Written by AbangNara | September 23rd, 2014

Apa itu kemurungan?

Kemurungan ialah keadaan di mana seseorang merasa sedih, hilang harapan, tidak bersemangat, ketiadaan motivasi dan tidak berminat dengan kehidupan. Sekiranya perasaan ini hadir untuk seketika, ia mungkin sekadar ‘the blues’ sahaja. Namun apabila perasaan sebegini berpanjangan sehingga lebih daripada 2 minggu dan menganggu aktiviti harian seperti bekerja, hubungan dengan keluarga serta rakan-rakan, kemungkinan besar itu adalah kemurungan yang serius.

murungTanda-tanda dan simpton kemurungan

1. Anda terasa hilang harapan dan tidak mampu ditolong. Kehidupan nampak gelap dan terasa seperti tiada apa-apa yang mampu memperbaiki situasi tersebut.

2. Hilang minat dalam melakukan aktiviti harian. Tiba-tiba hilang minat untuk melakukan hobi anda, tidak mahu bersosial, tidak berselera terhadap isteri. Senang cerita anda kehilangan perasaan mahu bergembira.

3. Tidur anda berubah. Sama ada anda tidak boleh tidur langsung atau tidur terlalu lama

4. Senang marah dan sentiasa rasa tidak senang. Mungkin anda akan akan bertindak ganas kerana tahap tolak ansur berkurangan. Semua benda/semua orang nampak seolah-olah sengaja menaikkan kemarahan anda.

5. Tidak boleh fokus dan tidak boleh mengingati sesuatu perkara

6. Tiba-tiba sering pening dan sakit-sakit di badan seperti sakit belakang, sakit perut, sakit otot dan sebagainya.

murung5 cara untuk mengatasi kemurungan

1. Amalkan perhubungan yang sihat. Luangkan masa dengan orang tercinta seperti isteri, anak-anak, rakan sekerja dan kawan-kawan rapat. Sentiasalah bercerita mengenai perkara yang positif bersama mereka.

murung2. Bersenam. Melakukan senaman selama 30 minit setiap hari akan mempunyai impak yang sangat bagus buat fizikal dan mental anda. Dengan bersenam, anda akan terasa bermotivasi dan mempunyai lebih banyak tenaga untuk mengharungi hari-hari anda. Jangan lupa untuk merancang senaman dan tidak melakukannya secara membabi buta.

3. Berfikir secara positif. Menjadi seorang ‘positive thinker’ adalah salah satu cara yang sangat berkesan untuk mengatasi kemurungan. Buangkan rasa negatif, tiada harapan dan kebosanan dalam hidup anda. Cari sekurang-kurangnya 5 perkara yang membuatkan anda rasa gembira untuk hidup hari ini.

4. Amalkan diet yang seimbang. Kalau terlebih makan atau terkurang makan, ia pasti memberikan impak yang negative kepada badan dan cara pemikiran kita. Apa kata cuba cari makanan yang seimbang buat anda. Jangan terlalu gilakan badan yang kurus melengkung seperti model kerana ia akan membuatkan anda stress dan tidak bertenaga.

murung5. Tingkatkan penampilan anda. Sekiranya anda mengambil berat mengenai cara pemakaian dan penampilan anda setiap hari, pasti anda akan merasa lebih gembira dengan diri sendiri. Sekali sekala apa salahnya berbelanja untuk kelihatan lebih tampan dan cantik. Ia pasti akan membuatkan anda lebih yakin untuk tampil di khalayak ramai.

murungmurungmurungArtikel ini disponsor oleh www.nile.com.my, Malaysia Most Affordable Online Shopping dengan pesanan “Anda tidak boleh hentikan ombak, tetapi anda boleh belajar untuk meluncur”.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

20 responses to 5 Cara Berkesan Untuk Mengatasi Kemurungan

  1. amoi says:

    Abg nara tgh murung ke :P

    0

    0
  2. Melayu Terus Kehadapan says:

    Tahniah Diva Azwan Ali..

    Dengan pelantikan sebagai MB Selangor yang baru..
    Semoga Negeri selangor menjadi contoh kepada semua negeri!!

    Melayu terus membangun pesat bersama penjihad gosip2 dunia hiburan,
    selaras dengan wawasan 2020!! Hidup Melayu!! Hidup Bumiputera!!

    0

    0
  3. emy says:

    abg nara kehabisan stok gossip…

    0

    0
  4. Unfortunately, the effectiveness breast reconstruction of the disease the most excellent quality.
    In my investigation of this type of implants used in conjunction with the external pressure creates a very viable option for those who like women who have missing teeth.

    This is a hormone peculiar to males is also good to be expensive and risky.
    Go onto a topic you would conclude that you might be pregnant.

    0

    0
  5. AZMIN ALI MB SEL DAAA.... says:

    Eh … knpa tahniah kat azwan ali sbb adk dia yg jd MB. Ucapan u tu spt Azwan Ali yg jd MB. Azwan ni klu jd MB habis Slngor punah kene maki serampah dia jer. Laknat & menyalak keraplah perkataan tu kluar semasa bg ucapan. Berbeza personaliti adk & abg. Harap uncle Azwan berubah jngn sumpah seranah lg. Miss him masa dulu2 tu. Seorg yg berkaliber & karismatik. Agknya uncle azwan ni pun boleh di jdkn cth kemurungan yg tinggi sbb tu personaliti dia bnyak berubah dr thumbs up ke thumbs down. Sy Takut klu dia bercakap krn cara perckpn sngt galak. Kemurungan dia mmg tahap sngt menakutkan personaliti & berpakaian pun berubah 100%.

    0

    0
  6. Ali Azlan says:

    itu cara kafir nak atasi kemurungan. 5 cara seorang Muslim atasi kemurungan:

    1. Solat 5 waktu
    2. Doa sesudah solat. Minta diberikan hidayah dan dihindarkan penyakit dunia.
    3. Solat sunat. (solat sunat Dhuha, solat sunat hajat dan Tahajud)
    4. Buat amal jariah kepada manusia di sekitar diri sendiri.
    5. Selalu ucapkan syukur diatas pemberian Allah termasuk rezeki dan dugaan. Setiap perkara yang terjadi ada hikmahnya. Percaya pada Qada’ dan Qadar.

    0

    0
    • nana says:

      Alhamdulillah, iya memang betul. sy dulu penah ada waktu murung pasal ex company bankrap dan tak dpt cari kerja selama 3 bln. bila sy buat sperti di atas. alhamdulillah semuanya jadi normal kembali. ramai gak doktor2 klinik ckp ikut yg cara western mcm nara ckp tp sy try buat lg teruk adalah huhuhu

      0

      0
  7. Leyha says:

    thanks abg nara for sharing

    0

    0
  8. reyna says:

    bagus nara!.. post awareness mcm ni.. keep posting good info! :)

    0

    0
  9. Auntie Kemai says:

    tiba tiba page gossip panas jadi page motivasi! bagus gak ni!

    1

    0
  10. Gambar Foto says:

    good info! :) thanks abg nara for sharing

    0

    0
  11. Fyda Noh says:

    Biasa orang dan mengalami kemurungan ni dah tak kisah keliling dia. Orang2 sekeliling jangan buat tak tahu je tgk orang tu duk sorang2. Kena bawak dia keluar dari dunianya dulu

    1

    0
  12. Melati says:

    Cara2 untuk hilang kemurungan..,, ??? cara2 nya” Mengumpat org…ke2 ..cari kesalahan org…,ke3..paksa org belanja makan…,masih kita hilang kemurungan kalau ikut fakta2 yg saya bagi…

    0

    0