Written by AbangNara | September 7th, 2017

Pejam celik pejam celik, 2017 sudah pun sampai ke bulan September. Pantas sungguh masa berlalu. Sepanjang 9 bulan ini, pelbagai berita kejayaan dan pencapaian hebat telah pun berjaya digapai oleh rakyat Malaysia sama ada di peringkat antarabangsa atau tempatan. Memang bangga dibuatnya. Antara kejayaan-kejayaan tersebut ialah:-

1. MRT siap dibina

coolblog

17 Julai 2017 menjadi tarikh yang penuh bersejarah buat rakyat Malaysia terutama mereka yang menggunakan perkhidmatan awam untuk ke tempat kerja. Laluan MRT Sungai Buloh – Kajang akhirnya telah siap dan beroperasi sepenuhnya. Sebelum ini, fasa pertama laluan MRT yang meliputi Sungai Buloh – Semantan telah pun dibuka pada 16 Disember 2016. Dengan beroperasinya laluan fasa kedua MRT iaitu dari Semantan ke Kajang, rakyat Malaysia terutamanya di Lembah Kalang dapat bergerak dengan lebih mudah, pantas dan murah.

2. Rakyat Malaysia terlibat dalam penemuan “Supermassives Black holes”
coolblog

Penemuan “Supermassives Black holes” oleh sekumpulan saintis Amerika Syarikat merupakan satu berita besar yang mendapat liputan media masa dunia secara meluas. Apa yang lebih mengkagumkan dan membanggakan ialah salah seorang daripada saintis tersebut merupakan rakyat Malaysia. Nur Adlyka Ainul Annuar, 27 tahun yang merupakan seorang pelajar PhD telah pun membentangkan penemuannya itu di “229th meeting of the American Astronomical Society” pada awal Januari 2017 yang lalu. Ia satu detik yang cukup mengharukan dan membanggakan apabila melihat rakyat kita berdiri sama tinggi dengan saintis-saintis hebat Amerika Syarikat. Tahniah Nur Adlyka kerana telah mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

3. Azizulhasni dinobat sebagai juara dunia

coolblog

Penantian Malaysia untuk mempunyai seorang ahli sukan yang bergelar juara dunia (dalam sukan yang dipertandingkan di Olimpik) akhirnya menjadi kenyataan. Tanggal 13 April 2017, Azizulhasni Awang, pelumba basikal negara untuk acara Keirin berjaya menewaskan pesaing-pesaingnya untuk merebut gelaran juara di Kejohanan Dunia yang telah berlangsung di Hong Kong. Pecutan Azizul yang penuh bersejarah itu memang cukup mendebarkan. Kecut jantung melihatnya. Namun inilah kejayaan yang paling manis dikecapi Azizulhasni 10 tahun mencuba.



4. Penganjuran Sukan SEA yang penuh gilang-gemilang

coolblog

Ketika artikel ini ditulis, Malaysia sudah pun disahkan sebagai juara Sukan SEA yang ke 29 dengan pungutan sebanyak 145 pingat emas. Ia satu jumlah yang amat membanggakan. Apa yang lebih membanggakan ialah selaku tuan rumah, nama Malaysia dipuji oleh seantero dunia kerana penganjuran Sukan SEA kali ini dianggap terbaik dalam sejarah terutamanya ketika acara pembukaan. Apa pun tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat di dalam pengajuran Sukan SEA kali ini. Anda semua memang awesome. Kami selaku rakyat Malaysia dapat mendabik dada dan berbangga atas usaha keras anda. Terima kasih.

5. CoolBlog kini berwajah baru
coolblog

CoolBlog adalah satu jenama minuman dan pencuci mulut yang tidak perlu diperkenalkan lagi di Malaysia ini. CoolBlog memang cukup popular dengan kiosknya yang berwarna pink dan juga menu-menu unik dan menarik yang disediakan. Untuk tahun 2017 ini, CoolBlog kini tampil dengan wajah baru yang lebih segar, moden dan menarik.

coolblog

Tetap mengekalkan warna pink yang sudah sinonim dengannya, logo baru CoolBlog kini tampil dengan latarbelakang hitam. Logo baru CoolBlog ini lebih menyerlahkan rasa “seronok”, moden dan inovatif yang ingin ditampilkan oleh syarikat ini. Lebih menarik, bersempena dengan wajah baru ini juga, CoolBlog kini tampil dengan tagline “#JomCool”.

