Melakukan solat sunat terawih

2

Ramadhan adalah satu-satunya bulan di mana solat sunat terawih boleh dilakukan. Ini menunjukkan betapa istimewanya bulan Ramadhan ini. Diharap pembaca BeautifulNara tidak hanya bersemangat melakukan terawih di awal Ramadhan, malah menggandakan usaha di 10 malam terakhir demi mencari Lailatul Qadar.

2. Bersedekah

3

Pahala bersedekah di bulan Ramadhan adalah berkali-kali ganda lebih banyak berbanding di bulan biasa. Salah satu cara yang sering diamalkan ialah bersedekah pada setiap hari sepanjang bulan Ramadhan. Tak perlu banyak pun nilainya. Yang penting adalah konsistensi.

3. Memberi makan orang berbuka puasa

4

Di dunia ini, ramai umat Islam yang kurang bernasib baik. Ramai yang tidak mampu untuk berbuka puasa seperti kita di Malaysia. Malah ada yang berbuka dengan sekadar air kosong dan kurma sahaja. Memang menyedihkan tetapi kita selaku umat Islam yang bertuah ada cara untuk membantu mereka iaitu dengan memberi makan orang berbuka puasa.

Setiap tahun, Zabeeh Services Sdn Bhd menyediakan perkhidmatan untuk umat Islam di Malaysia melakukan ibadah aqiqah di bulan Ramadhan. Aqiqah ini dilakukan di negara di mana umat Islamnya kurang bernasib baik seperti Myanmar, Indonesia, Bangladesh, Thailand dan Kemboja. inilah peluang yang seharusnya kita rebut dan tidak sia-siakan.

5

Daging aqiqah ini pula kemudiannya dihidangkan untuk majlis berbuka puasa buat mereka yang hadir. Abang Nara dapat bayangkan kegembiraan di wajah dan hati mereka dapat berbuka puasa dengan lauk yang istimewa. Insya Allah kita akan dapat pahala melakukan ibadah aqiqah dan juga pahala memberi makan orang berpuasa. 2 dalam 1.

6

Seperti yang pernah Abang Nara maklumkan, Zabeeh sudah pun berpengalaman lebih kurang 8 tahun dalam menguruskan ibadah korban dan aqiqah untuk umat Islam luar negara yang kurang bernasib baik. Jadi Insya Allah segala urusan akan diselesaikan dengan penuh professional. Kita hanya perlu sediakan duit untuk melakukan ibadah aqiqah ini. Sekiranya anda berminat untuk merebut peluang menambah pahala di bulan Ramadhan ini, Zabeeh masih menerima permintaan untuk melakukan ibadah aqiqah ini. Cara-caranya ialah:-

1. Pergi ke laman web www.zabeeh.com.my dan klik pada “Daftar Qurban Online.
2. Hantar mesej PM ke Facebook Zabeeh-Qurban & Aqiqah Online dan tulis ‘’Saya Nak Aqiqah”
3. Hantar Whatssapp ke 019-323 4577 dan nyatakan‘’Saya Nak Aqiqah”
4. Telefon terus ke 019-323 4577 atau 03-6179 0567

7

Semoga ibadah aqiqah kita ini diterima oleh Allah dan dilipatgandakan pahalanya. Maklumat lanjut tentang perkhidmatan ini boleh layari www.zabeeh.com.my.

4. Membayar zakat fitrah

8

Zakat fitrah wajib dibayar setiap kali tibanya Ramadhan. Kadangkala kita terlupa nak bayar sehingga membuatkan Ramadhan kita tidak sempurna. Sekarang ini dah banyak kaunter zakat diletakkan di kompleks membeli-belah. Jadi jangan tangguh-tangguh. Nampak je terus pergi bayar, lebih-lebih lagi jika anda seorang lelaki yang bergelar suami dan ayah. Ini adalah tanggungjawab kita.

5. Membaca Al Quran

9

Selesai solat terawih, sebelum tidur, satu langkah mudah untuk menambah pahala kita di bulan Ramadhan ini ialah dengan membaca Al Quran. Kalau terlalu sibuk pun, cukup dengan membaca satu dua mukasurat satu hari. Insya allah pahala yang bakal diterima adalah berlipatkali ganda. Lebih baik jika diamalkan bersama isteri dan anak-anak tercinta. Insya Allah rahmat akan melimpah ruah untuk keluarga kita.

TAGS:
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 responses to 5 Cara Mudah Untuk Merebut Pahala Di Bulan Ramadhan Ini

  1. lailatul qadr says:

    Mudah mudahan tahun ini kita semua akan bertemu dengan malam lailatul qadr. Malam yang lebih baik dari seribu bulan. seribu bulan lebih kurang 83 tahun. belum tau umur ku panjang. amin ya rab

    4

    0
  2. Insan says:

    Terima Kasih admin atas penyelitan intipati yang sangat membantu ni . Semoga kita semua dilimpahi Rahmat di dalam bulan yang mulia ni

    1

    0
  3. SAPS NKRA says:

    Marilah sama-sama kita tambahkan amal pada 10 terakhir Ramadhan

    1

    0

Leave a Comment

Optional