Written by AbangNara | November 7th, 2016

Abang Nara akui diri ini adalah kaki Internet. Sehari kalau tak dapat main Internet, memang boleh gigil dibuatnya. Telefon mesti sentiasa berada di tangan untuk sentiasa up to date menerusi internet dengan benda-benda best yang sedang terjadi di dunia ini.

Di suatu petang hujan renyai-renyai, ketika sedang melayari dunia Internet di telefon, Abang Nara terfikirkan sesuatu. Agak-agaknya apa yang akan terjadi kepada Abang Nara bila plan data Internet yang dilanggani tidak mencukupi? Fuh!!! Macam-macam kemungkinan bermain di benak kepala ini. Terasa macam filem seram pulak. Ini antara benda yang tak boleh Abang Nara lakukan bila data Internet tak cukup:-

1. Tak boleh layan video YouTube Dota 2 sampai lebam

 photo 1_9.jpg

Abang Nara adalah kaki main game Dota 2. Ketika masa terluang (di dalam tandas dan sebagainya) Abang Nara akan buka YouTube dan layan video pemain profesional Dota 2 untuk meningkatkan lagi mutu permainan. Tak boleh bayang bila tengah syok tengok kehebatan Liquid.Miracle tup-tup video terhenti sebab data dah habis. Pedih jiwa ini.

2. Tak boleh nak upload gambar anak-anak yang comel di instagram

 photo 2_8.jpg

amcam comel tak Aariz Khan dan Arissa Anjali?

Kalau dulu Abang Nara memang jarang main Instagram, tapi sejak ada anak ini memang hobi Abang Nara ialah upload gambar diorang je. Anak sendiri mestilah kita rasa comel kan? Sekarang ini dengan plan postpaid terbaru Digi (yang 10GB weekdays & 10GB weekend), pejam mata je Abang Nara upload berpuluh-puluh gambar diorang tanpa takut data Internet habis.

 photo 3_9.jpg

gila betul Digi bagi free je 10GB data di hujung minggu. Bila nak abis guna banyak-banyak camnie?

3. Tak boleh nak on Waze masa driving

 photo 4_7.jpg

Perkara pertama yang Abang nara akan lakukan ketika menghantar anak ke sekolah di waktu pagi ialah membuka Waze. Penting yang amat Waze ini. Kalau tak bukak, memang confirm akan tersangkut dalam trafik jem. Lagi satu jalan yang dicadangkan oleh Waze sentiasa berubah. So kenalah sentiasa on sepanjang perjalanan. kalau tetiba data habis, tak kelam kabut “recalculating” je sampai ke sudah. Tapi kalau bukak Waze 24 jam, memang tinggi harapan untuk data Internet habis dalam masa sehari. Memang complicated sungguh masalah nie.

4. Tak boleh layan iFlix, NetFlix, download lagu dan sebagainya

 photo 5_3.jpg

Bayangkan tengah syok-syok layan drama Sherlock Holmes kat Neflix tup-tup terhenti dan skrin jadi hitam sebab data habis. Pergh. Time tue Benedict Cumberbatch tengah nak selesaikan kes dia pulak. Memang pedih jiwa raga beb. Abang Nara selalunya habiskan menonton filem-filem dan download lagu-lagu nie di hujung minggu sebab ada banyak masa terluang. Nasib baik sekarang plan Digi terbaru bagi 10GB data Internet di hujung minggu. Confirm tak akan habis layan movie dan download lagu banyak mana pun. Silap-silap boleh habiskan 2,3 season Sherlock Holmes sekaligus.

5. Tak boleh FaceTime dengan atok nenek di hujung minggu

Kadang-kadang bila tak dapat balik ke rumah emak ayah di hujung minggu, pasti mereka akan buat FaceTime untuk melihat keletah dan aksi cucu-cucu kesayangan. Kalau dulu memang cuak jugalah nak FaceTime lama-lama sebab confirm data tak cukup punya. Tapi sekarang lek ajer. 10GB on weekends dengan Digi Postpaid plan terbaru nie memang awesome. Dah FaceTime setengah jam pun ada berGB-GB lagi data. Atok nenek pun hati senang dapat tengok cucu-cucu diorang. Abang Nara pun hati senang sebab data tak habis-habis.

 photo 6_1.jpg

Dengan plan postpaid terbaru Digi (bermula serendah RM50), 5 benda di atas boleh Abang Nara lakukan dengan tenang dan tanpa was-was. Mana taknya, Digi Postpaid 80 dah dapat 20GB internet (10GB weekdays dan 10GB weekend). Yang weekend tue tak ada cap nak guna setiap minggu berapa GB. Minggu pertama guna 5GB, minggu kedua guna 1GB, minggu ketiga guna 3GB, minggu keempat guna 1GB. Suka hati korang lah. Lepas tue kalau data tak abis guna, boleh rollover sebanyak 2GB setiap bulan. Belum kira free unlimited calls untuk semua network. Memang berbaloi-baloi sangat

 photo postpaid new1.png

Maklumat lanjut layari New DiGi Postpaid.

TAGS:
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 responses to 5 Benda Yang Tak Boleh Anda Lakukan Apabila Data Internet Tidak Mencukupi

  1. ketam batu says:

    Abang Nara celebrate Halloween ka?

    0

    2
  2. haha says:

    “Bad memes, Bad memes everywhere!”

    0

    0