coolblog

Memang tagline ini sesuai sangat dengan para pengunjung CoolBlog yang rata-ratanya muda dan remaja. Sambil makan sambil boleh kongsi gambar minuman dan pencuci mulut yang dibeli di CoolBlog menerusi Instagram dengan hashtag #JomCool. Last but not least, jangan terkejut pula dengan penampilan kiosk CoolBlog yang baru. Memang 100% berbeza dengan versi sebelum ini.

coolblog

Kiosk CoolBlog yang baru ini digelar “Cool Black”. Diperbuat daripada bingkai berwarna hitam, penampilan baru ini menyerlahkan ciri-ciri moden Malaysia, kepelbagaian budaya dan kekuatan di dalam perbezaan. Serius Abang Nara suka dengan wajah baru CoolBlog ini. Sekali tengok memang tampak sangat-sangat cool. Terasa nak lepak berjam-jam terus kat CoolBlog.

Maklumat lanjut tentang wajah baru CoolBlog ini boleh layari facebook.com/coolblog.my. Jangan lupa LIKE Facebook CoolBlog Malaysia untuk sebarang maklumat terkini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

29 responses to 5 Berita Yang Buat Rakyat Malaysia Rasa Bangga Sepanjang 2017

  1. Mak Becok says:

    Lagi2 berita yg buta rakyat malaysia gembira

    6. Bijan curi duit $2.6 billion daripda rakyat
    7. Kak Mah dapat beg baru, rantai berlian pink
    8. Ularmak2 PAS dapat durian runtuh $90juta duit rakyat
    9. Felda diurus takbir dgn “begitu baik” sekali sehingga hutan juta2
    10 GST semakin hari mengkayakan rakyat jelata
    11. PRU 14 yg akan menyaksikan orang melayu tertipu sekali lagi dgn BN

    12

    0
    • Anonymous says:

      belum lagi citer graduan perubatan menganggur??? apa nak jadi lah….

      3

      0
    • Anonymous says:

      antara perkara mengejutkan-edisi retis

      1.HH berkahwin dgn perempuan kaki propa dengan keluarga mulut longkang perasan femes
      2.Bini AA hairan laki curang bila jumpa adik retis padahal AA mmg boye sejak azali.
      3.Buku selfie FA dapat jualan terbanyak membuktikan buku bkn lagi bahan ilmiah.
      4.Lopak masuk Forbes Asia semata2 jualan tudung?
      5.Tok Ti sbg diva mohon lagu diputarkan di radio Era kononnya nak tolong peminat.
      6.FINAS lepaskan kartun gay di Malaysia untuk brainwash kanak2 di Malaysia
      7.Boy Iman menipu anugerah itu dan ini tapi blh dibenarkan lg promote scam di tv.
      8.Menyedihkan vokalis Samudera meninggal seorang diri membuktikan artis lama yang berkualiti tidak dihargai. (al fatihah)
      9.Lembaga hitam jadi Malique duet dgn dayang masa AME
      10.Perangai Anzalna terserlah disebalik penampilan elegan bila laser terlampau.

      4

      0
    • 50 emas demi olimpik says:

      perlu dibezakan sukan yang dipertandingkan di olimpik dengan sukan demonstrasi di sukan sea. selepas ditolak acara yang tidak dipertandingkan di olimpik, cuba teka berapa pingat emas yang diiktiraf sebagai platform persediaan ke olimpik tokyo 2020?? kontinjen malaysia ternyata meraih lima puluh (50) pingat emas melalui acara sukan akuatik, olahraga, gimnastik, berbasikal, menembak, memanah, ekuestrian, hoki, badminton, taekwondo, tinju, ragbi, bola keranjang.

      145 emas? – 50 emas = 95 emas. 95 emas tu datang dari acara yang tidak dipertandingkan di olimpik.. datang dari mana eh 95 emas tu?? inilah acara sukan demonstrasi yang menyumbangkan emas di kl2017: pencak silat, tenpin boling, karate, boling padang, skuasy, perahu layar, wushu, ski air, short track speed skating (luncur laju trek pendek??), petanque, muay thai, polo, bola jaring, hoki dewan, figure skating (luncur ais berbunga??), kriket.. walaupun semua sukan demonstrasi ni tak dipertandingkan di olimpik dan tak dapat melahirkan juara olimpik.. sekurang-kurangnya ada sukan komanwel, sukan asia, kejohanan dunia.. tapi bukan olimpik la level nya.. ada sebab tertentu kenapa sukan demonstrasi belum lagi diiktiraf boleh dipertandingkan di olimpik.. satu sebabnya belum cukup popular di semua benua di dunia ni.. maknanya acara sukan terlalu didominasi oleh negara asia.. sukan tu belum cukup pengaruh untuk menarik penglibatan atlet benua lain.. well cuba lagi ye. btw, team malaysia sekalian go for olympics tak kira menang emas ke idok nanti..

      2

      1
      • team malaysia says:

        kire ok laa tu malaysia x anjur sukan y pelik2 cam indon aritu…at least malaysia anjur sukan y “AKAN” DIPERTANDINGKAN DI SUKAN ASIA……thn dpn sukan asia dan komanwel pulak…i.allah sme2 kt doa dan berikan sokongan pd atlet kt…nape sukan sea x di iktiraf??sbb bl negara tertentu jd tuan rumah ske pertanding kan sukan yang pelik2…terutama sukan y “popular” di kalangan masyarkat negara tu….x caye kt tgk nti filipina jd tuan rumah ape sukan pelik2 y dipertandingkan…squash x pertanding kan kat olimpik sbb ngra US x power main squash..hahahha…tp kat komanwel squash ade…so komanwel pn kire rank y kedua laa slps olimpik wlpn bkn sume ngra terlibat…sukan asia adlh sukan TERBESAR bg ngra2 asia (utk benua asia shj) dn sukan asia jgk di ambil kire sbb kt nk tgk sejauh mne atlet kt mampu menyangi ngra2 hebat di asia terutama china,korea,jepun termasuk negara2 asia barat…tp aritu ade isu jgk bl indon xnk acara basikal dipertanding dkt sukan asia alasan sbb xde veldrom..lol..xde veldrom blh buat..ke indon tkut x dpt raih emas byk2???kahkahkah….indon..indon dia igt sukan asia ni level cam sukan sea kot..ske2 ati xnk sukan tertentu dipertandingkan..dh tentu acara basikal ade kat olimpik so kat sukan asia je laa nk kumpul point supaya layak ke olimpik…

        1

        0
        • pingat perak olimpik je yang mampu says:

          yang pasti indon sudah melahirkan juara olimpik melalui sukan badminton.. lagu indonesia raya sudah berkumandang di majlis penyampaian hadiah temasya olimpik.. malaysia bila lagi nak merasa?? pingat perak je yang mampu. kempunan tak berlagu mengharap lagu negaraku berkumandang dengan megahnya di majlis penyampaian hadiah temasya olimpik.. dari kerana mata.. yang mempunyai kuasa… oh aku tergoda.. aku tergoda ter keciwa..

          0

          0
  2. mynameis says:

    4 yang ter-atas je aku bangga.. yang bawah skli tu aku rasa krik2 .. hahahhaha.. :)

    1

    0
  3. melati says:

    Nasib baik takder Kutipan 13 juta 13 hari tayangan yg dibanggakan (Org Bodoh) …kalau tidak byk Rakyat Malaysia Guling2 ketawa kt Taman Titiwangsa..!!!

    1

    0
  4. sakit mata says:

    Pehal plak nak bangga Cool Blog berwajah baru..adoiii..ko ada share eh Nara

    4

    0
  5. shopia lorren says:

    Mak bapak heboh mengeluh bagai ttg gst dsb..si anak2 muda perabih duit mak bapak lepak kat kiosk coolBlog..
    smpai xnak balik cam bang nara..hemmm

    0

    0
  6. Anonymous says:

    Aku bangga atas pencapaian Malaysia / rakyat Malaysia antaranya seperi Zulhasni dan Nur Adlyka, Pilot John Tan keling dunia tu. Ada lagi rakyat Malaysia nama Amalina SPM 16 A tu apa kabornya. Syer la perkembangan akademik adik di UK sebagai inspirasi pada generasi muda. Hahhh. Komen Mak Becok tu …,,, sighhhhhhh.

    0

    0
  7. nana says:

    brape la cool blog bayar bro nara wat promo ni. kalo wajah berubah tp rase air sama je baik tak payah. sedap lg air cup rm5 inggit. series tak berbaloi beli cool blog melainkan die tukar resepi air die.

    0

    0
    • pelanggan coolblog setiap bulan says:

      bagi saya, kualiti produk coolblog memang memuaskan hati.. rasa berbaloi bayar 5 hengget satu cawan iceblended.. nak campur pearl pun boleh.. jika nak dibandingkan dengan air yang dijual di gerai tepi jalan dan pasar malam tu.. ais je yang lebih dari air.. mana effort peniaga?? memanglah air tu sejuk tapi orang dahaga nak minum airnya.. nak suruh pelanggan gigit ais ke apa?? ais tu bila dibiarkan lama akan cair maka air tu pun rasa tawar.. dahaga punya pasal telan je la..

      coolblog ni satu inovasi penyediaan air sejuk.. nampak effort pekerja coolblog blend ais.. macam-macam perasa ada.. persaingan yang sihat.. peniaga gerai tepi jalan dan pasar malam tak payahlah dengki-dengki nak jatuhkan coolblog dan sewaktu dengannya.. paham korang bajet kecik.. tapi support la each other.. pelanggan pun tak kuasa nak tengok pesaing gaduh-gaduh woi..

      0

      0
  8. Anonymous says:

    Explain kt aku please. Cool blog tu jadi kebanggaan Malaysia? NARA ni promo kan?

    0

    0
    • optimis potensi coolblog says:

      siapa tahu cool blog akan jadi penaja / sponsor acara bertaraf national / international.. macam pamoga quputeh taja ajl, abpbh, kelab bola sepak, program hiburan, program berskala besar melibatkan masyarakat.. memang trend sekarang produk kesihatan taja major event di malaysia..sebelum ni harapkan international brand yang sponsor major event.. bila syarikat rokok dilarang menaja program-program berprestij, maka syarikat dari bidang lain la yang terbuka luas berpotensi menjadi penaja..

      0

      0
      • shopia lorren says:

        Paling untung jual air lh dlm biz F&B nie …big margin tau…cer tengok kedai hailam leh idup berpuluh taun…

        0

        0
        • memang untung pun jual air je says:

          pakai air paip bancuh kordial sirap.. bubuh gula bubuh ais.. bubuh straw.. dihidangkan kepada pelanggan.. selamat menjamu selera. RM 1.50 satu cawan..

          0

          0
  9. terbaiklah, semoga ada lagi yang boleh dikecapi sebelum berakhir 2017 ni

    0

    0
  10. Anonymous says:

    apakahhh

    0

    0
  11. Jakpar onn says:

    Satu je abang bangga..menitis airmata tgk ajijoi kayuh basikal pecut disaat akhir bertarung nyawa habaq hang…yg lain2 tuu…eee toooloooong laaa…

    1

    0
    • double meaning air ma tut tut says:

      orang laki memang suka guna perkataan menitis air mata.. menitis air mata.. sebut je la menangis.. ada double meaning ke?? terangsang menitis air mazi?? air mani??

      0

      0
  12. rusa lima says:

    Syukur….impian aku nak tgk Azizul Hasni juara dunia jadi kenyataan. Lama sungguh aku tunggu dari dia sama bertanding dgn Jossiah Ng dulu lagi sebab aku yakin dgn kesungguhan dia.. Akhirnya tewas semua org putih. Aku memang follow kisah dia. Jerih perih dia berlatih siang mlm. Memang sangat2 layak menang. Kalau kita nekad usaha sesuatu. Pasti akan sampai ‘moment’ berjaya!! Yg penting teruskan walaupun org lain asyik complain dan pandang sebelah mata. Baju Malaysia mmg oustanding. CANTIK. Jika kau fikirkan kau boleh..Datuk Azizul Hasni…insyaallah

    2

    0
  13. daon kesom says:

    Sebagai rakyat Malaysia, ape yang korang dah banggakan Malaysia? Share2 la. Aku pun teringin nak harumkan nama ibu pertiwi :)) tp semua aku Lemau. Semoga kita bersyukur seadanya dan bukan sentiasa hidup dalam complain memanjang…jd hidup sentiasa stress. Jerawat penuh, air muka sentiasa keruh, gelisah tekanan darah tak cantik. Orang tengok pun tak da aura walaupun cantik atau sebaliknya. Nak harumkan nama kampung aku pun belum mampu :((

    0

    0
  14. Mia says:

    Terharu sungguh tgk video azizulhasni awang.. really proud of him.. Malaysia Boleh!

    1

    0
  15. Kokomop says:

    Bangangnyer, lol. Kot ye pon nak letak iklan, agak2 la.. boleh pulak terselit coolblog dekat list berita kebanggaan Malaysia. Buat lawak ke apa ni? -_-

    1

    0

Leave a Comment

Optional